Sunday, April 19, 2009

MENUJU KE DESTINASI... YEAH...YEAH...

18 April 2009
Sabtu

Corat coret sepanjang perjalanan ke Tangkak, Johor.


- sebelum bertolak, makan tengahari dulu. Seperti biasa bila mamaku dtg KL, menu permintaan... Nasi Ayam Mama... sedap giler!!!


- pemandangan indah sepanjang perjalanan...
layan cybershot ni boleh hilangkan mengantuk...

- destinasi yg dituju dah hampir tiba...

- kecil aje pekan Tangkak ni.. tapi aku suka sebab banyak signboard yg tunjuk direction lokasi.
Walaupun pertama kali menuju ke Kolej Matrikulasi Johor, tp signboard yg ada begitu membantu... jd tak perlu nak tanya direction drpd orang...

- destinasi

adik aku ni manja sikit... bila jumpa mama... dia boleh nangis... "mama rindunyer kat mama"... pastu boleh pulak keluar air mata dia.... hahahaha... yg kakak dia dia ni bukan nak layan sensitiviti dia... gelakkan dia ada... hehehe.. manja leleh rupanya adik aku ni!!!

- bila emosi dia dh okey... aku ajak ambil gambar kat depan asrama dia...
Kolej Al-Biruni...

kali ni jurufotonya adik Faris... jd entri ni byklah terselit mukaku... hehe


- tu dia barang... punyalah banyak.. sib baik muat ... (tengoklah siapa yg susun!)


- masa nak balik ada beberapa gerai tepi jalan jual durian. Kami sekeluarga mmg gemarkan durian... so apalagi.. teruslah singgah dan makan durian kat situ jugak....


- mula-mula suamiku beli 4 biji dulu.. kira testing lah tu... lepas dh terbukti sedap.. beli lagi 4 biji... licin!!!!

- kami singgah kat R&R Ayer Keroh utk solat dan minum2.

- dah selesai solat dan minum, aku ajak posing sekeluarga,
kira penutup utk hari ni....
sebelum bertolak balik ke KL....

Saturday, April 18, 2009

CATERING DI JAKIM

Klik-klik sepanjang catering semalam.....

- nak posing ngan mama, tapi adik2 crew ni dtg mencelah... layan ajelah.... hehe

- bersama Dato' Mashitah... time nak balik ni... kira dh selesai makan...

- aksi adik2 crew... saja aje diorang ni....

- bergaya ngan SG baru... amacam cun tak... hehehehe....

Catering di JAKIM pada 17 April 2009, Jumaat.

Ulasan lanjut di blog DUNIA CATERINGKU... SILA KLIK di sebelah atau htttp://restoranseleramy.blogspot.com

Friday, April 17, 2009

ALAHAI.....

Hari ini seawal jam 5.00 pagi , aku dan catering crew akan gerak ke Putrajaya, ada catering, Majlis bersama Menteri JAKIM Baru utk 900 orang.

Esok , Sabtu - Nak pergi ambil adik Nurul yg dh selesai Matrik kat Tangkak Johor.

Lusa, Ahad - Shah nak dtg dari TM bersama Baby Solehin, ajak aku, mama dan adik2 ke Sunway, main air.

Isnin - Nak Hantar mama dan adik2 balik kampung. Menurut suamiku, nak bertolak pagi sebab nak singgah Lunch makan seafood kat Kuantan. Mungkin nak singgah juga kat rumah sepupuku Sarah kat Semambu, sebab dia dah 3 kali berkunjung ke rumahku.. sedangkan aku sekali pun belum sampai lagi kat rumahnya. Dah tiba kat kampung may be 2, 3 hari lah kat sana.

Alahai..... aku sebenarnya agak susah hati sebab aku ada agenda utk ke Pesta Buku, nak borong novel2 penulis kesayanganku Kak Norhayati Berahim, yang masih belum kumilki... jua terselit hasrat utk bertemu beliau dan kak Lily Haslina Nasir (novel Aku Ada Kamu dengar-dengarnya hebat juga... boleh beli sekali).

Kalau ikutkan hari Sabtu pagi, aku boleh lari pergi sana sekejap sebab nak pergi Johor dalam pukul 12 tghari. Tapi adikku Nurul pun teringin nak pergi sana jugak... hai.. camner nih... Mungkin aku kena pergi sebelah malam kot selepas ambil Nurul.... rasanya Pesta Buku dibuka hingga pukul 10 mlm.
Takpe.. think positive... insyaallah ada rezeki ku utk ke sana....


- Anak-anak sepupuku, Sarah , sewaktu berkunjung ke rumahku 2 tahun lepas...
(comelkan anak dia...)


- ida dan mama yg dikasihi (... syawal 2007...)

Thursday, April 16, 2009

MARI MEMASAK ...

Entri kali ini.. aku ingin berkongsi resepi dengan anda semua....
Resepi ni aku tak belajar dari mana-mana pun. Sekadar cuba jaya sendiri aje. Sebenarnya aku ni memang suka sangat cuba jaya. Asal makan aje sesuatu yang baru kat mana-mana, esok lusa aku akan cuba jaya sendiri kat rumah. Dan yang jadi hakim of couselah suamiku... hehe

Resepi ni senang aje sebenarnya, kalau kata dah tak tau nak masak apa .. cubalah resepi ni yea...

DAGING LADA HITAM

Bahan-bahannya:-

1) 500 gram Daging - kalau nak sedap gunalah Daging Tempatan. Lebih cepat empuk dan rasanya memang berbeza dgn daging import. Utk jimat masa, rebus daging terlebih dahulu bersama sedikit garam sehingga empuk.

2) 3 biji bawang besar - di hiris

3) Beberapa biji cili padi - bagi yg suka pedas.

4) 1/2 inci halia - dihiris.

5) 2 Sudu Tepung Jagung

6) 2 sudu Lada Hitam yg dikisar.


Cara-cara:-

Panaskan minyak. Tumis bawang yg telah dihiris sehingga garing.

Masukkan daging yg telah direbus terlebih dahulu. (air rebusan daging jangan dibuang) Kacau. Selepas daging agak garing, masukkan sedikit air rebusan daging. Masukkan lada hitam dan halia.

Masukkan cili padi yg telah diketuk, bergantung kepada kepedasan masing-masing. Masukkan garam dan perasa secukup rasa. Boleh juga masukkan sedikit kicap manis dan sedikit sos tiram. Apabila telah mendidih, bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Masukkan air tepung jagung ke dalam kuali. Kuah akan menjadi lebih pekat selepas mendidih.


Inilah rupa Daging Lada Hitam.... selamat mencuba...

* TIPS:
1)pastikan bawang betul-betul garing apabila menumis ukt memastikan kesedapan memasak
2) pastikan daging betul-betul empuk utk memastikan suami anda menggemari daging..hehe
3) daging boleh rebus terlebih dahulu di waktu lapang masing-masing, kerana untuk memasak Daging Lada Hitam cuma memerlukan masa 15 minit shj.


Wednesday, April 15, 2009

KEPADANYA KITA KEMBALI....

15 April 2009
Rabu


Pada jam 1.30 pagi aku mendapat panggilan telefon menyatakan bapa saudaraku telah meninggal dunia di Hospital Dungun, Terengganu.

Memang agak terkejut kerana arwah sebelum ini tidak menghidapi apa-apa penyakit kritikal.. cuma hanya mengeluh sakit dada beberapa hari yang lepas.

Tapi itulah kenyataannya... ajal dan maut di tangan Ilahi. Memang sudah tertulis ajalnya.

Jadi kami bertolak ke Dungun, Trgnu pada jam 3.30 pg kerana menunggu adikku Shah yg dtg dari TM. Pada jam 7.00 pagi kami tiba di Dungun. Jenazah dikebumikan selepas Zohor.
Al-Fatihah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Ilahi...... amin.



Monday, April 13, 2009

TAHNIAH BUAT SITI....



Syukur... buat kali ke 12, anugerah wanita popular masih menjadi milik Siti...

Menonton persembahan Siti menyanyikan lagu Di Taman Teman tadi.. buat diriku terpegun. Vocally memang mantap. ditambah pula dgn elemen tarian Hindi dalam tariannya tadi.... fuuh.... rasa tak puas mata memandang....

......gambar daripada berita harian...

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2008

Bintang Paling Popular - Nabil

Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar

Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin

Penyanyi Lelaki Popular - Mawi

Penyanyi Wanita Popular - Datuk Siti Nurhaliza

Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor

Pelakon TV Wanita Popular - Dynas

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Meet Uncle Hussain

Artis Nasyid Popular - Rabbani

Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil

Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah

Artis Baru Lelaki Popular - Nabil

Artis Baru Wanita Popular - Stacy

Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Jamal Abdillah

TAHNIAH BUAT SEMUA PEMENANG!!!





Sunday, April 12, 2009

ARTIKEL RESTORAN DI BERITA HARIAN...

11 April 2009
Sabtu

Hatiku sangat gembira kerana artikel tentang restoranku telah keluar kat Berita Harian hari ini. Interview oleh wartawan telah diadakan pada awal bulan Mac yang lalu...




- gambar-gambar di atas adalah hasil klik2 ku sendiri...


dan yg ini pula adalah....


artikel yg ku copy n paste dari www.bharian.com.my


Belanga: Cita rasa Pakistan gamit selera
Oleh Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my




Pelbagai hidangan disediakan dari pagi hingga tengah malam

AROMA masakan yang dibangkitkan sudah membuatkan perut berasa lapar. Apatah lagi apabila melihat hidangan yang masih panas di depan mata. Memang tidak sabar hendak menikmati hidangan disediakan. Itulah antara penangan hidangan cita rasa Pakistan yang diketengahkan restoran, RSMY House of Real Beriani yang terletak di Jalan Medan Tuanku, di Kuala Lumpur.

Pengurus Besarnya, Nur Hidayah Mohammad, berkata restoran yang dibuka sejak empat tahun lalu di lokasi itu menyajikan pelbagai jenis hidangan, tetapi paling istimewa sudah tentulah masakan cita rasa Pakistan yang disediakan oleh tukang masak berpengalaman.

Katanya, hidangan cita rasa masakan Pakistan semakin digemari ramai, tanpa mengira bangsa ataupun keturunan. Rasanya yang enak dan mempunyai keistimewaan tersendiri membuatkan selera sentiasa terbuka dan tidak pernah jemu untuk menikmatinya sama ada waktu makan tengah hari, petang atau pun malam.

“Malam adalah waktu puncak di restoran ini. Waktu itu boleh dikatakan semua pekerja sibuk dengan pembahagian kerja masing-masing. Kebanyakan pelanggan datang bersama rakan-rakan atau pun keluarga. Sebahagian besar adalah pelanggan tetap, tetapi ada yang mungkin baru pertama kali datang ke sini. Biasanya, pelanggan tahu mengenai restoran melalui mulut ke mulut,” katanya.


Nur Hidayah berkata, hidangan popular di restoran itu ialah nasi beriyani Bukhari yang dimakan bersama kari ayam atau daging lembu dan juga daging kambing. Hidangan itu hanya berharga antara RM9 hingga RM13 untuk seorang makan. Kebanyakan pelanggan lebih suka memilih dimakan bersama kari kambing atau kari ayam.


Hidangan nasi beriyani Dubai yang berharga RM15 juga digemari ramai, tetapi hanya dihidangkan pada hari Isnin dan Selasa bagi makan tengah hari dan juga malam. Bahan ramuan yang digunakan untuk memasak hidangan itu hampir sama dengan nasi beriyani lain, tetapi ia menggunakan beras yang sedikit berbeza bagi menepati rasa sebenarnya.

Katanya, hidangan nasi briyani lebih sedap jika dimakan bersama dengan kambing nahari (paha kambing) atau kambing paya (kaki kambing) yang mengambil masa lima jam untuk disediakan. Bagaimanapun, hidangan berkenaan hanya disediakan pada hari tertentu saja sebab bahannya sukar diperoleh.

Pada waktu malam, kata Nur Hidayah, selain hidangan nasi pelanggan juga gemar memesan roti naan yang dibuat dengan pantas di situ. Pelanggan boleh menikmati hidangan roti naan ketika masih panas lagi. Untuk memberi pilihan kepada pelanggan, restoran berkenaan menawarkan beberapa jenis roti naan seperti roti naan keju, roti naan biasa, roti naan bawang putih, roti naan mentega dan roti naan mentega bersama bawang putih. Hidangan roti naan berharga antara RM1.50 hingga RM6.00.

“Pelanggan mahu makan roti naan ketika masih panas dan tidak mustahil ada yang merungut atau memulangkan roti naan itu jika disajikan dalam keadaan yang sudah sejuk. Untuk itulah kita akan pastikan pelanggan akan dapat menikmati hidangan yang masih panas. Roti naan keju yang menggunakan keju mozarella adalah yang paling popular dipesan pelanggan. Memang sedap pun, sekali cuba hendak lagi,” katanya.
Nur Hidayah berkata, sajian ayam tandoori juga sedap kerana ia diperap dengan bahan rempah-ratus tersendiri dan tanpa menggunakan sebarang pewarna supaya ada kelainan dengan hidangan yang ada di restoran lain. Malah, hidangan ayam tandoori itu enak diratah begitu saja.

Untuk minuman, jika ingin sesuatu yang berbeza cubalah air lassi iaitu minuman dadih yang menggunakan campuran tairu dan dan buah-buahan sama ada perisa oren atau mangga.

“Banyak lagi menu lain yang disediakan di restoran ini seperti kebab daging, ayam dan kambing serta makanan bergoreng merangkumi mi goreng, kuey tiau goreng dan nasi goreng. Pilihan yang banyak sudah tentu tiada masalah untuk anda memilihnya,” katanya.

Restoran berkenaan mempunyai satu lagi cawangan iaitu di Jalan Masjid India yang dibuka lebih awal iaitu sejak 2000 lagi. Restoran itu juga menyediakan khidmat katering untuk majlis perkahwinan dan juga acara keramaian atau apa saja majlis keraian.

INFO: RSMY House of Real Beriani

Lokasi: No 11& 13 Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

# Pengkhususan menyediakan hidangan cita rasa Pakistan.

Perkhidmatan lain: Menerima tempahan katering untuk majlis perkahwinan dan majlis keramaian serta keraian.

Waktu perniagaan: 11 pagi hingga 12 Malam setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu tutup 1 pagi.

Telefon: 03 26970700 atau 03 26971700.