Sunday, September 6, 2009

MACAM2 ADA...

Rasanya hampir seminggu tak update blog ni...
Biasanya walau sesibuk mana, aku tetap akan cuba update jua...
Mungkin sebab tiada event yg luarbiasa. Yang ada cuma biasa2 aje... hehe

Mmm.. apa telah dilalui yea.. macam2 ada ni... jom layan!!!

29 Aug 2009 - Sabtu

Pagi, kami ke Celcom Centre utk ambil sim card. Kemudian kami telah ke Sunway utk beli hp baruku menggantikan yg telah hilang 2 hari lepas.

Kali ni aku beli yg biasa2 aje, sebab rasanya tak perlu yg canggih sebab aku dh ada small gadgets utk semua keperluan lain. Hp kali ni cukuplah sekadar hp aje. Kalau ikutkan nak beli yg paling simple. Camera pun tak perlu. Tapi Kak Rozi telah mencadangkan utkku hp 2700. RM 300++ aje. Siap ada camera n memory card. Oklah tu.

- inilah rupa Nokia 2700. Ku suka!!

- bersama Kak Rozi yg sentiasa melayan kami dgn mesra... thanks kak!

Elok aje aku on hp baruku itu kat Nokia, terus masuk sms dari teman blog, Dea Sara. Rupanya dia tengah shopping kat Jakel dan berhajat nak berbuka di restoran. Aku gembira sekali sebab tak pernah bersua dgn Dea ni.

Utk bulan Ramadhan ni, restoran mula beroperasi dari pukul 4.00 ptg - 11.00 mlm. Dan aku juga turut bertugas kat sana utk sesi buka puasa pada setiap hari. Memang kami kekurangan staf sekarang. Kurang sangat2. Tapi kunjungan pelanggan ke restoran di bulan puasa ni alhamdulillah, tak menang tangan dan tak cukup meja.

Buat Dea, ida minta maaf byk2 sebab tak sempat nak sembang panjang2 /ngan Dea. Ingat nak ambil gambar bersama sebelum Dea pulang, tp tak sempat pula. Harap Dea tak serik dan sudi datang lagi.

30 Aug 2009 - Ahad

Hari ni kawan2 Adik Faris seramai 4 orang telah datang dari Tanjung Malim. Diorang semuanya nak tengok suasana menyambut hari kemerdekaan. Walaupun takde sambutan rasmi tp diorang tetap nak tengok jugak. Jadi bila time nak berbuka diorang semua turut membantu aku di restoran. Syukur, adik2 ni semuanya rajin2 belaka. Dan restoran seperti hari2 hujung minggu yg biasa, memang penuh, baik di luar mahupun di dalam. Alhamdulillah. Bila semua tengah berbuka puasa dan menjamu selera.. datang pulak idea utkku klik2.. seronok tengok semua pelanggan sedang makan...










- di ambang Merdeka.. jalanraya penuh sesak... walaupun tiada sambutan rasmi...


31 Aug 2009 - Isnin

Hari ni kami telah ke Sony, KLCC. dan Sg Wang Plaza, Bukit Bintang. Semua hal berkenaan suamiku. Syukur semuanya selesai. Petang mcm biasa bertugas di restoran.

1 Sep 2009 - Selasa

Minggu ni aku terpaksa ponteng kelas TG. Banyak hal yg perlu diselesaikan. Semua kerja2 aku cuba selesaikan sebelum jam 2.00 ptg. Sebab pukul 3.00ptg - 6.00 ptg, aku tidak mahu ketinggalan kelas bahasa Perancis. Jadi minggu ni, aku tak perlu jalan kaki ke kelas sebab suamiku volunteer hantar ku ke kelas. Katanya panas nak jalan kaki pukul 2 lebih. Kesian bini abang.. dahlah bulan puasa.. hehe..

Oleh kerana minggu ni juga kami dapat tempahan catering berbuka puasa setiap hari sehingga 5 Sep 2009, kami perlu menyediakan semua keperluan bahan mentah/kering awal-awal secukupnya.
Jadi hari ni, suamiku ajak ke Pasar Borong KL. Sebenarnya xtvt ni dah lama kami tak buat. Dulu2 mmg kami sendiri yg pergi beli sayur kat Pasar Borong ni dlm pukul 3.00 / 4.00 pagi. Tapi sejak adikku Hadi dah boleh handle, kami serahkan tugas tu kat dia. Lagi pula sekarang Pasar Borong KL dh buka pada siang hari juga. Jadi mudahlah utk dia.

Layanlah klik2 ku kat Pasar Borong ni yea... hehe... (sebelum ni pergi tak pernah klik2 pun kat sini .... sejak ada blog ni.. semua destinasi, klik2 terus!)




2 Sep 2009 - Rabu

Hari ni kami dapat tempahan catering daripada Perdasama, KL, bertempat di Masjid Wilayah yg telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim utk 400 pax. Sekarang ni sejak aku ada kelas, aku dah tak ikut ke lokasi catering. aku cuma handle dari jauh aje. My husband will manage it at event location. Jadi hari ni, lepas berbuka, aku cepat2 ke Masjid Wilayah, meninjau suasana di sana dan berterawih di sana. Oleh kerana nak berterawih, handbag dan camera kutinggalkan, jd semua gambar di bawah diambil menggunakan camera hp baru ku itu.. bolehlah kan..





3 Sep 2009- Khamis

Hari ni pula kami dapat tempahan catering drpd Sek Keb Bukit Jalil utk 300 pax.

4 Sep 2009 - Jumaat

Tempahan catering di Masjid Kg Pandan utk 150 pax.

5 Sep 2009 - Sabtu

Tempahan catering di Masjid Sentul utk 120 pax. Semua tempahan catering ni, takde gambar utk kuletakkan di sini sebab ku tak hadir sama.

6 Sep 2009 - Ahad

Hari ni kami bercadang utk ke Sogo. Suamiku nak beli bag sandang utk laptop sonynya yg baru dibeli minggu lepas. Sebenarnya kami mmg tak berminat nak pergi Sogo sewaktu hujung minggu sebab tak suka bersesak dgn org ramai. Tapi voucher tunai yg ada padaku ni akan tamat sahnya pd hari ini. Walaupun tak byk mana, tp rugi jugak kalau expired. Jadi.. kami pun redah jugaklah petang tadi.

Umat manusia tak usah cakaplah, memang berpusu2. Tapi beg2 yg ada tidak memenuhi selera kami. Tak banyak pilihan pulak kali ni. Jadi kami bercadang utk cari beg tu di tempat lain di lain hari pula. Jadi voucher tunai tu kami gunakan beli barang lainlah.


Tak sampai 2 jam, kami dah sampai semula kat rumah. Masa balik tadi singgah sekejap kat Kedai Buku Mukmin, nak cari kamus French, tp takde seperti yg kuidamkan. Hajat di hati nak beli sama mcm Fiza. Jadi mugkin kami perlu ke kedai buku lain pula... lain kali jugaklah jawabnya..


- Fiza... best friendku kat kolej...

Dan malamnya lepas bertugas dan lepas berterawih, dalam pukul 11.00 lebih, kami ke Tesco Selayang sekejap utk ambil barang yg tlh ku order siang tadi. Selalunya kami beli glo atau harimau kuat bila ada offer, kat sini. Semuanya utk kegunaan restoran.


Sekian...

12 comments:

Amna Faqiha said...

alhamdulillah....rezeki di bulan mulia...bila nak buka cawangan kat putrajaya?

idasm said...

Amna: Syukur alhamdulillah. Rasanya x tambah dah caw. yg ada ni pun tak cukup kaki tangan... hehe... thanks yea...

nurul said...

kak ida..nanti kalo ada kesempatan nak berbuka kat restoren kak ida ngan sz la..hehe.. hp baru k.ida tu bagus la.. walaupun 300++ tapi ada kamera & memori kad.. nurul pun ingat nak beli cam tu gak.. hp nurul yg lg satu ni bila terima sms tak kuar bunyi pulak..huhu..

idasm said...

Nurul.. Bila2 nak dtg booking dulu yea, nnt k.ida buat reservation. Hp baru mmg best nurul, dhlh murah kan. Eloklah klu nk beli, k.ida sokong...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

wah..seminggu punya update ya..syukur2 rezeki yang ALLAH berikan ya ida, lepas raya pun mesti banyak order lagi tu kan, gi sogo hari minggu..aduh taubat! Akak ada RM300 voucher tapi expired lambat lagi..he.he..

fizafe said...

wah kak ida, habis semua gambar masuk blog, muke saya, sayur semua, pembuat naan hehehe. so esok kak ida kat wangsa maju, dapat kawan barulah. mr chua cakap tadi; takpe kita kawan semua hahaha

idasm said...

Kak Yati.. heheheh... 1 minggu pun update..sekali sekala kak senang sikit. Syukur alhamdulillah rezeki dr Yg Esa. Utk open house raya pun dah ada dapat booking dah. Setakat ni.. ada 5 dah.
Wow! akak punya voucher mmg lumayan tu.. boleh shopping lagi bila2 nanti....

Fiza... hahaha..... nak wat camne dh suka ambik gambar.. nanti2 nak letak gambar2 kita kat kelas pulak. gambar mr koffi pun ada.. hehe.. Wangsamaju? insyaallah... berkawan biar seribu dik...tp sedih gak terpaksa berpisah ngan fiza... huhu...

arieda salsabella said...

kak ida..suka baca blog kak ida..mcm2 cerita..pic pun banyak..rajin sungguh kak ida klik2..heheh..abis semua sayur kat pasar kak ida klik..heheh..apapun..syukur..rezeki murah kan..ntah bila lagi ida leh makan2 kat kedai kak ida lagi..hehe..setiap kali g KL..selalu rushing je..

Nur Athira Izzaty said...

Alhamdulillah..bnyak tempahan yg k.ida dpat...bce blog k.ida je dh dpat rse cm ne pnatnye nk uruskan bnyak2 majlis..huhuhu..

idasm said...

ARIEDA... blogku mmg kaya n mewah ngan pics.. hehe.. mmg ida ni.. selalu rush aje bila dtg kl kan.. takpe lain kali ada peluang singgah yea...

ATHIRA... inilah adat cari makan dik... tp akak dh biasa ngan semua ni.. jd xde masalah sgt. nanti bila athira dh masuk alam kerjaya, mcm2 lagi yg akan athira hadapi... take care yea...

Anonymous said...

hi kak ni org hehe dpt masok lagi hari ni hehe nasib baik bole tkde error hehe

wah hp br sey kak hehe nasib baik camera tertinggal pastu pakai camera hp pon janji ada gambar kak

alhamdulilah rezeki akak melimpah-limpah amin3

tgk pic klik2 kat restoran akak tu alahai teringat kembali mase org, hubby n 2 kwn gi sana kan kak hehe rindu! :)

idasm said...

TAJLENA.... hehe... seronok bc komen lena. selalu ke error, patutlah jarang2 dah lena masuk sekarang kan. tkpe..
lena... hp biasa2 aje. janji ada hp. susah kalau xde hp ni.. reseki catering alhamdulillah.

yealah lena.. tengok pic tu semua.. terimbas kembali kenangan lalu kan.. seronok dptr jumpa lena tempohari.. suami lena pun sporting kan.. cool aje dia..