- Happy New Year utk yang menyambutnya.
Buat teman-teman blog... selamat bercuti. Cuti panjang kali ni.
Pasti ada yang balik kampung. Tak kurang juga yang menghadiri kenduri kahwin.
Pada yang tak balik kampung macam ida ni.. hehe... bolehlah jalan2 sekitar KL atau merancang percutian bersama famili....
19 Jan 2012 - hari besday amira.
- pagi kami ke Sogo. Suka sangatlah amira.
Bekalan susu amira dan diapers dah nak habis.
Amira minum susu Dugro perisa buah-buahan.
Diapers pula amira guna Huggies Dry Pants.

- mula2 elok je duduk diam2 dalam stroller tu....
sat lagi mulalah nanti minta turun...hehe
- Abah amira nak tambah koleksi stokin, tp anak dara dia yg paling sibuk memilih...

- dah selesai beli stokin, suami ajak belikan baju baru untuk amira sempena besdaynya.
amira ni time nak bayar pun dia sibuk nak tengok...
- Baju amira tu kalau ikutkan salah waktu.. hehe.
Gara2 bibik ida lah ni. Pagi2 sebelum amira bangun kami dah keluar.
So bila urusan dah selesai, untuk jimat masa, ida just call rumah,
minta bibik siapkan amira dan bawak turun amira ke parking level.
So inilah hasilnya, baju tidur yang dia pakaikan kat amira..
- anak dan mama tengah pilih baju...
- tu kira yang amira dah berkenanlah tu... hehe

- inilah 2 pasang baju baru amira.

- selesai baju... kasut pulak...
- kasut amira yang beli time raya tu hari dah agak ketat rasanya sebab setiap kali nak pakaikan kasut, amira reluctant and choose slipper or sandal.

- koleksi kasut amira.
Yang putih pink tu ida beli gantikan kasut kotak2 merah hitam
(kasut tu ida tercicir kat parking selepas 3 hari beli)

Petangnya, kami menikmati set Hi-Tea di Hotel Mandarin Oriental. Complimentary. Sebenarnya banyak lagi voucher complimentary yg boleh didapati apabila kita sign up membershipnya. Bukan hotel ini sahaja sebenarnya, byk lagi hotel2 lain yang menawarkan pakej yang sama. Dan byk jugaklah hotel2 lain yang kami join membershipnya...
(kami kan suka makan... hehe)

- Amira siap sedia tunggu makanan sampai... hehe..
- inilah dia 2 set Hi-Tea. Barisan tengah tu assorted sandwiches.
Yang lain semua dessert. Ada scone, ada mousse,
ada cheese cake dan lain2 yang ida tak tahu namanya.. hehe
masa nilah jugak ida first time merasa macaroon... manis sangat2.. not my taste...

- amira mmg teruja nak makan tu....



- pelbagai pilihan creme / sweet sauce (cheese, vanilla, blueberry, peach)
- tea for my hubby.. tak ingat dah teh apa ke namanya... tp best jugak aromanya...
- and latte for me... hehe..
- amira dh tukar baju lepas ke rest room.. hehe...

- habis lunyai coklat kek tu dikerjakan amira...
- tadi penuhkan... sekarang dah licin... hehe... ada dalam 4, 5 pieces yg kami tak dapat habiskan sebab dah kenyang sangat (nampak mcm sikitkan... tp boleh kenyang sebenarnya),
kami mintak diorang pack.
Kesimpulannya berbaloi jugaklah Hi-Tea kat sini. Kenyang dan sedap. Hehe...