Kali teakhir update blog 20 hari yang lepas. Lamanya kan... dahlah tak sempat update... jalan2 kat blog kengkawan pun tak sempat jugak. Sibuknya si ida ni yea.. hehe.
Bukan apa, ida sibuk berjualan sempena perhimpunan UMNO baru-baru ni. Kami dapat lokasi utk berjualan di antara bangunan PWTC dan Hotel Seri Pacific. Memang agak terlindung, tp tempatnya agak luas membolehkan kami menyediakan kerusi meja untuk para pelanggan makan kat sana.
Jualan bermula pada 18hb sehingga 23hb. Dua hari sebelum bemula, macam biasalah kami sibuk beli barang dan buat persiapan. Dan sempena jualan ni jugak, ida ajak mama berniaga Nasi Ayam sekali. Jadi mama dan adik2 telah datang dr Ganukiter semata2 nak buat jualan kat sini.
Hari pertama berniaga memang sepi sebab perhimpunan belum mula. Tapi hari2 berikutnya, alhamdulillah jualan kami begitu laris sekali. Ni pertama kali kami berjualan sempena perhimpunan UMNO ni. Sebelum ni mmg tak pernah. Seawal 7.00 pagi kami keluar rumah, pukul 1.00 pagi baru sampai rumah semula. Memang letih sangat.
Hari keempat berniaga, ada pulak crew media prima (tv3/tv9) datang temuramah ida. Bertanyakan mengapa harga agak mahal. Kata mereka dapat komplen dari orang ramai. Jadi ida pun explainlah lebih kurang kat diorang.
Sebenarnya harga makanan yg dijual sama aje macam kat restoran. (mmg standard harga makanan kami chenggitu sebab kami guna beras basmathi yang paling panjang). Yang kami naikkan sikit cuma harga minuman. Yelah minuman panas semuanya berharga RM 2.00. Kalau kat restoran, milo / nescafe harganya RM 1.60. Kami terpaksa menanggung kos2 lain. Kos sewa tapak yang mencecah hampir RM 20,000. Kos canopy dan kerusi meja. Gaji dan upah pekerja. Parking pun mahal giler. Nak turun barang pun bukan main susah lagi. DBKL tak nak bagi can langsung, asyik nak menyaman aje. So berdasarkan faktor2 tersebut, terpaksalah kami meletakkan harga yang sedemikian rupa. Kata kawan, temuramah tu ada keluar kat tv9. Tapi tak taulah keluar semua ke tak apa yg ida cakap, sebab ida tak tengok pun.
Ida pun sempat jugak jalan2 tengok booth yang ada kat dalam PWTC. Punyalah banyak booth yang menjual kain pasang, samada batik atau biasa. Murah2 pulak tu.
Selesai berjualan di sana, hari Selasa suami ida ajak mama dan abah cuti2 pulak. Ida kalau bab jenjalan ni mmg suka sangatlah. Pulak tu mmg dah agak lama jugak tak ke sana. Mmg rindu sangat nak ke sana. So hari Isnin, ida buatkan passport abah dulu.
24 comments:
Teringin nak makan kat restoran ida..nanti bagitau..kot akak dekat2 situ akak singgah!
rugi nye tak dapat join sekali, ida bawa keluarga ida, ok jugak la tu, boleh berniaga sama2..ehem..nk bercuti kemana pulak tu ida..bestnya blh gi melancung lagi..nakkk ikut..
ammvoiii kesana kemaner tewww.. ehehe
wahh...k.ida rancak ea kt ctu..
bestt22..=)
akak, nanti ida bg no hp ida ye. kalau akak dtg kl, jemputlah singgah yea..
kak sal,
takpelah kak, nak buat mcmn.. tp kalau akak join sure penat sgt kak.
ala.. bercuti dekat aje kak.. hehe
en me, dekat aje...
lynn,
alhamdulillah rezeki...
salam ida, sy silent reader ida..br tgerak ati nak komen..kita sama ganukiter..seronok tgk ida buat bisnes..nk jdkan ida sumber inspirasi, sy br sethn jagung bt bisnes.
salam elly,
takpe biar setahun jagung pun. semangat jgn luntur, kalau ada masalah, selesaikan dgn bijak. sama2 kita berjaya.
tima kasih sudi bc blog ida.
salam ida..last saturday am ada pegi ke area2 jalan TAR tu...punyalah teringat nak jumpa ida...tp malangnya Am tak ingat nama kedai ida...nak cl kak yati tanya tp sbb tukar hp no tak de plak..bila balik tgk nama kedai and alamat...alahai....memang dah dekat sgt...lain kali ada rezki nak gi jugak...huhuhu
salam am,
nasib baik am tak pegi. sebab minggu tu satu minggu kitorang bukak lambat dlm 6 ptg baru bukak sebab semua staf ida angkut pegi pwtc tu..
am, insyaallah lain kali ada rezeki...
Wahhh...rupanya lagi sibok berbisnis nih, Ida...hehe.. pantesan lama ga ngapdet blognya...
syukur deh kalo jualan Ida laris, aku turut senang mendengarnya...
fotonya keren2... and se kecil itu lucu sekali, Ida!!
salam dari Indo,
nensa
boleh cari interview itu di tonton.com.my
salam nensa,
lama tak update blog, lama tak jalan2 blog. bz sungguh.
alhamdulillah jualan laris.. hehe.
see u!
akak Dr. ,
tima kasih bgthu pasal tu..
dah cuba cari semalam tp x jumpa. may be tak pandai cari kot.. hehe
Idah..tapak terlalu mahalkan? Kenapa dia orang tak sewakan di bawak 10k, jadi boleh kita jual murah. Lain kali buat nasi beras hancur aje. Orang tetap makan, asal murah..
kak NB, tapak mmg mahal. mmg mcm tu tiap2 tahun. sebab tu tak berani nak ambik. tp sebab tahun ni diorang bg kawasan yg agak luas (boleh muat meja/ kerusi utk customer makan), so kami cubalah tahun ni.
dulu masa MAHA dapat tapak free, kitorang jual semua minuman RM1.00 aje. Nasi beriani pun murah aje.
akak yang jual ye..=}
wahhh bestnya...
WOOT...pit pwett..
besh dari ladang..klu pandag rasa rambang mata jap heee
salam kenal dari suri..jemputlah ke blog saya =)
lyndawawa,
jual apa? kalau nasi beriani iyealah. tp kalau kain pasang.. akak tukang belek aje.. hehe
Qna, tima kasih atas kunjungan..
Suri,
apa yg besh dr ladang tu..
tima kasih atas kunjungan yea..
Post a Comment