Showing posts with label lakaran kehidupan. Show all posts
Showing posts with label lakaran kehidupan. Show all posts

Sunday, September 6, 2009

MACAM2 ADA...

Rasanya hampir seminggu tak update blog ni...
Biasanya walau sesibuk mana, aku tetap akan cuba update jua...
Mungkin sebab tiada event yg luarbiasa. Yang ada cuma biasa2 aje... hehe

Mmm.. apa telah dilalui yea.. macam2 ada ni... jom layan!!!

29 Aug 2009 - Sabtu

Pagi, kami ke Celcom Centre utk ambil sim card. Kemudian kami telah ke Sunway utk beli hp baruku menggantikan yg telah hilang 2 hari lepas.

Kali ni aku beli yg biasa2 aje, sebab rasanya tak perlu yg canggih sebab aku dh ada small gadgets utk semua keperluan lain. Hp kali ni cukuplah sekadar hp aje. Kalau ikutkan nak beli yg paling simple. Camera pun tak perlu. Tapi Kak Rozi telah mencadangkan utkku hp 2700. RM 300++ aje. Siap ada camera n memory card. Oklah tu.

- inilah rupa Nokia 2700. Ku suka!!

- bersama Kak Rozi yg sentiasa melayan kami dgn mesra... thanks kak!

Elok aje aku on hp baruku itu kat Nokia, terus masuk sms dari teman blog, Dea Sara. Rupanya dia tengah shopping kat Jakel dan berhajat nak berbuka di restoran. Aku gembira sekali sebab tak pernah bersua dgn Dea ni.

Utk bulan Ramadhan ni, restoran mula beroperasi dari pukul 4.00 ptg - 11.00 mlm. Dan aku juga turut bertugas kat sana utk sesi buka puasa pada setiap hari. Memang kami kekurangan staf sekarang. Kurang sangat2. Tapi kunjungan pelanggan ke restoran di bulan puasa ni alhamdulillah, tak menang tangan dan tak cukup meja.

Buat Dea, ida minta maaf byk2 sebab tak sempat nak sembang panjang2 /ngan Dea. Ingat nak ambil gambar bersama sebelum Dea pulang, tp tak sempat pula. Harap Dea tak serik dan sudi datang lagi.

30 Aug 2009 - Ahad

Hari ni kawan2 Adik Faris seramai 4 orang telah datang dari Tanjung Malim. Diorang semuanya nak tengok suasana menyambut hari kemerdekaan. Walaupun takde sambutan rasmi tp diorang tetap nak tengok jugak. Jadi bila time nak berbuka diorang semua turut membantu aku di restoran. Syukur, adik2 ni semuanya rajin2 belaka. Dan restoran seperti hari2 hujung minggu yg biasa, memang penuh, baik di luar mahupun di dalam. Alhamdulillah. Bila semua tengah berbuka puasa dan menjamu selera.. datang pulak idea utkku klik2.. seronok tengok semua pelanggan sedang makan...










- di ambang Merdeka.. jalanraya penuh sesak... walaupun tiada sambutan rasmi...


31 Aug 2009 - Isnin

Hari ni kami telah ke Sony, KLCC. dan Sg Wang Plaza, Bukit Bintang. Semua hal berkenaan suamiku. Syukur semuanya selesai. Petang mcm biasa bertugas di restoran.

1 Sep 2009 - Selasa

Minggu ni aku terpaksa ponteng kelas TG. Banyak hal yg perlu diselesaikan. Semua kerja2 aku cuba selesaikan sebelum jam 2.00 ptg. Sebab pukul 3.00ptg - 6.00 ptg, aku tidak mahu ketinggalan kelas bahasa Perancis. Jadi minggu ni, aku tak perlu jalan kaki ke kelas sebab suamiku volunteer hantar ku ke kelas. Katanya panas nak jalan kaki pukul 2 lebih. Kesian bini abang.. dahlah bulan puasa.. hehe..

Oleh kerana minggu ni juga kami dapat tempahan catering berbuka puasa setiap hari sehingga 5 Sep 2009, kami perlu menyediakan semua keperluan bahan mentah/kering awal-awal secukupnya.
Jadi hari ni, suamiku ajak ke Pasar Borong KL. Sebenarnya xtvt ni dah lama kami tak buat. Dulu2 mmg kami sendiri yg pergi beli sayur kat Pasar Borong ni dlm pukul 3.00 / 4.00 pagi. Tapi sejak adikku Hadi dah boleh handle, kami serahkan tugas tu kat dia. Lagi pula sekarang Pasar Borong KL dh buka pada siang hari juga. Jadi mudahlah utk dia.

Layanlah klik2 ku kat Pasar Borong ni yea... hehe... (sebelum ni pergi tak pernah klik2 pun kat sini .... sejak ada blog ni.. semua destinasi, klik2 terus!)




2 Sep 2009 - Rabu

Hari ni kami dapat tempahan catering daripada Perdasama, KL, bertempat di Masjid Wilayah yg telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim utk 400 pax. Sekarang ni sejak aku ada kelas, aku dah tak ikut ke lokasi catering. aku cuma handle dari jauh aje. My husband will manage it at event location. Jadi hari ni, lepas berbuka, aku cepat2 ke Masjid Wilayah, meninjau suasana di sana dan berterawih di sana. Oleh kerana nak berterawih, handbag dan camera kutinggalkan, jd semua gambar di bawah diambil menggunakan camera hp baru ku itu.. bolehlah kan..





3 Sep 2009- Khamis

Hari ni pula kami dapat tempahan catering drpd Sek Keb Bukit Jalil utk 300 pax.

4 Sep 2009 - Jumaat

Tempahan catering di Masjid Kg Pandan utk 150 pax.

5 Sep 2009 - Sabtu

Tempahan catering di Masjid Sentul utk 120 pax. Semua tempahan catering ni, takde gambar utk kuletakkan di sini sebab ku tak hadir sama.

6 Sep 2009 - Ahad

Hari ni kami bercadang utk ke Sogo. Suamiku nak beli bag sandang utk laptop sonynya yg baru dibeli minggu lepas. Sebenarnya kami mmg tak berminat nak pergi Sogo sewaktu hujung minggu sebab tak suka bersesak dgn org ramai. Tapi voucher tunai yg ada padaku ni akan tamat sahnya pd hari ini. Walaupun tak byk mana, tp rugi jugak kalau expired. Jadi.. kami pun redah jugaklah petang tadi.

Umat manusia tak usah cakaplah, memang berpusu2. Tapi beg2 yg ada tidak memenuhi selera kami. Tak banyak pilihan pulak kali ni. Jadi kami bercadang utk cari beg tu di tempat lain di lain hari pula. Jadi voucher tunai tu kami gunakan beli barang lainlah.


Tak sampai 2 jam, kami dah sampai semula kat rumah. Masa balik tadi singgah sekejap kat Kedai Buku Mukmin, nak cari kamus French, tp takde seperti yg kuidamkan. Hajat di hati nak beli sama mcm Fiza. Jadi mugkin kami perlu ke kedai buku lain pula... lain kali jugaklah jawabnya..


- Fiza... best friendku kat kolej...

Dan malamnya lepas bertugas dan lepas berterawih, dalam pukul 11.00 lebih, kami ke Tesco Selayang sekejap utk ambil barang yg tlh ku order siang tadi. Selalunya kami beli glo atau harimau kuat bila ada offer, kat sini. Semuanya utk kegunaan restoran.


Sekian...

Saturday, July 18, 2009

SOLEHIN DATANG LAGI...

Syukur, katering JAKIM berjalan lancar dgn jayanya. (entri penuh di blog dunia catering)


- adikku Nor pun turut membantu

Pulang dari katering JAKIM, aku terus zzz hingga ke petang. Bangun tidur punyalah lapar. ingatkan nak makan kat restoran, tp bila tiba aje terus ada customer order nasi goreng sardin. Terpaksa tangguhkan dulu dinnerku. Tapi lepas tu, customer semakin ramai yg masuk. Alhamdulillah. Dan aku tak menang tangan. Lepas satu , satu order yg datang. Ada yg order nasi goreng kampung, ada yg nak maggi goreng, ada nak sup ayam. Akhirnya pada jam 10.30 baru aku dapat makan.

Sebenarnya goreng2 ni sampingan aje. Customer yg datang ke restoran majoritinya makan roti naan dan beriani. Tapi ada jugaklah 2, 3 kerat yg bertanyakan goreng2 melayu ni. So aku tolonglah buatkan bila ada yg order. Dinner time customer mmg lebih ramai, tp weekend tu mmg lebihlah dari hari biasa. Hari ni semuanya habis licin. Sepatutnya hari jumaat dan sabtu, restoran ditutup pada jam 1.00 pg, tp hari ni tak dptlah sebab pukul 12.00 semua dh habis. Syukur.

Hari ni baby Solehin datang lagi.. hehe.. aku seperti biasa.. mmg seronoklah kalau Solehin datang. Waktu Solehin tiba pd 1100 mlm tadi, dia sedang tidur dlm kereta ayahnya. Tapi aku mana boleh tahan. Terus kukejutkan dia... hehehe..

- bangun tidur mesti lapar.. ibunya ikut ayahnya ke Cheras sekejap, so terpaksa aku bg solehin minum susu botol.

- Solehin dah 7 bulan, dah boleh duduk


.

Friday, May 8, 2009

MENU ATAS MEJA...

Hari ini seperti yg telah dimaklumkan.. aku dan suamiku sibuk menguruskan pembelian keperluan catering pada hari Jumaat, tapi sebab byk kejar masa, aku terlupa nak klik2. Nasib baik sempat lagi utk rehat sekejap pada waktu petang ... seperti biasa... masa rehatku adalah pada jam 5.00 petang - 7.00 mlm. Dan seperti biasa juga , aku bertugas di restoran dari 8.30 - 11.00. Tapi hari ni aku terpaksa pulang awal sedikit kerana banyak kerja yg menunggu di rumah.

Kad menu atas meja telah siap dicetak. Jadi aku perlu cetak mukasurat dlm kad tersebut, seterusnya menyiapkan menu tersebut dgn ikatan riben, seperti gambar-gambar di bawah...

- mula-mula print menu yg perlu kuletak dlm kad menu itu... 70 keping. Lepas itu sesi melipat kad dan menu menjadi separuh A4.

- lepas itu potong riben ikut ikuran. Kemudian ikat riben kat kad menu itu

- inilah kesemua kad menu utk diletakkan di atas meja yg telah kusiapkan .. 70 keping semuanya. 1 meja letak 2 keping.

Lama jugak buat benda alah ni... dari jam 11.00 mlm aku mula sampailah jam 3.00 pagi baru siap.

Pagi nanti pada jam 9.00 aku dan crew akan ke Bukit Aman utk buat setting kerusi dan meja. Majlis kali ini bukan secara buffet sebaliknya secara hidang utk kesemua 35 table. So jenuh jugak nak ikat riben utk 350 kerusi. Tapi aku bawak 5 orang staf utk sudahkan semua kerja-kerja setting tersebut. Sebab aku perlu balik ke rumah utk masak. Untuk menu makan malam nanti , aku telah diberi tugas oleh bossku utk masak kari ikan tenggiri dan acar buah. Disebabkan aku dah ada maid kat rumah, so aku prefer masak 2 menu tu kat rumah sahaja. Aku ni memang home type person... hehe...


- maruku ni pun termasuk dalam menu diorang mlm nanti.

- ini adalah buah-buahan kering campur yg akan kugunakan utk buat acar buah.


- bawang rose yg telah disiap kopek oleh maidku...

saje aje penuhkan entri dgn gambar2.. hehe.. sebab coretannya pendek aje...
dan lagi satu perkara,
maaflah kalau entri aku ni asyik bercerita pasal dunia cateringku aje.. tapi itulah hakikat kehidupanku... layan ajelah yea...

Wednesday, April 29, 2009

SENYUM MEMANJANG....

Semalam, 27 April 2009, Isnin, pihakku menerima tempahan catering daripada PDRM, Bukit Aman, sempena lawatan Menteri, Dato' Seri Hishamuddin ke ibu pejabat polis di sini.

Ada sesuatu yang mencuit hatiku, membuatkan aku senyum memanjang hingga ke malam hari....

Kisah selanjutnya akan menyusul kemudian.

Semalam juga, suamiku meminta bantuanku menyiapkan 10 hantaran untuk majlis pertunangan saudara belah suamiku yang bakal berlangsung pada 2 Mei ini. Bayangkan hanya beberapa hari sahaja lagi. Tapi suamiku tahu aku memang berminat dgn kerja gubah menggubah ni, sebab tu dia yakin aje aku dapat siapkannya.

Petang tadi aku ke syarikat Bunga Riben yang kebetulan dekat aje dgn rumahku untuk membeli semua peralatan yang diperlukan. Sebenarnya untuk membuat gubahan hantaran sekejap aje.. tapi untuk menyiapkan bunga-bunga dan riben-riben hiasan itu yang memakan masa kerana ia perlu dibuat satu persatu, step by step.

- peralatan yang dibeli. Tema adalah hijau dan emas. Ada lagi yg belum dibeli ni..

- yg ni masa sebelum pergi bertugas..

Dan oleh kerana masa yang suntuk, aku tidak buang masa, sebelum pergi bertugas, kumulakan misiku sekejap. Disebabkan aku perlu bertugas di restoran, kubawa juga peralatan utk buat bunga hantaran ke restoran. Sambil2 jadi cashier, aku siapkan kelopak bunga terlebih dahulu.
Disebabkan semangatku yang berkobar-kobar, terus kusambung semula bila sampai kat rumah. Begitulah aku bila berhadapan dgn kerja yang memang kuminati.



- tak buang masa... kat restoran pun kupulun jua...

- bila tiba kat rumah semula, aku mula cantumkan kelopaknya menjadi bunga...

- bunga yg 90% siap. Daun yg bersesuaian dgn tema, aku tak jumpa kat kedai tu tadi.. sebab tulah belum 100%.


Itulah antara proses2 membuat bunga hantaran. ni belum siap sepenuhnya... just nak bagi gambaran aje. nanti kuupdate lagi bila ada perkembangan lagi yea...hehe..
Nak zzzzz dah.. esok pulun buat lagi, bila ada masa senggang...

Friday, March 6, 2009

MENITI HARI.....

ni entry saja-saja... nak menambah posts dlm blogku... hehe.. takde apa yg menarik pun sebenarnya...

3 MARCH 09 - keluar rumah dlm pukul 11.00 pagi. menuju ke beberapa tempat yg sememangnya menjadi rutin harian. tp hari ni rasa seronok sangat sebab pagi tadi buat pertama kalinya aku dpt belek satu blog ni.. antara individu penting dlm industri H... hehe.. blog akak sd...entah kenapa segala coretannya dok berlegar di mindaku.. menyebabkan aku sengeh memanjang sorang2...hehehe.. so sempatlah berbalas sms dgn tuanpunya blog tu.. dan aku rasa sgt bahagia sekali...

- hari ni lunch kat ZK - antara tempat makan favourite suamiku, kat jln kg attap. selesai makan, singgah solat zohor kat rumah sekejap. masa ni aku curi2 belek blog akak sd sekejap selepas dia bagitahu ada entry baru...



- keluar semula dgn suamiku, kali ni menuju ke pejabat satu airline ni. suamiku tolong adiknya membeli tiket utk ke oversea. kat sini sementara menunggu diorang selesai, aku berbalas sms lagi dgn akak sd... hatiku berbunga lagi... entah kenapa begitu terkesan di hatiku dgn keramahannya... thanks kak...




4 MARCH 09 - hari ni hari rabu. selalunya rutin setiap rabu utk aku dan suamiku adalah menonton wayang.. hehe.. kenapa hari rabu yea.. sebab hari rabu harga tiket wayang ada diskaun.. KLCC - RM7.00. SUNWAY - RM 8.00. lagi satu sebab hari rabu tak ramai sangat orang so tak perlu bersesak2. selalunya tempat biasa tengok wayang kat TGV KLCC, tp sebab hari ni suamiku nak servis hpnya kat NOKIA dan aku pun nak beli hp baru untuk adikku H, sbb hpnya dh lenyap bersama handbagku yg "KENA" itu hari. so kami ke SUNWAY ajelah.(memang tempat beli hp nokia, kat situ aje..tak pernah beli kat tempat lain) tp hari ni rasa ada mood nak tengok filem hindi billu barber. tapi sayang tayangan siang cuma pukul 2.00 dan aku telah terlepas. so next tayangan pukul 8.30mlm. lama sgt nak kena tungu. so kebetulan ada pulak filem hindi lain - DELHI 6. so ambik filem tu ajelah.. lakonan abhishek bachan.. oklah.. filem dia simple aje.. byk expose about the real india life.. tp at the end of the story... ada pulak scene yg begitu touching.. hingga aku tangkap leleh lah pulak... haha.. aku mmg mcm ni.. kalau tgk citer, part yg touching tu, mesti nangis lah... suamiku senyum aje kat aku...





selesai menonton, kami singgah kat kedai crocs. saje aje.. tp sebab ada certain item tu ada diskaun 50%. so apalagi suamiku boronglah hingga 6 pasang.. katanya nak bagi hadiah. antara sifat terpuji suamiku... suka bg hadiah kat anak2 sedara / adik2 dia. ku tolong pilihkan aje... tp yg ada diskaun 50% ni.. choices of color very limited, so ambik ajelah apa yg ada.. tp bila dh sampai kat rumah, tak sangka pulak.. dlm 6 pasang yg dibeli suamiku.. rupanya ada utkku sepasang... pandai pulak suamiku buat surprise.. hehe.. tima kasih darling...

5 MARCH 09 - hari ni buat apa yea... mcm biasa rutin harian. lepas tu kami menuju ke JIM, urusan bawa masuk cachi (isteri chef kami) dr pakistan. fuh.. ramai giler manusia kat tingkat 3, JIM. tp sebab kami just hantar surat dan ambik borang2 yg berkaitan.. so prosesnya sekejap aje. tp aku ni takde kerja kat situ.. so sempatlah aku snap 2 keping gambar... heheh... sejak2 ada blog ni.. asyik klik2 ajelah aku.. sib baik suamiku.. tak komplen apa2... hehe...





- drpd JIM tadi, kami terus ke KLIA, kata suamiku nak jemput kawannya yg dtg dr Indonesia. tp waktu ni.. mata aku punyalah mengantuk.. so aku dok zzz aje kat sebelah dlm keta..hehe... tak ingat dah nak klik2. dptlah 1/2 jam aku nap.. tp suamiku pun pandai.. time balik dr KLIA, dia suruh aku drive pulak.. sebab katanya aku dh fresh... hehe... so aku pun ok ajelah... kami mmg mcm tu.. selalu rotate driver bila jalan agak jauh.... nak2 time balik Ganu... kdg2 aku yg lebih driving dr dia.. hahaha..

sekian saja bisikan hati utk lakaran kehidupan ku kali ini...

Monday, January 26, 2009

pengenalan...

hari ni .. hari utk aku duduk rumah.. actually memang dh rindu dah nak santai2 kat bilik ni.. maklumlah minggu lepas schedule penuh dgn catering aje.. so hari ni bolehlah aku belek2 emel, sitizone, tengok tv.... petang ingat nak tido sekejap.. tp mata ni tak mengantuk pulak.. so lastly teringat kat blog main campak je - tukang campaknyer.. kawan baik aku gaklah... hehe.. lama jugak x jumpa zie ni... lama jugak aku tak belek blog ni dia ni.. so lepas belek blog dia.. teringat pulak kat blog diri sendiri yg tak pernah ku update selepas first trial post nov dulu... hehe.. maklum kita ni bukan terer sangat pun pasal blog ni... so inilah post kedua ku yg ntah apa-apa ntah.. idea blog sendiri ni timbul selepas belek blog ko lah zie.. tp kesah hidupmu kira interesting lah jugak kan sebab ada citer anak2.. aku terfikir jugak.. apa lah yg nak di ceritakan kat blog aku nanti.. kesah aku ni.. asyik2 pasal makanan dan catering ... menarik ke utk dibaca?... takpelah redah aje ler.. org lain ada blog.. kita pun nak ada blog.. adeh3.. satu perkara lagi yg akan masuk dlm blog ku ni tentulah pasal artis kesayangan aku tue... hehe siapa lagi kalau bukan siti nurhaliza... so kengkawan.. minta maaflah yer...nak buat mcmn... nama pun.. die hard fan... ahaks..

terfikir pulak pasal gambar.. nak letak gambar apa ye.. mula2 ni.. m
ungkin kena letak gambar aku ngan suamiku , pastu gambar restoran aku (restoran suamiku sebenarnya.. hehe), pastu gambar aku ngan adik aku tue.. kot.. percubaan pertama utk paste gambar...

alamak.. susun atur gambar2 ni kurang cantik lah.. mengikut pandangan mata aku le.. tp x boleh nak move pulak.. so biarkan ajelah.. next post nanti may be boleh atur biar lebih tersusun..

gambar aku ngan adik aku ni.. diambil sewaktu rakaman raya 'antara kl dan jakarta' - tv3 kat finas, ulu kelang. waktu ni cuma tinggal x sampai sebulan saja lagi utk siti mendirikan rumahtangga dia dgn dk.

aku ingat cukuplah dulu post kedua ku ini.. lepas ni sambung lagi...