Seperti biasa rutin harianku. Masuk kelas pukul 9.00 pagi (tapi aku selalu terlewat tiba ke kelas.. hehe) sehingga pukul 3.00 petang, kelas TGlah. Pukul 3.00 - 6.00 petang kelas bahasa perancis. Sebenarnya kelas bhs perancis ni bermula pada jam 4.00 ptg - 7.00 mlm. Tapi sekarang diawalkan 1 jam kerana memberi ruang kepada muslims utk berbuka puasa.
Sebenarnya hari ni kami dapat tempahan katering drpd KDN, Putrajaya sebanyak 480 bungkus Nasi beriani al-bukhari lengkap dgn air mineral, buah kurma dan kuih karipap. Jadi pada setiap waktu break yg diberi selama 10 -15 minit, aku sibuklah call sana dan sini utk pastikan tempahan itu disiapkan oleh restaurant crews seperti yg dijadualkan.
Jadi sewaktu break lebih kurang pukul 5.00 , sewaktu nak ke ladies room, aku dpt call dr suamiku. Jadinya lepas tu terus ke ladies room. Dan atas kelalaianku juga.. aku telah tertinggal hp nokia 6300 ku yg dh 5 tahun berjasa utkku itu kat dlm bilik kecik tu..
Lepas 5 minit, setelah kusedar... hpku itu dah lesap. Dah diambil orang. Tak lain tak bukan student kat kolej tu jugak.. Itu yg buat aku ralat tu. Kolej takdelah besar sangat, kelas pun takdelah banyak sangat. Semuanya bergelar pelajar. Dahlah tu, bakal mewakili negara utk memperkenalkan M'sia, tapi tidak mempunyai sifat2 yg sepatutnya jadi contoh teladan pada org luar yg dtg melancong. Tapi itulah resam dunia. Hp tu pulak bukannya hp canggih dan mahal. Tp masih org terliur jugak nak ambil. Tp aku percaya, org yg ambil hp tu akan berdepan dgn kehilangan yg lebih besar di masa akan datang. Bukan doaku.. tp itulah selalunya yang terjadi...
Dan aku oleh kerana setiap hari ada kelas dan berakhir selepas waktu pejabat dah tutup, maka tak sempatlah lagi nak pergi Celcom utk ambil sim kad ganti. Dahlah talian Celcom tu yg jadi main line. Tp nak buat mcmn.... nasib le..
- kenanganku bersama hp nokia 6300 ku.. huhu..
7 comments:
salam kak ida..sabarlah kak..selalunya macam tulah..susah nak jumpa manusia yg amanah zaman sekarang ni..tapi dulu mak intan pernah tertinggal hp dia kat perlis..bila dah balik pennag baru dia sedar hp dia hilang, ada sorang hamba Allah ni jumpa..dia call intan dan tanya hp sapa ni..jd intan cakaplah hp mak intan..dia dengan baik hati pulangkan hp tu semula. bukan senang nak jumpa manusia yg amanah camtu kan.
nanti kak ida kena beli hp baru la kan..
ida.sian dia, sebenarnya bukan telefon yang ida kesalkan bukan? tetapi nombor yang ada di dalamnya..kan dik..sabar2..niat aje sedekah dalam bulan puasa ini, insya-ALLAH rezeki Ida akan bertambah..
Sabr2 kak ida....manusia skang nie mne bleh tgok brang2 yg trtnggal ke jtuh ke...msti lesap pnye...
salam kak ida... cian kak ida..sabar ye..nurul masa tengah beratur nak jumpa ct tahun 2006, tiba2 haziq menangis pula, nurul pun pujuk haziq & dukung dia.. masa tengah dukung tu nurul letak brg2 lain & kamera kat atas meja bersebelahan nurul jap.. tapi bila nurul nak ambil balik, kamera dah hilang..huhu..sedih sebab dalam kamera tu banyak gambar kenangan bersama family & juga gambar2 ct..
Salam Kak Ida..
Perkara yg paling membuatkan saya stress adalah kehilangan hp.. sebab kita akan rasa kehilangan punca krn semua nombor2 penting ada dalam hp tu... biarlah walaupun x canggih mana... tp no2 kawan yg penting... sekali hilang.. terus terputus hubungan... teringat lagi kehilangan hp masa hari persandingan saya.... walaupun diletak di bilik pengantin dan di tempat yg tersorok..
Kalau dkt tempat saya ni... kalau hp tercicir.. mesti ada org call balik utk pulangkan.. jujur betul Pak2 arab dkt sini... dah 2-3 kes dah saya jumpa...
Sabar la kak ye.. ada hikmahnya tu...
agak lama menyepi..rupa2nya hp ilang yea kak ida..sedih,kan..tp nak wat camana..dah setakat tu je rezeki kite ngan hp tu..ida pun penah gak ilang hp dulu..kat dalam kedai sendiri..customer yang ambik..tp xdapat nak kesan..sedar2 ilang..col je,dah tutup..huhu..nampaknya beli hp canggih lak lepas ni ek..hehhe..
INTAN... memang susah intan, tp kisah mak intan tu kira satu dlm seribukan.. besar pahala org yg pulangkan hp mak intan tu..
KAK YATI: betul kata akak tu. No dlm phone tu yg mahal tu. Tak semua ida ada back up. Nak buat mcmn kak, dh takde rezeki idalah tu. Takpe.. ida mmg redha pun...
ATHIRA: betul kata Athira tu, sebenarnya ramai juga manusia yg jujur n amanah cuma kita tak bernasib baik nak jumpa diorang ni.. nasib le athira.
NURUL; kisah nurul lagi kesian. Kalau kak ida hilang camera ni tak taulah.. mmg nangis kot. sedihkan. Pasal hp ni, dulu pernah jugak hilang waktu tengah isi borang kat kaunter lesen DBKL, tgh syok2 isi borang, ada pulak yg ambik kesempatan...
DIDA: masing2 punya kisah kehilangan hp yea. mcm kisah dida tu, nampaknya org yg curi tu mmg berniat nak mencuri sebab dida dh letak kat tempat tersorok pun dia boleh jumpa kan. tp bagus betul pak2 arab yea.. jujur semuanya.. alhamdulillah...
ARIEDA: tulah pasal ida wei.. no2 kat dlm hp tu yang penting tu. nasib baik ada back up sikit2 kat hp maxis tu. Kak ida beli hp baru yg biasa aje arieda. basic phone aje. senang sikit.. hehe..
Post a Comment