Sunday, July 19, 2009

GELAGAT SOLEHIN...

18 Julai 2009

SOLEHIN... SOLEHIN...

Aku memang teruja bila Solehin ada bersamaku. Dia makin comel dan bijak. Aku memang layan dia ajelah. Ibu Solehin tak perlu susah2 sebab mama Solehin dah ada.


Hari Sabtu, aku bawa Solehin ke pasar malam bersama ibunya dan adikku Nor. Nor dah nak balik ke Dungun pada hari Selasa ini. Sebenarnya dia pun belum puas lagi berada di sini tp nak buat macamana mamaku memerlukan Nor utk membantu di kedai mama.

- seronoklah Solehin dapat jalan-jalan..

- Solehin kat pasar malam

Bila kami singgah minum cendol, Solehin pun ikut sama nak minum.. kesian dia. Kami bagi dia rasa sikit. Solehin ni mmg kuat makan. Bila tengok orang makan, mulut dia pun turut mengunyah sama, mcm ada food pulak kat dlm mulut dia.


Tujuan ke pasar malam sebab mama kirim tudung ekin. Aku pun turut beli utkku sehelai. Sebenarnya aku suka jugak tengok org pakai, terutama bila tengok Shelly dlm blognya. Tapi aku pasti tersangatlah pasti yg muka bulatku ini mmg tak sesuai sgt utk pakai tudung ekin tu. Pasti mukaku bertambah bulat...

- suasana di jalan TAR pd petang Sabtu...


Ahad, pagi tadi, aku ke Sogo sekejap bersama Nor, nak beli blender utk gantikan yg dh rosak kat restoran tu.

Bila sampai rumah, Solehin dah siap mandi. Apalagi.. main2 ngan Solehinlah jawabnya. Bila petang ibu dan ayahnya pulak nak pergi shopping sekejap. Jadi tinggallah Solehin dgnku. Layan dia main. Lepas satu, satu barang bagi dia main. Akhir sekali bagi dia main dgn pelampung dia.. sampailah dia letih dan tertidur kat atas perutku.




- main aum cak! ngan Solehin... itu yg gelak sakan tu...


- dgn mamanya, Solehin mmg mudah bawak tidur, bukan atas perut aje, kat atas dukung mamanya pun dia boleh lena


Layan klik2 Solehin yea...

- Solehin sebelum mandi...

- Solehin selepas mandi.. dia ni memang ceria.. asyik tersenyum aje..


- dah mandi..ayahnya pula layan Solehin main dgn buainya... ada2 aje...


Sebelum Solehin pulang ke Tanjung Malim, ayahnya singgah kat restoran, ucap good bye kat mamanya yg sibuk bertugas di restoran... hehe.. tengoklah aksinya dlm baby chair tu..



- begitu kusyuk Solehin tengok monitor cash register tu...


Demikianlah kisahku bersama Solehin pada hujung minggu ni....


Saturday, July 18, 2009

SOLEHIN DATANG LAGI...

Syukur, katering JAKIM berjalan lancar dgn jayanya. (entri penuh di blog dunia catering)


- adikku Nor pun turut membantu

Pulang dari katering JAKIM, aku terus zzz hingga ke petang. Bangun tidur punyalah lapar. ingatkan nak makan kat restoran, tp bila tiba aje terus ada customer order nasi goreng sardin. Terpaksa tangguhkan dulu dinnerku. Tapi lepas tu, customer semakin ramai yg masuk. Alhamdulillah. Dan aku tak menang tangan. Lepas satu , satu order yg datang. Ada yg order nasi goreng kampung, ada yg nak maggi goreng, ada nak sup ayam. Akhirnya pada jam 10.30 baru aku dapat makan.

Sebenarnya goreng2 ni sampingan aje. Customer yg datang ke restoran majoritinya makan roti naan dan beriani. Tapi ada jugaklah 2, 3 kerat yg bertanyakan goreng2 melayu ni. So aku tolonglah buatkan bila ada yg order. Dinner time customer mmg lebih ramai, tp weekend tu mmg lebihlah dari hari biasa. Hari ni semuanya habis licin. Sepatutnya hari jumaat dan sabtu, restoran ditutup pada jam 1.00 pg, tp hari ni tak dptlah sebab pukul 12.00 semua dh habis. Syukur.

Hari ni baby Solehin datang lagi.. hehe.. aku seperti biasa.. mmg seronoklah kalau Solehin datang. Waktu Solehin tiba pd 1100 mlm tadi, dia sedang tidur dlm kereta ayahnya. Tapi aku mana boleh tahan. Terus kukejutkan dia... hehehe..

- bangun tidur mesti lapar.. ibunya ikut ayahnya ke Cheras sekejap, so terpaksa aku bg solehin minum susu botol.

- Solehin dah 7 bulan, dah boleh duduk


.

Friday, July 17, 2009

SEMENTARA MENUNGGU...

Hari ini aku sibuk dan letih. Selesai urusan di Jakim, Putrajaya, kami terus ke Sri Ternak Food Mart kat Selayang utk ambil separuh lagi barang2 keperluan catering. Petang tadi, driver kami dah ambil tapi tak muat pulak vannya.


- sebahagian alas meja yg digunakan di JAKIM


- loading barang kat Sri Ternak

- terpaksa berbuka puasa di Alamanda, Putrajaya. Kami makan steambot kat Restoran Johnny.

Pukul 12.00 mlm td, singgah kat rumah sebentar. Sempat layan blog sekejap... hehe.. ibarat irama dan lagu.. tak boleh dipisahkan..

Pukul 12.30 - ke restoran semula utk masak. Kali ni aku tak masak kat rumah sebab sinki buat hal. Jd utk memudahkan urusan, aku masak kat restoran ajelah.


Oleh kerana kuantiti yg nak masak tu banyak. Jadi aku terpaksa buat 3 kalilah sebab kalau sekali tak muat kuali.
Ni waktu aku taip entri ni... sambal tumis daging telah siap dimasak, dah sampai rumah dah pun.



Sementara menunggu waktu utk bertolak ke Jakim, sempatlah update blog dulu... hehehe. Sebenarnya Jakim nak makan pada pukul 8.30 pagi. Sebab tulah kami kena bertolak seawal 5.00 pagi. Perjalanan lebih kurang 40 minit. So sebelum pukul 6.00 pg, kami dah tiba kat Putrajaya. Ada lebih kurang 2 jam utk kami siapkan 4 buffet station dan 11 meja VIP hidang.

Oklah.. minta diri dulu yea... nak pergi berjuang ni... hehe..

Thursday, July 16, 2009

IKLAN SEKEJAP...

16 JULAI 2009

Kami dapat tempahan katering lagi dari JAKIM. Kali ni pun sama utk majlis perhimpunan bulanan JAKIM, 900 pax. Walau menunya simple aje, tp kerjanya tetap banyak jugak.. hehe

Menu kali ni lontong, sambal tumis daging, 2 jenis kuih dan minuman tea tarik / . So utk kuih, kami sediakan karipap dan creampuff. Sambal tumis daging tu.. tukang masaknya.. yg tengah taip nilah jawabnya..

Petang ni, kami akan bawa alas meja dan sarung kerusi semua utk buat set up kat JAKIM. Malam nanti aku akan bertungkus lumus buat persediaan utk besok..

Tuesday, July 14, 2009

HARI KELIMA BELUM BERAKHIR....

26 Jun 2009

Bila dah selesai kat Ocean Park, kami dihantar semula oleh bas kuning 2 tingkat tu ke hentian bas kat Admiral tu. Jadi agenda seterusnya seperti biasalah makan kat cafe chinese food tu.
Tapi kali ni suamiku nak rasa naik bas pulak. Lagi pula penat dia banyak jalan. Setiap kali nak ke cafe tu kami terpaksa berjalan berkolimeter pergi dan balik ke platform train MTR. Teringat lagi kata2 suamiku.. "mau turun 5 - 10 pound ni balik dr HK ni".

Jadi kami pun mulalah membaca nama2 tempat laluan bas di setiap tiang hentian bas yg ada kat tepi jalan tu. Akhirnya kami jumpa tiang utk bas no 1. Seronok suamiku sebab bas ni berhenti betul2 di depan hotel chatterhouse tu. Cafe tu cuma belakang hotel, jd tak perlulah menapak lagi.
Maka selepas petang itu, bermulalah era naik bas pulak bila nak ke mana2... hehe.
Tak lalulah nak guna MTR.. penat kata suamiku.

Usai dinner, aku ajak suamiku ke Times Square sebab aku dh setuju utk beli
beg Hedgren seperti cadangan suamiku. Malam masih awal. Bila naik ke tingkat 6, kami terpandang kedai Victorinox, suami cukup seronok sebab dia mmg bercadang utk beli pisau lipat kat situ utk kawannya. Tapi jurujual Victorinox ni mmg bagus betul. Suamiku yg hanya nak beli 1 barang, penyudahnya sampai 16 barang dibeli. Ada aja yg ditawarkan siap dgn diskaunnya. Dari pisau lipat bertambah ke pisau dapur, kemudian bertambah pulak kpd gunting dapur, can opener, key chain dan mcm2 lagilah. (kalau alat2 dapur tu, maknanya utk kegunaan kat dapurku lah..hehe)


Punyalah lama kat kedai Victorinox tu. "ni nak beli beg ida ke, nak beli brg abg ni, dh terbalik ni.." kata suamiku. " Entah abang ni.. " balasku bergurau.



Bila dah selesai kat Victorinox, kami ronda2 kat level 6 & 7, survey kalau2 ada pilihan beg lain. Tapi nampaknya takde yg menawan hatiku... hahaha. So kami turunlah ke foyer Lane Crowford utk membeli beg yg telah dipilih oleh suamiku. Aku cuma perlu pilih warnanya sahaja dan pilihanku seperti biasalah.. merah. Sebenarnya warna oren pun cantik jugak tp aku rasa elok kalau kutambah aje koleksi merahku.. hehe.

- posing ngan beg baruku.. ada rupa budak sekolah ke.. rupa mak budak ni.. hehehe.

Tiba di hotel, aku bergegas pula packing. Esok kami akan tukar hotel. Tercapai jua hasrat hati suamiku nak duduk sebelah cafe tu.

Saturday, July 11, 2009

CATATAN HARI KELIMA..

26 Jun 2009

Hari ini kami telah bercadang untuk ke Ocean Park, Eberdeen. Kali ini kami keluar dari bilik hotel agak awal drpd kebiasaan. Kami juga telah bercadang untuk brunch kat McD di Admiral. (kalau kat Msia, aku takdelah nak pandang Filet O Fish ni, yg kutahu.. ayam pedas, ayam pedas .. nasib le)

Drpd McD tadi, kami cuma perlu jalan kaki sikit aje utk ke hentian bas. Aku teruja jugak bila berpeluang naik bas 2 tingkat ni, sebab belum pernah lagi...

Dalam bas, kami berkenalan dgn seorang pemuda dari China, namanya David. Dia dtg dr Xin Jing bercuti di HK seorang diri. Perjalanan memakan masa setengah jam sahaja. Aku memang tak sabar utk bertukar menjadi kanak2 riang. .. hahahaha...




David beria-ia mengajak kami mengikutnya membeli tiket drpd kenalannya yg bekerja di Ocean Park (dpt diskaun 25%). Mulanya kami menolak tp kerana kesungguhannya, suamiku tak sampai hati utk tidak mengendahkannya. At last, kami pun ikut serta.



Hari pulak hujan lebat. Selepas beli tiket, kami mmg tak dapat ke mana2 sebab hujan terlalu lebat. Selepas menunggu lebih kurang setengah jam, akhirnya hujan beransur reda. Tapi kami telah dimaklumkan bahawa byk out door game yg terpaksa dihentikan sementara berikutan cuaca yg tidak mengizinkan. Dapatlah kami mulakan eksplorasi kami di Ocean Park.

- suamiku bersama David. Yang baju biru tu kawan David, yg bekerja di taman itu.


Mula2 kami masuk ke Giant Panda Habitat utk melihat Panda.


Kemudian kami masuk pula ke Panda Adventure.

- bapak panda ni baru lepas makan, terus mengularlah jawabnya...

- panda firefox

- yg ni pulak tukang tengok panda... hehe.. suka sgt aksi sorok2.. cover linelah tu...


Selepas itu kami melihat beberapa binatang lain seperti buaya, giant salamander dan lain2.



Kemudian kami masuk pula ke Golfish Treasures utk melihat pelbagai jenis ikan mas.



David mahu mencuba nasib menjaringkan bola keranjang sebanyak mungkin dlm masa 1 minit. Terer jugak dia sebab berjaya dptkan hadiah. Dan aku bukan main happy lagi sebab hadiah yg dimenangi telah dihadiahkan pula kepadaku.. yiiiha!


Selesai di sini kami beratur pula utk menaiki kereta kabel yg akan membawa kami ke fasa kedua yg berada di bukit bersebelahan. Aku sangat kagum dgn sistem dan jumlah kereta kabel di sini. Punyalah banyak. Rasanya jumlah kereta kabel yg ada melebihi angka seratus... mmg kagum!


- walaupun ramai giler yg beratur, tp kejap aje sebab kereta kabel byk giler..










Bila dah tiba kat sini, suami ajak singgah kat Bayview Restaurant kerana bimbang David lapar. Oleh kerana aku dh bekal kari dagging Brahim's, jd aku cuma perlu beli nasi putih shj. Suamiku pula dh beli Fillet O fish sebagai bekalan tadi. Aku kalau dpt makan nasi, mmg suka sgtlah.. hehe..


Pengunjung begitu ramai sekali. Semua game perlu beratur panjang. Memanglah rimas dan bosan bila kena tunggu lama. Tapi tulah, tak main rasa rugi pulak. so aku pun ikutlah beratur sama.. hehe. Suamiku cuma setuju utk naik ferrris wheel shj. Yang lain semua dia tak nak.

-buaian pusing ni tak best mana sebab rendah aje, best lagi yg kat Genting tu ...



- waktu menaiki ferris wheel..

- yg ni pulak lebih tinggi dr yg kat Genting. Jgn harap aku naik yg ni.. gayat!


Bila shj turun dr Ferris Wheel tu semua out door game dihentikan operasinya utk hari itu kerana diorang mendapat isyarat ribut typhoon. Rasa frust jugaklah sebab masa hari masih awal, baru pukul 4.00 petang sedangkan taman ini ditutup pada jam 6.00 petang.

Jadi kami pun masuklah ke Atol Reef, lebih kurang macam under water world yg kat Langkawi tulah. Tapi ikan2 yg ada semuanya bergerak laju, jadi gambar kurang memuaskanlah..







Selesai di situ kami masuk pula ke pameran Sea Jelly ... mmg banyak betul sea jelly ...
Aku ambil kesempatan utk rakamkan pergerakan sea jelly ni sebab seronok tengok.. hehe.. so u all pun tengoklah sekali yea...






Sebelum keluar dari Ocean Park, aku teringin pulak mencuba nasib menjaringkan bola keranjang. Bukan apa, teringat zaman sekolah dulu2 main netball, kira skill lama lah ni.. hehe.
Kata suamiku.. kira boleh tahan jugaklah ida yea.. hehe.. aku berjaya jugak bawak balik hadiah... seronoknya dpt dua patung lembut.. boleh buat ole2 ni..

- inilah hadiahnya. Yang warna oren, hasil jaringanku. Yg warna purple tu, hadiah drpd David.


Sewaktu berjalan menuruni eskalator menuju ke pintu keluar, suamiku bersungut kurang berpuashati sebab byk game dihentikan. Dahlah tiketnya HK 208 seorang pd harga biasa. Katanya Genting lagi bagus, lagi banyak game.. (padahal kalau game tidak dihentikan, suamiku bukannya nak main pun).

Mungkin betul kata suamiku... mungkin jugak sebab kita dah biasa dgn Genting tu.. so kita rasa lebih selesa kat situ. Apa2 pun.. kalau tak masuk tak tahu.. dah sampai jauh2 ni, eloklah pergi semua.. sebab nak dtg lagi ke HK ni lain kali, belum tentu... hehe



............... bersambung.................