Ini adalah rumah cendawan. Ini adalah projek yg diusahakan oleh sepupu ida. Mastura namanya - kami panggil along. Along telah mengusahakan tanaman cendawan di atas tanah arwah ayahnya yang lama terbiar sepi kat sebelah rumah ida tu. Ida sempat melawat rumah cendawan along masa hari raya hari tu.
Kalau tengok pada caranya, mcm mudah aje. Sempatlah jugak temuramah si Along ni pasal projek dia ni. Projek ini kata along, mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak Kementerian Pertanian. Rajin dia. Along akan datang kutip cendawan yg dah matang setiap hari sebelum pergi kerja. Kiranya walau dh pakai baju cantik pun, tak payahlah nak risau baju kotor ke apa. Sebab keje petik cendawan ni simple aje.. just petik macam tu aje. Pakai baju raya pun boleh petik cendawan.. hehe..
Pic ni semua ida snap sewaktu pagi raya pertama. Kebetulan along datang beraya dan singgah kutip cendawan, ida pun ambik kesempatan meninjau sekali. Memang teruja tengok cendawan fresh depan mata. Ida ni pulak mmg suka makan cendawan, apa jenis cendawan semuanya ida suka.
Jelas along, setiap bekas benih cendawan tu boleh tumbuh cendawan sebanyak 6 kali pusingan. Bila dah petik sekali, kena rehatkan dia selama 1o hari untuk pusingan kedua. Nampak tak bekas telah di 'tape'kan tu. Itu maknanya 'tengah rehat'. Along buat projek ni secara sambilan aje. Semua cendawan yg dihasilkan dijual sendiri oleh along.
- cendawan yg telah dikutip. along ada bagi kat ida sikit hari tu..
terus malam tu ida buat sup cendawan... best!
terus malam tu ida buat sup cendawan... best!
Ohya! kata along lagi. Bila nak masuk rumah cendawan ni, tak boleh pakai perfume, sensitif katanya untuk cendawan ni..
- ini pulak rumah ida diambil gambarnya dari rumah cendawan along.. hehe..
Bestkan tanam cendawan sendiri. Kalaulah ida pun ada rumah cendawan ni.. senang betul. Bila2 aje nak masak cendawan, datang je petik kan... berangan si ida ni... hahaha.
22 comments:
salam sis...
am pun suka sgt makan cendawan...mee goreng ke nasi goreng ke..bihun goreng ke..sampai kuah lodeh pun letak cendawan...hehehe...
Ida..salam, sihat tak?
Heasy..akak memang dah berapa tahun suruh abang ipar kat kampung buat cendawan tu, tak begerak2 dia.
Ini kena minta along turunkan ilmulah. Nak sangat2 buat..mesti seronokkan..
Rajinnya si along tu.Nmpk cam muda lagi.baguslah..pandai cr duit.
Sayur campur dgn cendawan mmg marbeles..ana pun suka makan sayur cendawan...my fav!
Waahhh... aysiknya petik cendawan di hari raya, Ida...haha...
Boleh tuh Ida buat juga rumah cendawan...keliatan banyak tanah kosong tuh dekat rumah Ida...hehe..
Senang melihat foto2nya!
salam dari Indo.
nensa
perhatian untuk blogger-blogger popular!
http://menjejakizani.blogspot.com/
untungnye sepupu ida ada tanam cendawan, blh petik2 gitu je, sedap ni kalo buat sayur cendawan dgn sup..bestnye..nampak luas kws kt rmh ida, blh la jugak usahakan tanaman ni..
semoga usaha baik dan bagus begini mendapat sokongan dari semua. selamat maju jaya kepada sepupu ida.
salam am,
samalah kita... hehe. eh .. kuah lodeh letak cendawan bestlah..
salam kak NB,
ida sihat walafiat. cuma penat. hari2 masak.. hehe.. (tp ida suka masak2 ni).
along tu, rumah cendawan tu dia upah org bina. benih2 tu dia beli dari kem. pertanian. tp mmg nampak mudah projek ni kak. boleh buat tu kak...
Ana,
mmg muda belia lagi along tu. rajin dia kan.
salam nensa.. hehe... kawasan rumah ida mmg ada lapang, tp bahagian depan... tulah kalau ada rumah cendawan tu jugak bestkan... hehe...
Menjejak izani, tima kasih atas infonya.
kak sal, mmg bagus along ni buat projek ni. rajin dia. pagi2 datang kutip cendawan.
kawasan rumah ida bhgn depan je luas. belakang xde ruang... hehe..
Dr. Sam, terima kasih byk2. moga usahanya terus berjaya...
sedap buat sup cendawan tu ida...akak memang feveret cendawan...mmmmm yummy..
kak yati,
tulah kan... ramai yg suka cendawan ni yea...
Kat tempat akak ni ada gak yg hangat2 tahi ayam usaha cendawan ni. Skrang rumah cendawan tu pun dah bercendawan.
Tahniah kpd Along kerana berjaya mengusahakannya.
kak zara.. haha... lawak pulak statement akak tu.. hehe.
yealah kan, kalau hangat2 tahi ayam, mcm tulah jadinya..
Along tu pun sepupu saya juga...
baru dapat tengok rumah cendawan along, raya tu tak sempat kena balik dah...
selamat berkenalan sepupu kepada sepupu..
nisa
salam nisa,
nisa ni mesti anak kak yah kakak mak along kan. dh besar yea. dulu tgk nisa masa nisa kecik2 aje..
rajin alongkan.. something good for her.
selamat berkenalan.. hehe...
usaha tangga cendawan tewww.. ehehe
en me, dh sampai msia ke.... hehe...
Post a Comment