Monday, January 23, 2012

RENTETAN HARI LAHIR AMIRA....

- Happy New Year utk yang menyambutnya.
Buat teman-teman blog... selamat bercuti. Cuti panjang kali ni.
Pasti ada yang balik kampung. Tak kurang juga yang menghadiri kenduri kahwin.
Pada yang tak balik kampung macam ida ni.. hehe... bolehlah jalan2 sekitar KL atau merancang percutian bersama famili....

19 Jan 2012 - hari besday amira.

- pagi kami ke Sogo. Suka sangatlah amira.
Bekalan susu amira dan diapers dah nak habis.
Amira minum susu Dugro perisa buah-buahan.
Diapers pula amira guna Huggies Dry Pants.

- mula2 elok je duduk diam2 dalam stroller tu....
sat lagi mulalah nanti minta turun...hehe


- Abah amira nak tambah koleksi stokin, tp anak dara dia yg paling sibuk memilih...

- dah selesai beli stokin, suami ajak belikan baju baru untuk amira sempena besdaynya.
amira ni time nak bayar pun dia sibuk nak tengok...

- Baju amira tu kalau ikutkan salah waktu.. hehe.
Gara2 bibik ida lah ni. Pagi2 sebelum amira bangun kami dah keluar.
So bila urusan dah selesai, untuk jimat masa, ida just call rumah,
minta bibik siapkan amira dan bawak turun amira ke parking level.
So inilah hasilnya, baju tidur yang dia pakaikan kat amira..



- anak dan mama tengah pilih baju...


- tu kira yang amira dah berkenanlah tu... hehe

- inilah 2 pasang baju baru amira.


- selesai baju... kasut pulak...

- kasut amira yang beli time raya tu hari dah agak ketat rasanya sebab setiap kali nak pakaikan kasut, amira reluctant and choose slipper or sandal.

- koleksi kasut amira.
Yang putih pink tu ida beli gantikan kasut kotak2 merah hitam
(kasut tu ida tercicir kat parking selepas 3 hari beli)




Petangnya, kami menikmati set Hi-Tea di Hotel Mandarin Oriental. Complimentary. Sebenarnya banyak lagi voucher complimentary yg boleh didapati apabila kita sign up membershipnya. Bukan hotel ini sahaja sebenarnya, byk lagi hotel2 lain yang menawarkan pakej yang sama. Dan byk jugaklah hotel2 lain yang kami join membershipnya...
(kami kan suka makan... hehe)




- Amira siap sedia tunggu makanan sampai... hehe..


- inilah dia 2 set Hi-Tea. Barisan tengah tu assorted sandwiches.
Yang lain semua dessert. Ada scone, ada mousse,
ada cheese cake dan lain2 yang ida tak tahu namanya.. hehe
masa nilah jugak ida first time merasa macaroon... manis sangat2.. not my taste...



- amira mmg teruja nak makan tu....







- pelbagai pilihan creme / sweet sauce (cheese, vanilla, blueberry, peach)


- tea for my hubby.. tak ingat dah teh apa ke namanya... tp best jugak aromanya...


- and latte for me... hehe..


- amira dh tukar baju lepas ke rest room.. hehe...

- habis lunyai coklat kek tu dikerjakan amira...

- tadi penuhkan... sekarang dah licin... hehe... ada dalam 4, 5 pieces yg kami tak dapat habiskan sebab dah kenyang sangat (nampak mcm sikitkan... tp boleh kenyang sebenarnya),
kami mintak diorang pack.

Kesimpulannya berbaloi jugaklah Hi-Tea kat sini. Kenyang dan sedap. Hehe...

Thursday, January 19, 2012

AMIRA DAH 2 TAHUN...

1901 2012 - 19 JAN 2012

Genap dah umur amira 2 tahun. Abah amira kurang sihat sejak 2 hari lepas. Saya pun tak bercadang nak buat apa2 memandangkan abahnya tak berapa sihat.

Petang tadi, suami ambik ubat drpd pakar orthopedik, Dr. Lopez drpd Hospital Tawakkal. Alhamdulillah, byk kurang sakitnya dan beransur baik. Terus suami called Coffee House Hotel Seri Pacific, order cake utk celebrate besday amira.

Kebetulan pulak ada sedara nak order catering, so lepas ambik kek, terus kami ke restoran discuss dgn diorang berkenaan majlis yg diorng nak buat.


Jadi kami pun celebrate ala kadar aje. Sebab amira belum kenal erti harijadi. So ini permulaan baginya. Pertama kali amira nak potong kek. Pertama kali amira nak tiup lilin.

Tapi nampak aje kek... pandai pulak amira sebut kek.. kek.. dan cepat2 dia mintak cutter, tak sabar nak potong kek. Tahu pulak dia. Entah dari mana dia belajar.


- amira sibuk mintak cutter... nak potong kek...





- amira smile... itulah rupa muka yg tengah smile... hehehe...


Thursday, January 12, 2012

KOMUTER

Bulan lepas, suami ajak pergi Seremban. Sebenarnya mmg kami selalu pergi Seremban sebab suami ambil bekalan ubat drpd doktor pakar kat Hospital Tuanku Jaafar tu. Dulu dia ambil drpd GHKL, tp selepas direkomen oleh kawannya dia pindah kat sana pulak. Biasalah penyakit keturunan ni... 3 bulan sekali mesti kena buat check up dan ambil ubat.

Selalunya kami berkereta tp kali ni suami ajak naik komuter pulak. Nak bagi experience naik komuter kat buah hati pengarang jantung kami tu.. hehe.

Kami parking kereta kat Segambut dan ambil train pergi balik. Nasib baiklah pergi dan balik kami dapat seat. Dalam train, amira sibuk nak ke sana ke mari. Sampai kat Seremban, dah ada orang tunggu nak bagi ubat tu. So kami minum2 kat stesen tu sekejap sebelum ambil train balik ke KL.

Sampai Segambut, hari dah nak malam. Then kami buat kesimpulan, tak best sgt naik train ni sebab makan masa. Drive sendiri lebih jimat masa. Tapi takpelah just utk pengalaman. Kalau tak naik tak tahu... kan.. hehe..

Tapi sejak dari itu, amira pantang nampak train di mana2 (samada LRT, Monorail atau Komuter), ringan mulut dia cakap... mama! mama! train! jom! naik! ... dan kami bantai gelak ajelah.

ok.. kita layan gambar pulak yea...

Ini sewaktu menunggu train kat stesen Segambut.



Yang ni pulak sewaktu dalam train. Belon tu ada anak cina yang bagi kat amira.






Yang ni pulak semasa kat Stesen Seremban. Amira dah tak sabar nak masuk semula dalam train sebab tulah dia tarik tangan ida tu, tp waktu ni komuter belum sampai, yang sampai cuma keretapi express.



Tuesday, January 10, 2012

TERIMA KASIH



Cenderahati drpd akak Dinas. Tima kasih ye kak. Sampai minggu lepas lagi. Tapi ida ni asyik busy memanjang. First time ida terima ole2 melalui pos. Percaya tak, inilah fridge magnet pertama yg ida ada. Memang tak pernah terfikir nak beli ni pergi mana2. Lepas ni ida nak buat collectionlah.. hehe. Biar penuh pintu peti sejuk kat dapur tu.

Ida pun nak kirim somethinglah utk akak. Cenderahati drpd Hong Kong, boleh ke? Klik sini kalau nak tengok yea. Nanti akak emel alamat akak kat ida ye. Rasanya ada 3 lagi dlm simpanan ida. Kawan2 blog lain yg berminat boleh jugak.

Thursday, December 22, 2011

MI UDANG

Sedap rupanya mi udang ni yea. Patutlah suami beriya2 nak bawak ida makan mi udang ni. Konsepnya bagus sebab udang kena beli. Berapa banyak mahu letak semuanya terpulang pada kita. Jadi for sure customer tak boleh komplen pasal udang.

Ida dapat rasa mi udang ni time balik dr Hatyai tempohari. Singgah kat Sg Dua, Penang.






- kami beli 13 ekor aje. lebih kurang 3 ekor soranglah. seekor lagi utk amira.


- beli sotong jugak utk dibuat sotong celup tepung.

- inilah mi udangnya. sedap!

Untuk amira, ida request buat mi udang yang tak pedas langsung. Kalau pedas sikit nanti dia menjerit. Sebelum ni amira mmg tak suka sgt dgn udang. Tapi kali ni amira pandai pulak makan udangnya. kita layan gambar amira yang banyak ni yea. Abahnya yg tukang tembak.. hehe..

















Alhamdulillah, kenyang dan sedap. puashati.


Sunday, December 11, 2011

OMBAK RINDU

Salam rindu....

Hari Sabtu, (10Dec) ida tengok wayang citer Ombak Rindu kat KLCC. Memang lama sangat dah tak tengok citer melayu kat cinema. Tapi Ombak Rindu punya pasal, ida memang dah pasang hajat awal2 nak tengok citer ni kat panggung. Sebab dah baca novelnya dan sebab pelakon-pelakonnya pun mantap.

Sebenarnya hampir jugak tak dapat tengok semalam sebab tiket pukul 2 dah totally sold out. Bertolak dari rumah pun dah pukul 1 lebih. Terpaksalah jumpa manager dan alhamdulillah dapat jugak masuk yang pukul 2 tu.

Dan ternyata pilihan ida ni memang tak rugi. Memang puashati. Memang touching. Ida pulak memang jenis mudah nanges, awal-awal lagi ida dah tersedu. Maka berjuraianlah air mata ida sepanjang filem tu. (Rasanya dah lama tak nanges chenggitu time tengok wayang)

So bagi ida, filem ni berjaya menambat hati ida. Tak tahulah orang lain. Amira pun sporting, dia tahu mama dia nak feeling.. hehe.. Beriya jugak dia tengok awal2 tu.. tp setengah jam sebelum citer habis, dia dah tertido.

Masa keluar, kami keluar ikut entrance depan. Pergh... punyalah ramai orang kat depan tu, nak jalan pun susah. Sempat jugak ida jeling2 tiket kat tangan orang ramai tu. Dan ternyata semuanya tengah tunggu nak masuk tengok citer Ombak Rindu.

- ombak rindu di pantai dungun... hehe...


- gambar sekadar hiasan.. hehe... amira di masjid negara. Sebenarnya sejak Julai 2011, kami berniaga nasi beriani kat dlm kawasan masjid negara pd setiap jumaat. So gambar ni diambil pada salah satu hari jumaat yg telah berlalu sewaktu baru nak setting. Alhamdulillah setiap jumaat, nasi beriani 5 periuk (3 jenis) habis dijual. (nantilah ida buat satu entri pasal ni yea.hehe)