Tuesday, November 15, 2011

CHARGER CAMERA

Kesah cuti kali ini may be tak datail sgt ceritanya sebab ida dah pernah tulis sebelum ni. So boleh refer sini yea..

BERADA DI HADYAI

Pagi kami dimulakan dengan sarapan pagi - complimentary drpd hotel. Oleh kerana kami ambik 2 bilik, kami dapatlah 4 keping voucher breakfast - 1 tak pakailah sebab org ada 3 aje.. hehe.

Lepas breakfast, kami terus keluar. Ida bukan main bersemangat lagi nak mencari charger. Mula2 kami selusuri jalan2 sekitar hotel, intai2 kot2 ada kedai camera. Tapi sayangnya tak nampak langsung kedai camera.

Lepas tu ida cadangkan Big C kat suami, mana2lah tahu kot2 ada kedai camera kat dlm Big C tu. Kebetulan suami pun mmg nak menghala ke sana sebab nak ke kedai tayar & aksesori kereta yang ada dekat2 sana. So suami turunkan kami bertiga kat Big C.

Kat sini ada satu kedai camera yang bernama BIG CAMERA. Memang kedai ni ada jual camera2 DSLR, tapi sayangnya charger yang dikehendaki takde stok. Frust sangat ida. Then kami masuk shopping kat Big C. Berejam2 jugaklah kami kat dalam Big C tu. Daripada kosong troli sampai penuhlah troli tu.. hehe...

Lepas dah habis shopping, ida dan mama tinjau2 camera digital. Kata ida, jom kita beli camera satu mama. Murah aje ni. Mama ida pun setuju, sebab katanya camera sony yg ida hadiahkan dulu ada problem sikit. So lepas dah tinjau2, kami belilah satu camera digital Nikon Coolpix (12Megapixel) dengan harga RM 300.00 lengkap dgn memory card 2 GB, pouch dan screen protector. Bolehlah setakat nak ambik gambar buat kenangan2. (camera tu baru2 ni ida tgk kat kedai Nikon - KLCC harganya RM 368.00) kira murah jugaklah kat hatyai kan.. hehe.

So inilah beberapa keping gambar yg ida kilik2 lepas tu...

- amira yg keletihan shopping...





Elok aje kami dah beli camera tu lebih kurang pukul 4, suami ida pun datang ambik. Oleh kerana dah petang, semua pun dah lapar, misi mencari charger ditangguhkan dululah.

So utk makan tengahari, hajatnya nak ke kedai yg kami pergi dulu tu yg kami bayar guna RM tu (klik di sini utk rujuk entry berkenaan) tp kedai tu tak berniagalah pulak. Then kami singgah kedai sebelahnya- kedai nasi campur, yg baru nak buka berniaga time tu. Lauk pauknya banyak dan nampak menarik. Harga pun boleh tahan murahnya.






- ida suka sgt makan telur ikan ...

- yg ni tak tahu apa, tp nampaknya dibuat drpd tauhu

- sup tulang dia pun power...


Lepas makan suami ajak ke kedai tailor yg dulu tu (entrynya kat sini), nak ambik baju2 yg kami tempah waktu pergi bulan 6 tempohari. Sambil menunggu, sempatlah ida klik2 sekeping dua.. hehe...


- amira, sewaktu dalam kedai tailor...

- bersama camera baru mama, nikon coolpix...

Dah selesai kat sini, suami ajak minum petang pulak, pekena cha koi ngan teh tarik kat kawasan pasar. Tapi sayangnya gerai cha koi masih belum buka, tak tahulah kalau cuti panjang. Jadi kami minum petang kat gerai Sofea sambil beli kuih2 sikit..

-inilah kawasan gerai2 yang menjual makanan, mcm2 ada
dan dibuka setiap hari mulai jam 4 / 5 petang.

- jala mas, kuih tradisional kelantan dan terengganu jugak..

- amira bersama tuanpunya kedai sofia..


- amira dgn mamanya. gerai kat belakang tu yg menjual kuih muih yg manis2 belaka. kereta putih tu kereta yg kami bawak ke hatyai ni...

Kami lepak kat sana sampai dekat nak maghrib. Sampai aje hotel ida cepat2 ajak suami swimming, bukan apa, kalau dia dah landing nanti payah pulak. Jadi dapatlah kami 3 beranak swimming kat pool hotel sepuashati kami. Macam kami aje yg punya.. sebab xde org lain pun.. hehehe..



Amira mula2 mmg takutkan air. Mula2 dgn mamanya mmg tak nak lepas langsung. Nak letak dlm pelampung duduk dia pun tak nak. Nasib baik abahnya pandai tackle. Lepas tu dah okey. Boleh pulak duduk dlm pelampung dia tanpa dipegang.. elok aje.. tak fobia dah.. hehe.

Begitulah hari pertama kami. Nampaknya misi mendapatkan charger camera tidak berjaya. Sambung esoklah pulak misi tu yea.. hehehe....

Bersambung....

Tuesday, November 8, 2011

SETELAH PENAT BERKATERING...

Lepas hari raya aidilfitri yg lepas, kami tak putus-putus mendapat tempahan catering. dan ida pun tak menang tangan asyik masak aje. Boleh dikatakan setiap hari ida masak rendang, laksa dan kuah kacang. Memang terasa penatya. Walaupun ida cuma datang dan masak (staf dah sediakan semua bahan2 yang diperlukan), tapi tetap penat jugak, sebab selalunya masak dalam kuantiti yang banyak. Tp jangan salah faham ye.. nasi beriani dan yang sewaktu dengannya bukan ida yang masak. Itu tukang masak pakistan kami punya tugas tu.. hehe..

Kata suami, takpe.. nanti bila dah abis semua catering ni.. kita pergi cuti yea.. Bab jalan2 ni mmglah ida suka sangat.. hehe..

Tapi tak bolehlah pegi jauh2 sebab masih sibuk lagi sebenarnya. Tapi sempatlah lari kejap 3, 4 hari.. hehe. So kami pun decide pergi hadyai ajelah.. sambil jalan2, makan2, bolehlah ida tambah peralatan dapur utk restoran.

Dipendekkan cerita, maka kami pun berangkatlah ke sana lagi. Ida ajak mama dan adik2 sekali, tp sayangnya mama aje yg boleh ikut, yg lain semua tak boleh. Nor dan Fatin tak dpt ambik cuti. Nurul pun masih bz ngan assignment. Adik Zul masih sekolah, belum cuti. So kami pergi berempat ajelah.

Masa dalam perjalanan tu.. ida cakap kat suami, nanti kat hadyai kita pergi pasar terapung. Sebab ada baca kat blog kak Norhayati Berahim. Teringin jugak ida nak tengok bagaimana rupanya pasar terapung ni. Lagi satu ida ajak suami pergi Ice World yg ada kat sana. Suami kata ok, no problem. Apalagi seronoklah ida.. hehe..

Bertolak seperti biasa, lepas lunch dan tiba kat sana dalam pukul 10.30 mlm. Sepanjang perjalanan, mcm biasa jugak, banyak ida yang drive daripada suami ida... hehe. Tapi kali ni kami tak singgah makan kat mana2 sebab dah kenyang sangat makan sebelum bertolak. Just berhenti solat aje.


Ini aje sekeping gambar yang sempat snap sebelum bateri kong. Bila dah sampai hotel, entah kenapa tetiba charger tak berfungsi. Maka tak dapatlah nak ambik gambar. Dahlah waktu pergi ni iphone ida skrin dah pecah. Ida belum hantar ke Maxis lagi. Camera Sony pun ida tak bawak sebab excited nak ambik gambar guna DSLR kan. Maka susah hatilah ida lepas tu. Ingat nak ambik gambar amira banyak2. Kata suami... takpe dont worry, esok kita cari charger tu, mesti adanya...

Dan malam itu, ida tido dgn harapan yg menggunung tinggi.. chewah.. hehe..

.... to be continued....

Sunday, November 6, 2011

SALAM AIDIL ADHA



Selamat menyambut Aidil Adha buat semua.

Kepada teman2 yang tak balik beraya di kampung, ida nak menjemput ni... hehe..

JAMUAN MAKAN MALAM SEMPENA AIDIL ADHA

DATE: 7 NOV 2011
VENUE: RSMY house of real beriani
Medan Tuanku
TIME: 8.00pm - 11.00pm


SEMUA TEMAN2 BLOG... JEMPUT DATANG YEA..

SALAM AIDIL ADHA....



(anything boleh email ida ye : idasm@yahoo.com)

Saturday, November 5, 2011

POKOK TUMBANG

Dua tiga empat hari yang lepas, ada pokok tumbang kat Jln Munshi Abdullah. Disebabkan hujan lebat dan ribut yang agak kuat.

Dan ada dua buah kereta yang bernasib malang yang telah kena hempap dek pokok yang tumbang itu. Satu kereta yang tengah bergerak dan satu lagi tengah parking. Syukur pemandu kereta takde apa2. Ida kebetulan lalu kat jalan tu sejurus selepas kejadian berlaku.




Kesiankan kat tuan punya kereta2 tu....

Friday, October 28, 2011

ROZITA CHE WAN

Minggu lepas ida terserempak dgn Rozita Che Wan sewaktu nak hadir meeting kat Hotel Double Tree. Ida nak masuk lif, Rozita tengah nak keluar lif. Pastu ida sempatlah tegur Rozita. Then jurumekapnya offer ida, nak bergambar boleh aje. Eh, boleh ke? tak rush ke? tanya ida.

Then ida pun keluarkanlah camera sony ida yg dh lama x klik2, minta tolong diorang snapkan sebab suami ida xde masa tu, ida lambat sikit sebab singgah ke ladies dulu, bersihkan amira.

Bagi ida Rozita ni kira sporting jugaklah sebab masa nak snap tu, camera ida down, 2 kali klik, 2 kali dia padam. Tp Rozita sabar menunggu, sampailah ida keluarkan iphone pulak.. hehe..
Dan Rozita sempat puji amira, cantik katanya...

Sempat jugak ida tanya Rozita, baru balik dr photoshoot ke. Katanya baru balik dr pc berkaitan Anugerah Skrin. Rupaya Rozita jadi MC for that nite. So ida pun ambik kesempatan ucap gud luck kat dia sewaktu salam ngan dia.

Begitulah kesahnya....


TERHARU..

Rasa terharu bila bertemu dengan silent reader blog ida di restoran tadi. Sebenarnya mmg blog ini hampir terabai. Byk faktor sebenarnya. BZ pun ada. Malas pun ada. Tak sempat pun ada. Takde mood pun iye jugak. Bila x bukak blog, maka blogwalking pun jadi jarang2 jugaklah.

Sebenarnya kesah jalan2 amira ada yg nak diupdate. Tapi tulah.. asyik tertangguh aje. Tapi bila bertemu dengan Umie tadi.. tetiba semangat nak update blog pun datang .. hehe...

Memang ida tak kenal Umie. Teman Umie yang bagitahu ida yang kawannya ini selalu baca blog tuan punya restoran ni. Terkejut jugak ida. Malu pun ada. Dan terharu pun ada. Kata Umie, updatelah blog tu.. suka tengok amira.

Memang masa nak bayar tu, Umie ada panggil amira. Kata ida dalam hati.. mana tahu nama amira.. may be regular customer kot.. Rupanya Umie dah kenal amira dr blog hati ini lagi... hehe..
Terima kasih Umie. Walaupun silent reader, at least ida tahu ada yang membaca blog ida walaupun tidak tinggalkan komen... hehe...

Akhir kata.. ida letak vc amira ye , link dr fb ida.


assalamualaikum..











Thursday, October 20, 2011

IPHONE

Salam semua.

Minggu lepas iphone ida jatuh dan skrin pecah. So mmg x dpt nak tgk langsung kat skrin tu. So minggu lepas seminggu ida xde iphone. Kebetulan pulak masa tu dh nak pergi jalan2, so tak dapatlah nak hantar ke Maxis.

Terasa jugak sukarnya bila xde iphone kat tangan. Tak dapat nak online, tak dapat nak ambik gambar amira, tak dapat nak record video amira. Tak dapat nak refer contacts atau notes yg memang dh ada kat dlm phone tu.

So minggu ni balik dari jalan2, barulah ida bawak phone tu ke Maxis. Mula2 ida pergi hari Sabtu, diorang dh tengok dan ida kena bayar RM600.00 untuk dapatkan unit iphone yang baru. Walaupun iphone ida masih under warranty, tp untuk skrin pecah dan hp rosak sebab masuk air mmg tak termasuk under warranty. Tp stok xde pada hari tu. Lepas tu ida teringat pulak tentang data2 yang ada dlm iphone tu. Ida tanya diorang boleh ambik tak data2 tu. Diorang kata boleh cuba kat laptop. So Mr. Maxis tu cadangkan ida bawak balik dulu iphone ida tu n charge. Hari isnin nanti boleh bawak semula hp tu bersama laptop, nanti dia tolong buat back up.

So ida pun datanglah balik hari Isnin. Tp stok still xde. And back up data also cannot be done coz my iPhone got passcode. The passcode cannot key in because of the damage of the screen. Terpaksalah ida pasrah (dgn berat hatinya sebab gambar2 amira ada dekat 5000 keping dan video amira ada dlm 100 lebih ada dlm iPhone tu... huhu)

Hari ni .. alhamdulillah dah 3 hari dah ida dpt iphone baru. Jenuh jugak nak masuk semua no telefon dari hp nokia manually. Begitulah kesahnya... hehe...


inilah rupanya iphone ida yang lama tu....