Saturday, May 9, 2009

DARI DAPUR KU.....


Kemas aje meja makanku hari ni. Hehehe.. belum tengok petang semalam... penuh barang!!! ..tp sayang semalam lupa nak klik. Bunga kecil dalam pasu tu sebenarnya lebihan gubahan bunga semalam yg kusiapkan untuk meja VVIP. Walau nak guna sikit aje, but still kena beli 1 dozen jugak.. so bolehlah jadi penyeri meja makanku.. insyaallah bunga ni boleh tahan 1 minggu ni... amacam berseri tak meja makanku... hehe....

Berbalik pada cerita penatku semalam..... fuh... memang giler penat. Tapi tetap seronok, bila semua event dah selesai dan berjalan lancar... dalam hati berbisik lega dan puashati.

Kumula masuk dapur pada pukul 2.00 petang, sebab paginya pergi hantar crew, kemudian pergi beli buah anggur dan selepas itu ke Petaling Street utk dapatkan bunga2 utk meja VVIP.
Bossku punyalah risau takut aku tak sempat masak, sebab semua food mesti ready by 5.00 pm. aku dengan sengeh dan cool aje ... menjawab... sempat!!!.. padahal dalam hati berdebar jugak. Tapi aku sure boleh sempat sebab semua bahan2 telah disiapkan oleh maidku. Aku tinggal masak aje...

-food containers... berderet tunggu untuk diisi....

- inilah gayaku masak kat dapur sendiri... mesti pakai apron dan tudung, kebersihan mestilah diutamakan.

- Acar buah yg telah siap dimasak. Oleh kerana kualiku agak kecil. aku masak acar buah ni 3 kali, yg dlm gambar ini, yg pertama punya...

Selesai aje masak acar buah, aku terus shoot utk masak kari ikan tenggiri - 370 ketul ikan.

- ikan tenggiri yg telah siap dipotong dan dibersihkan perlu direndam air garam dulu... petua mamaku bagi menghilangkan hanyir ikan.


- besar giler periuk ni...




- kari ikan tenggiri dah nak siap ... tunggu kuah mendidih aje ni....


Selesai aje 2 menu tu.. aku cepat2 gubah bunga pulak. Masa ni jam tepat2 pukul 5.00 ptg. Boss bagi masa setengah jam aje utk aku siapkan gubahan bunga ni... Terus tanganku jadi empat..zup zap zup zap, potong, cucuk, potong, cucuk .... lepas tu siap.... hehe...

- 3 jambangan bunga dah siap... simple aje kan...

Lepas tu.. apalagi cepat2 juga aku bersiap utk ke majlis tu. Yelah.. kerja tak selesai kat sini aje.. kena pergi ke lokasi event pulak utk pantau kerja2 kat sana... makan hidang... memang banyak kerja.

- bossku dah ready nak ke majlis. Assistant boss pun sempat jugak posing dgn bunga gubahannya. simpe aje bunga kali ni... sebab nak cepat...

Arieda: akak letak sekali gambar kat bawah ni... just utk tatapan arieda... mesti arieda gelak tengok gambar kat bawah ni..hahaha....

- dalam lif pun sempat gak klik2.... lepas ni sure arieda boleh mimpikan troli kak ida kan... hehe... byk jasanya troli ni buatku...

Setakat ni dulu... lepas ni sambung kat lokasi event pulak yea....layan!!!!

Friday, May 8, 2009

MENU ATAS MEJA...

Hari ini seperti yg telah dimaklumkan.. aku dan suamiku sibuk menguruskan pembelian keperluan catering pada hari Jumaat, tapi sebab byk kejar masa, aku terlupa nak klik2. Nasib baik sempat lagi utk rehat sekejap pada waktu petang ... seperti biasa... masa rehatku adalah pada jam 5.00 petang - 7.00 mlm. Dan seperti biasa juga , aku bertugas di restoran dari 8.30 - 11.00. Tapi hari ni aku terpaksa pulang awal sedikit kerana banyak kerja yg menunggu di rumah.

Kad menu atas meja telah siap dicetak. Jadi aku perlu cetak mukasurat dlm kad tersebut, seterusnya menyiapkan menu tersebut dgn ikatan riben, seperti gambar-gambar di bawah...

- mula-mula print menu yg perlu kuletak dlm kad menu itu... 70 keping. Lepas itu sesi melipat kad dan menu menjadi separuh A4.

- lepas itu potong riben ikut ikuran. Kemudian ikat riben kat kad menu itu

- inilah kesemua kad menu utk diletakkan di atas meja yg telah kusiapkan .. 70 keping semuanya. 1 meja letak 2 keping.

Lama jugak buat benda alah ni... dari jam 11.00 mlm aku mula sampailah jam 3.00 pagi baru siap.

Pagi nanti pada jam 9.00 aku dan crew akan ke Bukit Aman utk buat setting kerusi dan meja. Majlis kali ini bukan secara buffet sebaliknya secara hidang utk kesemua 35 table. So jenuh jugak nak ikat riben utk 350 kerusi. Tapi aku bawak 5 orang staf utk sudahkan semua kerja-kerja setting tersebut. Sebab aku perlu balik ke rumah utk masak. Untuk menu makan malam nanti , aku telah diberi tugas oleh bossku utk masak kari ikan tenggiri dan acar buah. Disebabkan aku dah ada maid kat rumah, so aku prefer masak 2 menu tu kat rumah sahaja. Aku ni memang home type person... hehe...


- maruku ni pun termasuk dalam menu diorang mlm nanti.

- ini adalah buah-buahan kering campur yg akan kugunakan utk buat acar buah.


- bawang rose yg telah disiap kopek oleh maidku...

saje aje penuhkan entri dgn gambar2.. hehe.. sebab coretannya pendek aje...
dan lagi satu perkara,
maaflah kalau entri aku ni asyik bercerita pasal dunia cateringku aje.. tapi itulah hakikat kehidupanku... layan ajelah yea...

Thursday, May 7, 2009

FOODTESTING & MEETING

Sebenarnya tempahan catering kat Bukit Aman pada Jumaat ini sudah confirm, tapi pihak PDRM meminta kami buat foodtesting bagi finalize menu2 utk hari tersebut pada hari ini. Jadi sambil diorang makan tengahari sambil buat discussion dengan kami yg akan membekalkan makanan pada hari event nanti.





- dewan utk majlis pada hari Jumaat nanti


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan cuma ada sedikit saja perubahan pada menu tersebut. Kesemua yg hadir tengahari tadi berpuashati dengan makanan yang dihidangkan.



- sambil makan, sambil diorang discuss. aku tak makan sebenarnya, tp diorang panggil duduk sekali sebab senang utk diorang tanya apa2 yg berkaitan dgn menu / food


- meeting yg casual





Maaflah, entri kali ini pendek sahaja, sebab aku dah mula sibuk bagi membuat persediaan utk majlis pada hari jumaat ini. Esok adalah hari utk kami membeli segala bahan mentah dan keperluan.

Petang tadi selesai agenda di Bukit Aman, semasa dlm perjalanan balik ke rumah, suamiku singgah kat pejabat ayah angkatnya HA, sementara aku just tunggu dlm keta aje. So dptlah aku layan SETIAP JUMAAT, (karya penulis kesayanganku, akak NB) sekejap sementara menunggu.. hehe..Aku hanya membaca novel pada waktu2 menunggu aje sekarang, sebab masa lain byk perkara nak buat. Kak Yati... novel akak seperti biasa sentiasa hebat, ... tak sabar pulak nak tahu kesudahannya.




- kak yati : mula tu tertanya2 jugak.. mana kaitan cerita ngan tajuk novelnya... rupanya masuk m/s 183... baru ada kisah yg berkaitan ... hehe...

Tuesday, May 5, 2009

ADAPUN GAMBARNYA.... HEHE...

Inilah dia gambar aku bersama kesemua 13 hantaran. Ingatkan takde, rupanya ada pun, diambil daripada camera jurufoto yg diupah oleh tuan rumah... hehe..





Dengar khabar majlis perkahwinan untuk pasangan ini akan diadakan pada tahun depan. So ibunya dah booking awal2 dah minta aku buatkan hantaran kahwin dan bunga telur pulak... hehe... sonot jugak ni. aku memang suka buat ni semua. Anggaran jemputan dalam 2000 orang. Maknanya bunga telur yang perlu kusiapkan adalah 2000 jugaklah...

Maknanya akan muncul pulaklah entri dariku untuk hantaran kahwin dan bunga telur... hahahah... tapi lambat lagi tu... so usah risau... hehe...

Sunday, May 3, 2009

ADUH.. PENATNYA...


Ahad

3 Mei 2009

Hari ni aku rasa sihat sedikit berbanding semalam. Semalam kepalaku terasa berat sangat, berdenyut-denyut. Letih tak usah cakaplah. Ditambah pula dgn batuk yang menjadi-jadi. Menonton AIM pun hanya sekerat jalan aje… penyudah bukan aku yg tengok TV, TV pulak yg tengok aku.. hehe..

Mana tidaknya, hari Jumaat tu, aku stay up terus hinggalah menjelangnya hari Sabtu. Jumaat merupakan hari terakhir utk aku siapkan hantaran. Petang Jumaat aku ke Sin Yin membeli goody bags dan sedikit lagi peralatan yg diperlukan untuk projek hantaran ku itu. Selepas mahgrib, aku terus pulun buat kerjaku. Dapat siap lagi 4 hantaran.



- hantaran ke 3 - kain pasang yang diletakkan dlm bakul. Bakul dah ada cuma tambah perhiasan dan bunga hantaran aje.

- hantaran ke 4 - beg tangan. yang ni lagi simple, sebab beg pun tuanpunya dah sediakan. aku just letak bunga hantarannya sahaja dan tambah sana sini... siap!

- biskut coklat jejari ni gunanya utk membuat bakul utk mengisi LADDOO sejenis manisan Pakistan

- gamkan sahaja guna glue gun
- inilah dia hantaran ke 5 : Bakul emas daripada Biskut Coklat Jejari berisi Laddoo

- hantaran ke 6 - bekas utk letak cincin tunang. yang ni pun simpe aje. just gunakan polisteren berbentuk hati dan bulatan, kemudian balut dgn crepe paper hijau dan letakkan hiasan tepi guna renda. Bekas cincinnya aku beli kat Sin Yin, ada batu permata tiruan berwarna hijau. kemudian kuletakkan dlm bakul bulat. Hiaskan dengan bunga hantaran.


Lebih kurang pukul 10.30 mlm aku ke restoran. Untuk pengetahuan semua, saudara belah suamiku ini telah menempah catering dan tempatnya sekali di restoranku. Jadi banyaklah kerja yg perlu dibereskan bagi menyiapkan restoran untuk sebuah majlis pertunangan. Sebenarnya majlis pertunangan yang sebenar akan berlangsung di rumah sebelah perempuan iaitu di Kajang. Tapi oleh kerana belah lelaki ni adalah anak pertama yg diraikan, jadi ayahnya telah menjemput hampir semua saudara mara yang ada (lebih kurang 300 orang) berkumpul dan menikmati hidangan makan tengahari terlebih dahulu di restoran sebelum bertolak ke Kajang.

Lebih kurang pukul 12.00 tghmalam aku dan adik-adikku serta staf-staf restoran memulakan kerja dekorasi di restoran setelah bunga segar yang dipesan suamiku tiba. Fuh! Byk betul bunganya. 30 dozen bunga rose, 10 dozen bunga kekwa, 10 dozen fernleaf, dan 6 dozen bunga kecil kuning dan putih (aku tak ingat namanya

), tp yg ni digunakan sebagai penambah seri gubahan.


Aku memberi gambaran ringkas pada adikku Hadi dan Faris sebab diorang yang akan memanjat tangga untuk menggantung scallop. Bermula dari bahagian luar restoran hinggalah ke hujung restoran.


Staf2 lelaki yang lain, ku arahkan untuk menyusun kerusi meja serta memasang sarung kerusi. Selain membasuh dan membersihkan restoran.


Sepupuku Ayu pula kuminta dia dan beberapa staf perempuan memotong bunga2 mengikut saiz yang kukehendaki. Jadi senanglah sikit kerjaku selepas tu..bila nak gubah bunga2 tu semua.


so di bwah ni semua adalah semua hasil klik2 kami sepanjang proses dekorasi. Memang banyak giler, harap u all semua tak jemu melihatnya... hehehe....








Pulang dari restoran lebih kurang pukul 4.30 pagi. Tiba aje kat rumah aku terus sambung buat hantaran. Ada 2 lagi hantaran yang perlu kugubah. Pertama adalah sirih junjung. Kedua adalah sejadah. Beginilah caraku membuat sirih junjung.... hehe...

- bahan-bahan yang digunakan.


- mula-mula bentukkan daun sirih seperti gambar di atas. begitu juga dengan pinang, gamkan shj seperti dalam gambar.


- kemudian gubah kuntuman sirih spt di atas.


- bunga yang kat tengah itu adalah daripada buah pinang. bunga pinang itu aku beli yg dah siap daripada kedai. Satu set dgn kuntuman kapur dan gambir.

- inilah hasilnya hantaran ke 7 - hantaran sirih caraku... hehe... cantik tak...

Hantaran ke 8 adalah sejadah yang kubentukkan menjadi kipas. Waktu ni tenagaku cuma tinggal 5% sahaja. Selesai aje gubah kipas tu.. aku terus terlelap utk sejam. Jadi aku pun lupa nak klik gambarnya. Maaflah yea.

Pukul 10 pagi... aku terjaga setelah dikejutkan oleh suamiku. Dan aku cepat-cepat bersiap dan angkut semua hantaran yang telah siap ke restoran, 8 hantaran yang telah kugubah. 5 hantaran lagi adalah kek, manisan halwa, barangan make up, al-quran dan sejenis lagi manisan. Jadi jumlah kesemuanya adalah 13 hantaran. Kesemua 5 hantaran ini , aku cuma tambahkan bunga hantaran sahaja bagi melengkapkan ia.

Bila tiba di restoran, aku cepat-cepat mengatur semua hantaran di atas meja. Namun aku tak sempat nak klik2 gambar keseluruhan 13 hantaran tersebut kerana pihak tuan rumah dah ramai yang tiba kat restoran. Begitu juga dgn gambar restoran yg telah ditransform menjadi mini taman bunga... hehe...
Sementara aku sibuk memberikan sentuhan terakhirku, aku sempat pas cameraku kat adikku Hadi. So inilah hasil klik2 beliau utk tatapan pengunjung blogku yang setia.... hehehe....

- dari hadapan restoran




- hidangan untuk tetamu



- kat sinki pun ada bunga... hehe...





- siapakah gerangannya yg memakai baju oren itu... hehe


- yg kuning tu ada manisan halwa daripda betik, disediakan oleh ahli keluarga tuan rumah. bakulnya aje yang kusiapkan...





begitulah cerita penatku.... hehe.. namun aku sebenarnya sangat berpuashati dgn hasil kerjaku. Ditambah lagi dgn pujian pihak tuan rumah dan tetamu... rasanya penat lelahku berbaloi sekali.... syukur pada tuhan yang telah menganugerahkan bakat dan minat kepadaku...juga telah melancarkan segalanya dengan baik sekali. Alhamdulillah...

Sebenarnya aku tidak menunggu hingga majlis selesai sepenuhnya kerana aku kurang sihat, cuma suamiku aje yg turut serta hingga majlis di restoran selesai. Jadi petang tu, aku terus tidur tak sedarkan diri.. sehinggalah aku dikejutkan oleh panggilan telefon. Rupanya teman blogku , Dea Sara yg call. Memang aku dh maklum tentang kedatangannya ke KL semalam. Tapi aku betul2 tak larat, nak bangun pun tak larat, maka tak dapatlah aku berjumpa dgnnya. Dan Dea pulak tak jadi singgah ke restoran bila dapat tahu aku tiada. Lain kali katanya... yelah... insyaallah kita jumpa lain kali yea Dea.

Malam sebelum aku mulakan operasi dekorasi restoran, rupanya ada juniorku semasa di Sekolah Menengah sedang menikmati roti nan dan Paya (kaki kambing) di restoran. Tak sangka dia datang. Memang telah lama tak bertemu dengannya.. katanya lebih kurang 15 tahun... ishk lama tu... sekarang dia dh ada 3 orang hero... syukur... semoga bahagia selamanya yea... Siti Kristi...



Rasanya inilah entriku yang paling panjang dan paling banyak foto... layan ajelah yea... hehe....





Friday, May 1, 2009

KUSYUKNYA....

30 April 2009
Khamis


Semalam aku sibuk sikit. Pagi selesaikan hal-hal yang berkaitan dgn rutin harianku... ke hulu ke hilir dgn suamiku. Petang , tetiba aje suamiku melencong ke KLCC, rupanya nak bawak aku tonton wayang... hehe... memang sejak suamiku balik dari oversea, belum jejak lagi kat TGV tu.

Hari ini, masih lagi sibuk. Risau tak cukup masa nak siapkan projek hantaran, dalam kereta pun aku pulun jugak buat sikit2... hehe... (suamiku yg memandu.. so bolehlah aku buat). Yang lawaknya, bila kereta berhenti kat traffic light, aku minta suamiku klik sekeping aksi aku tengah buat riben masa dlm kereta. Suamiku cakap... ishk.. giler camera betul isteriku ni.... hehe... dia masih tak tau isterinya giler blogging... hahaha...


Pagi tadi ada mesyuarat dgn beberapa pegawai tinggi PDRM di Bukit Aman. Alhamdulillah, pihak PDRM telah confirm satu catering order pada 8 Mei nanti utk 400 orang makan secara berhidang dgn harga yang agak lumayan. Syukur sangat.

Selesai mesyuarat, singgah semula kat rumah utk solat Zohor. Kemudian kami menuju ke Jalan Kenanga untuk beli kain-kain utk dibuat alas meja khas utk function Bukit Aman nanti (diorang request warna biru). Lupa pulak nak klik2 waktu beli kain tadi.

Malam bertugas di restoran seperti biasa. Balik aje dari restoran, aku terus aje sambung buat projek hantaran tu...Begitu kusyuknya aku buat kerja-kerja tu.. sampailah Azan Subuh... hehe..



- alhamdulillah , kuntuman bunga semua sudah siap. Tinggal nak cantumkan aje menjadi bunga hantaran.

- yang ini pulak, bunga hantaran yang dah siap 100%


so inilah dia hasilnya utk hari ini. Sempat siap 2 hantaran aje dulu sebab tadi kusyuk buat bunga dan riben.


- tuala digubah menjadi 2 kuntum bunga dan diletakkan di dalam bakul.


- coklat ferrari roche digubah menjadi kuntuman flora. yang ladybird warna kuning dan merah itupun biskut coklat sebenarnya..

Ada sedikit lagi peralatan yang perlu kubeli siang hari nanti. Aku juga perlu dapatkan sirih dan pinang utk buat sirih junjung nanti....

okeylah, itulah sahaja perkembangan projek hantaranku... aku nak zzzz sekejap....