Minggu lepas ida pergi TM Point bayar bil telefon. Telefonnya banyak, bil pun banyaklahkan. Telefon restoran medan tuanku ada 2. Cawangan Jln Bunus ada 1. 'Kitchen' pun ada satu. Rumah ida saje ada 3 line. Satu telefon line, satu utk streamyx, dan satu untuk fax.
Tapi tetiba hari jumaat tempohari, line streamyx kena potong. So ida call 100, tanya kenapa kena potong padahal dah bayar. Kata si gadis belah sana, ada baki lagi RM 270.00 (baki terkini katanya) Kalau nak sambung semula, kena settlekan semua bil tu dulu. Diorang ni.. tak nak bagi can langsung. So disebabkan waktu tu dah pukul 4.00 petang. Nak bergegas ke TM point pun, malas pulak nak meredah sesak jalanraya.
So ida cakap: boleh tak kalau saya mohon minta sambung dulu buat sementara sehingga hari isnin sebab suami saya takde sekarang (kononnya.. hehe), nanti hari isnin saya akan jelaskan semuanya.
Gadis: ok. saya akan hantar permohonan puan ke pihak atasan. Tapi make sure hari isnin buat bayaran, kalau tak diorang akan potong semula.
Ida: ok. don't worry, hari isnin nanti saya akan bayar. Tp sure diorang akan bukak ke tak ni?
Gadis: Selalunya kalau customer dh bagi komitmen, talian akan dibuka, cuma ambil masa 24 jam.
Ida: oklah kalau macam tu sebab kalau tak sambung susah saya. terima kasih byk2 yea.
Maka ida pun dengan confidennya menunggu talian tu dibuka.
Tapi malangnya... 24 jam dan berganti 48 jam seterusnya 72 jam, talian tak jugak dibuka. Suami bising, suruh ida call semula 100 utk komplen / tanya. Tapi ida rasa malaslah pulak. Malaslah nak merayu2 ngan diorang ni. Apa-apa pun mmg tak baguslah apa yg diorang buat tu. Kalau tak boleh, cakap ajelah tak boleh, kesian kat ida ni, kejap2 cek talian.. hehe. Sebenarnya ida pernah request yang macam ni kat CELCOM, dan diorang dgn mudahnya approve, tak sampai 1/2 jam talian hp dah dibuka selepas itu. Tapi nasib baik kat restoran ada wireless kl yg sentiasa free all the time tu.
So ida angkutlah lappy ida bila pergi bertugas di restoran selama 4 hari ni. Tp sebab tak menang tangan, dapatlah online sekejap2 aje.. hehe. Yang penting cek emel, sebab ada juga pelanggan yang bagi tempahan melalui emel. Tapi nak jenguk blog kawan2 tak berapa nak sempat. Maaf yea..
Petang tadi ida pergi bayar baki bil streamyx tu. Tapi rupanya ida agak terlambat. Terpampang "close" kat pintunya. Alamak! Takkan dah tutup kot. Mata ida tertangkap tulisan kat pintu tu, waktu tutup 4.30 ptg. Eh! jam ida baru 4.25 ptg.
So ida pun panggillah tetuan TM yg masih ada kat dalam tu. Selamba aje ida cakap.. Encik, jam saya baru 4.25 ptg. Masih ada 5 minit lagi nih.. bolehlah bagi saya bayar bil saya sekejap. Kemudian terjengullah satu 'kakak' ni yg mmg cam ida sebagai pelanggannya selama ini.
Kata akak ni... ish ko ni ida, napelah datang lambat2... sib baik akak kenal ko.
Alhamdulillah, akak tu bukakkan pintu. Dia tolong printkan statement (ida just bawak cek aje, bil tak bawak). Lepas dah bayar tu, ida minta tolong dia sambungkan semula talian dan make sure sekali taliannya tersambung. Sempat jugak ida mengadu kat dia pasal servis 100 tu. Nak tahu apa katanya.. "tulah, sapa suruh ida percaya cakap 100 tu.. "
Pulak dah..
Dan sekarang, ida berada di bilik mengupdate blog... hehe... selesanya online dari bilik kita kan.. hehe..
sebelum ida permisi, ida nak tayang pic sikit... hehe
- ini restoran di cawangan jalan medan tuanku. tapi bulan ramdhan, nasi kukus takde.
- yg ni pula, BERIANI AL-HYDRABADI.
menggunakan beras basmathi yg sgt panjang.
Ayamnya yg tanpa kulit dimasak sekali bersama nasinya (seekor ayam dipotong 4).
Harganya RM 12.00 satu set.
menggunakan beras basmathi yg sgt panjang.
Ayamnya yg tanpa kulit dimasak sekali bersama nasinya (seekor ayam dipotong 4).
Harganya RM 12.00 satu set.
- inilah dia cheese naan yang sangat terkenal itu... hehe.
menggunakan mozarella cheese. Harganya RM 5.00.
menggunakan mozarella cheese. Harganya RM 5.00.
23 comments:
usaha tangga talian mengupdate blog.. ahaha
salamm ramadhan akak ida ittewww
hahaha.. lawaklah en me ni.
salam ramadhan juga buat en me
ida..pengalaman dengan Telekom kadangkala menyakitkan hati aje
tapi biasanya di kaunter dia orang okay, di 100 tulah..
salam ida
Memang begitu. Nak minta tukar pakej pun kena pergi TM point, sign itu ini baru boleh tukar..tp katanya internet service provider, kan boleh buat sume tu online....
tp sedapnya nampak nasi tu...huhuhu...
Kak Yati, oh, akak pun selalu jugak dpt bad servis dr 100 ke. Ntahlah diorang ni. Sib baik yang bertugas di kaunter semua baik2.
Epelhijau,
ntahnya diorang ni kann!
nasi tu insyaallah sedap.. hehe. Elok aje laku bulan puasa nih...
ida, akak pn biasa kena gn TM ni..lambat nk sambung blk..kena tunggu dlm 24jam pulak..geram jugak la time tu..
btw:..wow kedai ida besar jugak la, nk pi sana nk pekena nasi beriani ida yg sedap tu..nti nk dtg buka posa klu sempat...hehe
wah!!sedapnye!asl nasi kukus tk de??
huhu
memanglah diowrang ni..tak boleh lambat bayar sikit..ringan je tangan diowrang tu nak memotong..lagi satu si astro...eeee geram betol..
bila lah boleh akak merasa makan masakan kedai ida ni...ehhehehhehe..
kak sal, ida tak perasan akak belum pernah ke restoran ida. ingatkan dah pernah.. hehe.
marilah kak, insyaallah ida ada waktu berbuka kat sana.
mas, nasi kukus kena delete dulu sementara waktu sebab nanti tak menang tangan staf2 kak ida tu.. hehe
kak smm, diorang ni memang kan. astro lagilah melampau!!!
kak, jemput datang ke restoran yea. insyaallah, kalau xde catering mmg setiap hari di sana ...
Waduh... time posa tengok gambar2 ni... mengancam dibuatnya.
wah... asyiknya nasi beriani tu..!!
Kak zara, minta maaf, saje je ida nikann! Hehe
Nensa, asyik banget dong!!
Bila ada di Teganu . Barulah tahu Nasi kukus . terkenal kanns..
Talian itu penting utk 'blog' haha
saya tak pernah boleh bercakap dgn 'yang bukan mesin' di talian 100 itu...
kak ida.....saya nak mkan semua tuh,,lbih2 lagi nasi beriyani yg de ayam tuh..hahahah...nak minum air semua jgak..hahahaha..
bnyak nyer r order..,
linda, kat ganu mmg byk kedai yg jual nasi kukus kan.. hehe
tulah pasal ....
DS... o begitu ke... tp takpe.. bukannya best pun dpt cakap ngan diorang tu..
athira ni biar betul... larat ke nak makan semua tu... dtg kl, bgthu akak yea...
Hahaha..larat lah kot.rse sikit2 jerk..hehehe..,
Ok2..,nnti sy bgtau akk.
Post a Comment