Sunday, August 14, 2011

HADIRNYA AMIRA...

SALAM RAMADHAN...

Nampaknya hajat nak jadi mcm blog En Me dan Dr. Singa masih belum berjaya.. hehe.
Laptop pulak buat hal. Entah kenapa tak boleh sign in. Ini ida pinjam Hadi punya.. hehe..

Okey, ida masih nak bercerita tentang si kecik ida. Siapa lagi kalau bukan Amira, buah hati pengarang jantung ida.

Masuk bulan ini genaplah tujuh bulan hadirnya amira dlm hidup kami. Ida dah lama takde maid. So most of the time amira always with me. Tapi memang tak menjadi masalah buat ida sebab ida bekerja dgn suami sendiri. Day time ida jarang ke restoran. Selalunya ida tolong kat restoran lepas maghrib, so amira pun ikutlah ke restoran. Ke mana sahaja dengan amira. Sebab itulah ida cepat2 minta suami belikan stroller dan baby car seat buat amira, supaya senang ida ke sana ke mari dgn amira, samada berkereta / jalan kaki. Membesarkan amira mmg tidak membebankan jauh sekali menyusahkan kami. Amira seems like an independence kid. Tidak banyak meragam dan pandai bawak diri. First time dia kena duduk dalam car seat aje dia merengek sikit. Tapi lepas 2, 3 kali nampaknya dia dah sesuaikan diri dia. Itu kisah 3 bulan pertama amira dgn kami.

- sejurus selepas beli stroller amira...

- amira dengan car seat nya...

Sekarang, dah 3 bulan dah amira tak guna baby car seat itu lagi. Dia dah terer duduk kat dlm kereta mcm org dewasa. Amira jugak banyak ikut perangai / habit ida. Ida kalau minum air mesti gigit straw, tak sangka amira pun begitu. Garang pun macam ida.. itu kata mama ida. Ida masa dulu2 memang garang sgt.. hehe. Sekarang masih garang ke? Sekarang bukan garang tp tegas. Amira pun banyak cakap dan kuat makan, sama seperti ida. Mudah tersenyum dan ceria orangnya serta penyayang. Nasib baik tak lefthanded macam ida... hehe.

- amira dlm kereta tak perlu baby car seat dah..

Dulu amira tak suka disuap. Apa pun yang disuap dia akan keluarkan semula. Tapi sekarang dah pandai dah makan disuapi. Dulu amira mmg takutkan air. Baru je bukak seluar, dia dah menangis sakan dah. Tapi sekarang satu hari berkali2 masuk bilik air. Sekejap2 basuh tangan, basuh kaki... hehe. Dulu pantang dengar muzik, bergoyanglah badan dia. Tp sekarang pandai pulak pilih iramanya, menari pun dh ada stail.


Kadang2 bila kami perlu keluar pagi2 sangat dalam sejam dua, ida tinggalkan amira yang masih lena dengan pak su nya yang bersekolah waktu petang. Tapi lepas ni tak dapat dah sebab adik zul dah pindah sekolah kat kampung semula.

Sekarang amira dh mula nak bercakap. Banyak dah words yang dia boleh sebut dgn jelas. Satu lagi amira boleh duduk bermain atas katil sorang2 time kita tidur sampailah kita bangun. Melihat perkembangan diri amira di depan mata sangatlah membahagiakan - may be ida terlebih teruja kot sebab baru nak jadi mak ..

Cukup dululah ye, lain kali pulak.. hehe..

Tuesday, August 2, 2011

SALAM RAMADHAN

Di kesempatan ini ida nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan terawih di bulan Ramadhan Al-Mubharak ini. Semoga segala amalan kita diberkati Yang Maha Esa.

Semalam 1 Ramadhan, seperti tahun lepas jugak, restoran kami tidak beroperasi pada hari pertama puasa. Sebabnya? Hari pertama puasa memang customer kurang, kebanyakannya berbuka puasa di rumah.

Jadi semalam dapatlah ida berbuka puasa di rumah. Lepas berbuka kami pergi sembahyang terawih di Masjid Negara. Tahun ini berterawih bersama si kecik Amira. Dari rumah risau jugak kot2 Amira buat hal dan mengganggu sembahyang orang lain. Tapi alhamdulillah nampaknya under control. Ida sengaja sembahyang kat tepi sekali dan saf belakang sekali sebab Amira ni mmg suka dtg peluk ida time ida tengah sembahnyang. Jadi semalam ada jugaklah dia dtg peluk ida dua tiga kali, sekejap2 aje. Jadi rasanya tak mengganggu org lain. Kebetulan ada anak orang lain yang tolong melayan dia.

Ida buat 8 aje. Suami buat penuh 20. Jadi sementara menunggu, ida duduk2 kat kawasan moreh kat luar tu sambil minum teh o dan bubur jagung + popia yang disediakan oleh pihak masjid. Dan amira dengan riang ria berlari ke sana ke mari.

Time balik, amira dah tertido dalam lif, tak sempat sampai rumah. Mesti letih sangatlah tu. Kalau tak mana dia nak tido awal2. Selalu dia tido pukul 2 / 3 pagi.

Kat bawah ni aksi amira sewaktu kat studio gambar nak tangkap gambar dia untuk buat passport amira. Ah So yang jadi jurufoto tu pun sporting, dia snap byk sangat gambar amira utk dipilih. Semuanya cantik2 belaka, pening ida nak pilih yang mana satu. Tp akhirnya ida pilih sewaktu senyum amira tak besar sangat.. hehe.. tgklah kat bawah tu.. dah siap pun passport amira, buat kat imigresen wangsamaju, tak sampai 1 jam siap. Time ni bulan Jun, rambut amira masih pendek lagi. Tapi sekarang rambut amira dah panjang sikit.. hehe.




Passport dah siap, tak sabar pulak nak jalan2 obesi ngan amira ni.. hehe..

p/s: nak cuba jadi cam En Me dan Dr Singa, buat entri pendek2 tapi selalu .. hehe.. tak taulah berjaya ke tak..

Wednesday, June 15, 2011

MEMANG LAMA SUNGGUH...

SALAM SAYANG DAN SALAM RINDU BUAT SEMUA TEMAN2...

Memang lama sungguh tak update entry kat blog ni. Dah nak masuk 3 bulan kot. Rasanya inilah tempoh yg paling lama x update blog. Entahlah.. sejak2 ada anak ini, mmg jarang sgt mengadap laptop ni. Bukan aje x update blog. FB pun dah jarang2 merayau. Kadang2 berhari2 tak bukak laptop tu.Sekarang lebih byk guna iphone4 aje. Mudah dan cepat. Dan tak perlu nak berebut dgn si kecik ida tu.. hehe.

Ida nak update sikit aje ni, ambil syarat update.. hehe. Kalau ikutkan mmg byk ceritera yang perlu dimuatkan kat blog hati yang seumpama dairy ida ni, tp masa x mengizinkanlah. Byk benda lain yang lebih penting yang perlu diselesaikan.

2 Jun 2011 - Ida balik kampung. Pertama kali balik kampung bersama buah hati pengarang jantung ida. Memang excited sgt sebab famili semua tak sabar nak jumpa amira. Cumanya malam tu, amira demam. Tapi sepanjang perjalanan amira baik aje. Sikit pun tak meragam, tp ida sebagai mamanya yang kesian tengok dia. Asyik muntah aje.


- singgah kat bentong, makan durian. suami ida siap u-turn lagi nak makan durian punya pasal.

Ohya lupa pulak nak bagitahu, ida balik kampung sebab adik ida bertunang. Kebetulan pulak kawan ida kawen pada 4hb. So bila mama bagitahu nak buat majlis tunang Fatin, terus ida cadangkan tarikh 3hb sebab senang sikit, tak payah nak balik byk kali. Sebenarnya risau jugak kot2 x dpt balik. Alhamdulillah, ada rezeki ida balik kampung time tu.

Sebelum balik kg tu hari ida dah siapkan beberapa hantaran utk majlis tu. Macam biasalah, mak andamnya siapa lagi kalau bukan ida kan.. hehe. Gambar2 waktu majlis tunang tu, semuanya guna camera shah. Ida ambil sikit2 guna iphone aje. So bolehlah ida letak sikit. Sebenarnya ida dah letak kat FB pun.. hehe..






Famili ida semuanya teruja dan gembira dengan kehadiran amira. Diorang cakap, ida bertuah dapat anak secomel dan sebijak amira. Memang rezeki ida. Dahlah muka amira diorang cakap ada iras ida. Pendekata memang secocoklah jadi anak ida.. hehe.. kata diorang. Dan sememangnya ida pun merasa begitu. Perasaan menjadi mama buat amira mmg tidak dapat digambarkan. Bahagia bertambah bahagia. Kami tidak boleh dipisahkan lagi. Hehe..

- hari terakhir di dungun barulah amira ada hati nak jalan2 kat depan rumah tu
(dah baik demam)

4hb June - Kenduri kawen arieda kat Kuala Terengganu. Ida ajak adik nor dan adik nurul sekali. Kebetulan pulak sewaktu ida kat sana, arieda telah disurprisekan oleh kakaknya dengan panggilan telefon daripada Dato' Siti. So dapat jugaklah ida merengzz sekejap kat sana.. hahaha.. Siti siap nyanyi lagu pengantin baru utk arieda. Memang bertuah sungguh pengantin ni.

- selamat pengantin baru buat arieda dan wan

5 June - bertolak balik ke KL dalam pukul 5 petang. Singgah rumah mak (nenek sebelah abah) kat gong pasir utk temukan dengan amira. Sempat jugak kait buah mangga epal. Yang si amira pulak sibuklah nak menyapu lantai dengan penyapu lidi. amira ni memang rajin sgt.



Dalam perjalanan, kami singgah sebentar kat rumah sepupu ida, sarah. Sebenarnya tak plan pun, kami lalu ikut jalan kuantan tu sebab cadang suami ida nak singgah makan seafood waktu dinner. tp bila lalu kat semambu tu ida teringat kat sarah, sebab sarah ni dah byk kali pelawa dtg ke rumahnya, so kami pun singgahlah utk solat maghrib. Tp plan nak makan seafood dah x jadi sebab sarah beria2 suruh kami dinner kat rumahnya. Takkan nak makan dinner 2 kali pulakkan, perut dah penuh.

- amira mmg kuat jeles. abahnya pegang baby baru sarah sekejap pun dia nak jeles..

Hari ini 15 jun 2011 - hari ulangtahun perkahwinan ida dan suami yang ke - 10. Alhamdulillah dah satu dekad usia rumahtangga kami. Panas terik hujan badai, suka duka, semuanya ada... semoga perjalanan kami sentiasa dipermudahkan dan sentiasa bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat kami.. amin.

jumpa lagi..................

Wednesday, March 16, 2011

AMIRA DAH BOLEH BERJALAN....

SALAM CERIA BUAT SEMUA...

Payah benar nak update blog. Asyik tertangguh aje. Dah ada anak ni.. sibuk melayan anak pulak. Hehe. Amira pulak suka sgt dgn komputer. Bukak aje laptop, dia pulak yg cepat2 mengadap. Kita menaip dia pun nak menaip. Penyudah.. shut down ajelah...

Sekarang amira tgh tido. So ida nak update sikit pasal perkembangan amira ni. Masuk hari ni
amira dh 2 minggu dah boleh berjalan. Tp masih belum expert lagi. Kadang2 jatuh jugak. Tp amira ni gigih. Jatuh berkali2.. dia tetap bangun berjalan.. hehe.

Hajat di hati nak upload vc amira berjalan. Tp entah kenapa, asyik error aje . so ida letak link ajelah ye. Kalau nak tgk boleh klik lah kat sini yea... hehe.

Ida letak jugak pic amira tgh berjalan ye. Amira dah berambut pendek. Ida potong sendiri aje.













Okey setakat ini dulu. Kalau ikutkan banyak nak citer pasal amira ni. Tapi nantilah ida update lagi. Nak tulis panjang2 nanti tertangguh lagi. So ringkas2 pun takpelah yea.. hehe..

Sunday, February 13, 2011

ANUGERAH ILAHI....

Salam manis dan ceria buat semua...

Tahun ni banyak sangat perkara2 baik telah berlaku. Syukur alhamdulillah. Syukur sangat2 pada Ilahi atas limpah dan kurnia yg telah diberikan buat kami sekeluarga.

Sebenarnya dah lama nak cerita pasal ni. Kawan2 yang berFB ramai dah tahu sebenarnya. Ida dan suami dah ambil anak angkat. Sebenarnya hasrat ni tak pernah dirancang, cuma kebetulan ada kawan suami bagitahu ada orang nak bagi anak. Bila suami tanya ida, teruslah ida setuju. Masa tu mmg tak tahu lagi baby girl ke baby boy. Yang ida tahu ida nak. Rupanya baby boy yang baru lahir. Bila dpt tahu mmg hati teruja sgt, siap dah plan nak bagi nama apa. Tp ternyata yg ni takde rezeki, sebab dah diserahkan pada orang lain.

Tp lepas tu ada pulak kawan suami bagitahu lagi, ada baby girl umur setahun. Ida mmg tak fikir panjang, terus aje setuju, (sebab mmg suka sgt nak dpt baby girl) walaupun ida belum tgk baby tu. Mungkin dah rezeki ida, bila aje pergi tengok, terus baby tu nak dengan ida. Jadi malam tu jugak ida bawak balik baby tu. Hati gembira sangat, dahlah baby nya comel, baik pulak tu.

Malam tu, bila tiba kat rumah, baby nangis jugak bila tengok persekitaran rumah berbeza. Tidur malam tu pun dia merengek jugaklah. Tapi bila bangun pagi, lepas dah mandikan dia.. terus dia ceria. Pandai pulak senyum dan posingnya. So inilah dia anak ida sekarang. Namanya Nur Amira Fatihah. Nama asal yg tercatat pada MY Kidnya yang diberikan oleh ibunya.



- ini pic pertama ida snap sebelum amira bangun tido...

- masa ni belum mandi lagi... tak sangka pulak amira ni ceria orangnya...


- - masa ni amira dah mandi. tengoklah muka dia tu.
pandai pulak senyum cam tu bila tgk flash nyala...

- pagi tu bila kami keluar ada hal, kami bawaklah amira sekali, elok aje dia main2 kat dlm keta..

- dah penat main, amira tertido atas riba mamanya.
mmg hati gembira sangat.
nampaknya amira ni tak susah nak menjaganya.
syukur alhamdulillah atas anugerah Ilahi ni...


Petang tu, suami ajak ida pegi Sogo utk beli barangan amira. Ida bukan main teruja lagi. Maklumlah dah lama mengidam nak shopping barangan baby ni... hehe.


- inilah hasilnya 3 jam shopping. mmg banyak yang nak kena beli. tak cukup lagi ni.
tp sebab dah maghrib, so kami decide nak datang lagi esoknya..


Kebetulan 3 hari sebelum ambil amira, suami hadiahkan iphone kat ida. so bila aje dapat permata hati ni, kerja ida snap pic amira ajelah dr iphone tu. Amira ni banyak cakap jugak. Kalau dia main sorang2 tu, mulut dia asyik berbunyi aje. Bahasa ntah apa2 lah. Tapi seronok kita mendengarnya. Alhamdulillah satu malam aje amira merengek. Esoknya dan hari seterusnya, nampaknya amira dah serasi dgn ida sebagai mamanya. amira pun dah ngam jugak ngan suami ida sebagai papanya. Mama ida dan adik2 ida pun bukan main seronok lagi dengan kehadiran amira. Dah lama depa ni tunggu cahayamata dr ida. Takpelah, walaupun amira anak angkat pada zahirnya, tp insyaallah, kami akan jaga amira dan melayan amira sama mcm anak sendiri. Sayangggggg amira. Ramai jugak kawan2 komen kat FB cakap muka amira nak iras muka ida. Alhamdulillah, ramai yang sokong ida dan tumpang gembira dgn kehadiran amira dalam hidup kami. Doakanlah agar segalanya dipermudahkan yea.

Okeylah setakat ini dulu entry buat kali ni. sebelum undur diri.. ida selitkan pic ida bersama dct yang ida dirakamkan masa dct datang ke Semua House tempohari ( 4 hari sebelum dapat amira)

- okey tak muka ida pakai tudung sarung tu... hehe...

- Nor yg tukang teman ida pun dapat bergambar ngan dct sekali.. seronok dia..






Sunday, January 23, 2011

BLOG YG DIRINDU...

SALAM CERIA BUAT SEMUA.

Alahai... kesian pulak kat blog hati ni. Berapa kali dah buat draft tp tak terupdate jugak. Tp hari ni nekad nak update jugak. Biarpun secara ringkas dan padat.. hehe.. boleh percaya ke ringkas dan padat ni..

Okey ...

1. Bermula cuti sekolah lepas, famili Dungun dh menetap di sini, di rumah ida. Bukan main seronok lagi. Bila mama dan adik2 sentiasa di sisi. Itu yang makin payah nak update blog tu. Sebab masa yg dulunya teruang telah diisi dengan telatah dan keriuhan drpd diorang ni.. hehe.

2. Pada masa yg sama, mama telah mulakan bisnes sarapan pagi nya di restoranku. Org Ganukiter kalau sarapan mmg makan nasi jugak. So sapa2 yg teringan nak makan nasi dagang ganu, nasi kerabu ganu dan nasi minyak ganu tu.. silalah dtg berkunjung yea. Setiap hari bekerja bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tgh. Tp kalau dtg pukul 10, nasi dagang dh habis, nasiblah yea. Sebab mama pun dah ada pelanggan tetap.. hehe..

3. 26 Disember 2010 - Ida dpt jemputan menghadiri majlis ulangtahun Sitizone - fan club Dato' Siti. Ida bawak adik ida , nurul, temankan ida. Jadi dapatlah nurul tu berjumpa dgn DCT sekali. Bukan main seronok dia. Terpaku dia tengok siti. Kata nurul, dlm TV nampak mcm dh berisi, rupanya kat luar , slim melim aje. Seramai 30 orang ahli SZ yg terpilih utk menghadiri majlis tersebut. Memang best sebab dapat beramah mesra dgn siti, dapat tengok siti sepuasnya dan dapat borak2 dgn siti. Ida sempat jugak bersembang dgnnya pasal anak. Maklumlah ida dan siti masing2 belum ada rezeki.. hehe.


4. 2 Jan 2011 - Ida ajak mama, Nor dan Fatin ke rakaman talkshow siti yang bertempat di Filem Negara, PJ. Suami siap tolong hantar dan jemput. Rakaman bermula pagi sampai petang merangkumi 2 sesi. Tp ida sempat join sesi pertama sahaja. Nanti bila dh ditayangkan kat Astro Ria, silalah tonton ye. Ida siap tanya soalan kat tetamu jemputan siti lagi. Nanti muka ida masuk TV lah sikit.. hehe. Sebelum ida balik, ida sempat request dgn siti utk bergambar kenangan bersama mama dan adik2. Terima kasih byk2 kat siti sebab tunaikan request ida. Seronok mama dpt bergambar dgn siti.. hehe..







5. 16 Jan 2011 - Kak NB telah meraikan majlis harijadi anak tunggalnya Qaisara. Alhamdulillah hari tu ida takde hal lain. Jadi dptlah ida dan suami hadir sama. Ida bawak mama dan adik2 sekali, penuhlah satu kereta.. hehe. Majlis berjalan dgn penuh meriah, tahniah kepada tuan rumah. Makanan pun semuanya sedap2 belaka. Kami rasa semua, serba sedikit. Yg paling klasik - Ubi kayu rebus cicah kelapa, pergh.. sedap tu.. hehe. Terima kasih byk2 kak NB atas jemputan dan layanan mesra. Terima kasih jugak pada Kak Sue, sempat reply msg ida bagi alamat rumah kak NB.. hehe. Cuma sayangnya, camera ida habis bateri, jd ida xde byk gambar. Sekeping dua aje, itupun snap dr HP aje..




Okeylah cukup dulu buat kali ini. Tak mahu tulis panjang2.. takut terbengkalai lagi... haha.
Lepas ni ida akan selalu2 update blog ye. Ringkas dan padat tp lebih kerap.. hehe.. azam tahun barulah konon.. harap2 menjadi. Dan lepas dh post, ida nak jalan2 kejap. Rindu kat blog Linda, En Me, Kak NB, Intan, Fida, Kak HLiza, Kak SMM, Zie, Fasha, Lynn, Nadiah Sidek, Ana, Lindawawa, Akak Dr., Dr. Sam, Nensa Moon, Kak Zara, dan byk lagi yg tak tersebut di sini..

Salam sayang buat semua............ jumpa lagi..

Saturday, December 11, 2010

SOLIHIN SUDAH 2 TAHUN...



Esok, 13hb Disember 2010, genaplah 2 tahun anak instant ida ni.

Tapi kami dah celebrate awal2 pada minggu lepas.. hehe. Alkisahnya, ibu solihin kena posting kat Sg Siput (SS), jauhkan!. Jadi drpd Tanjung Malim (TM) , berpindahlah ikin ke Sg. Siput (tp shah masih kat TM) Nasib baik mama dan adik2 ada di sini sekarang. Jadi bolehlah ikin pinjam fatin buat teman sekaligus jd babysitter utk solihin.

Yang si ida ni pulak, dok merindulah kat si kecik ni. Yelah ... dah jauh, susahlah nak datang sini lagi. Hari jumaat lepas, rasa rindu membuak2. Dok terbayang gelak tawa dia.
Lepas sembahyang asar, mcm biasa, berjemaah, ida sebut kat suami... rindunya kat solihin.
Suami ida pun balas, yelahkan...
Then ida cakap lagi... Darling, apa kata kita pegi lawat solihin...
Tak sangka pulak, suami ida jawab.. boleh jugak tu.. jom!

Maka, esoknya kami pun berangkatlah ke sana. Kata ida kat ayah solihin, kita celebrate besday solihin sekalilah. Minggu depan kami tak dapat datang dah..



Pagi2 ida pergi ke Sogo beli besday gift utk solihin. Plus sedikit chocolate utk dia. Dalam pukul 12 tghari kami bertolak dgn cik urvan. Belum full lagi. Singgah sebentar kat TM, shah nak kirim TV dan beskal solihin. (shah pegi ke Sg Siput ngan moto besar dia, so x dpt bawak brg2 chenggitu). Faris dan iwan ikut kami sekali. Barulah full.


Kat TM, kami singgah warung pak man, minum cendol pulut. Ida siap pesan laksa penang. Adik2, ada yg pesan rojak. Sambil2 layan nasi lemak mama yg kami bawak bekal... hehe.

- rombongan cik kiah... hehehe....

Sepanjang perjalanan, ida ni sibuklah klik sana klik sini dr dalam cik urvan tu. Excited plus berangan, konon jurufoto pro, padahal main tekan aje.. ekeke.






- lata kinjang...

Sampai kat SS, rasanya dalam pukul 4. Rumah sewa ikin dekat aje dgn sekolah tempat dia mengajar. Jalan kaki 3 minit dah sampai rasanya. Dan ikin kira bernasib baik jugaklah dapat rumah sewa yg cantik, bersih dan selasa. Kata ikin, kalau ikutkan tuan rumah tak nak sewakan, sebab rumah tu nak dijual. Tp selepas shah datang bincang sendiri, barulah tuan rumah bersetuju bagi sewa. Tp mcm2 jugaklah pesanan penaja ke atas rumah sewa tu.. hehe... biasalah kan.. siapa tak sayang bini, eh silap, rumah .. kan, kan..



Solihin demam hari tu. Nampak kecik sikit tubuhnya. Seronok dia bila kami ramai2 datang. Terkejut pun ada. Dapatlah kami main2 dgn solihin dalam 2 jam. Bolehlah melepas rindu kat dia.. best!!!!












- dah takde orang nak layan, dia kayuh sendiri pulak.. hehe..

Lebih kurang jam 6 petang, kami bertolak ke bandar Ipoh. Nak pegi makan kat McD, sekaligus meraikan besday solihin. Tapi sebelum tiba ke McD, suami ida buat ipoh tour sekejap, sebab ida ni tak pernah jenjalan kat bandar ipoh tu... hehe. Penerangan diberi dari dalam cik urvan aje. Siap dgn sejarahnya (suami ida mmg terer sejarah). Tapi bila sampai kat Istana Kinta, kami diberi izin utk posing kejap.. hehe (bendara Perak tdk berkibar, Sultan takde kat istana)






Dah selesai makan, barulah teringat, beg kecil suami ida tertinggal kat atas katil kat rumah ikin. Silap ida lupa nak ambik. Suami ida pun tak teringat nak tanya ida. So terpaksalah patah balik ke SS. Kesian kat suami ida, penat driving. Tp nak buat mcmn kan. Dah nak jadi...

Apa2 pun.. enjoy!!! Semua happy dan puashati.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT AHMAD SOLIHIN HAKIM.
SEMOGA SENTIASA MENJADI KEBANGGAAN KELUARGA...