Saturday, July 18, 2009

SOLEHIN DATANG LAGI...

Syukur, katering JAKIM berjalan lancar dgn jayanya. (entri penuh di blog dunia catering)


- adikku Nor pun turut membantu

Pulang dari katering JAKIM, aku terus zzz hingga ke petang. Bangun tidur punyalah lapar. ingatkan nak makan kat restoran, tp bila tiba aje terus ada customer order nasi goreng sardin. Terpaksa tangguhkan dulu dinnerku. Tapi lepas tu, customer semakin ramai yg masuk. Alhamdulillah. Dan aku tak menang tangan. Lepas satu , satu order yg datang. Ada yg order nasi goreng kampung, ada yg nak maggi goreng, ada nak sup ayam. Akhirnya pada jam 10.30 baru aku dapat makan.

Sebenarnya goreng2 ni sampingan aje. Customer yg datang ke restoran majoritinya makan roti naan dan beriani. Tapi ada jugaklah 2, 3 kerat yg bertanyakan goreng2 melayu ni. So aku tolonglah buatkan bila ada yg order. Dinner time customer mmg lebih ramai, tp weekend tu mmg lebihlah dari hari biasa. Hari ni semuanya habis licin. Sepatutnya hari jumaat dan sabtu, restoran ditutup pada jam 1.00 pg, tp hari ni tak dptlah sebab pukul 12.00 semua dh habis. Syukur.

Hari ni baby Solehin datang lagi.. hehe.. aku seperti biasa.. mmg seronoklah kalau Solehin datang. Waktu Solehin tiba pd 1100 mlm tadi, dia sedang tidur dlm kereta ayahnya. Tapi aku mana boleh tahan. Terus kukejutkan dia... hehehe..

- bangun tidur mesti lapar.. ibunya ikut ayahnya ke Cheras sekejap, so terpaksa aku bg solehin minum susu botol.

- Solehin dah 7 bulan, dah boleh duduk


.

11 comments:

Leeza said...

salam idasm....
nasi goreng seafood satu ! hehehehe itu favourite akak tau. haa mmg macam akak jugalah dengki kalau tengok baby cute tido. Akak kalau time tengahari masa balik dari sekolah tak nampak putri melompat kat pintu rumahnya mmg dia tido...mesti kejutkannya. Neneknya dah lali....tkadang marah juga dia. Alahai nenek Usu ini mana makan samanpun. be happy Ida.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida..bagus betul solehin ya da..umi dgn ayah dia tak ada, dia tak kisah pun. Ada budak lain..habis meraung satu restoran tu

nurul said...

salam kak ida, nurul pun teringin nak makan roti nan kat restoren kak ida.. hari tu datang masa tengah hari, roti nan blm ada lagi.. nanti nak gi lagi la.. nurul ajak ramai2 sz ye.. tahniah ye kak ida coz catering berjaya & berjalan dengan lancar.. customer pun semakin ramai..Alhamdulillah..

baby solehin datang ye.. mesti best kan..geram tengok solehin tu, chubby.. pastu baik pulak tu.. dok diam2... nanti kalo ada rezeki nak bawak haziq & amsyar jumpa dia la.. boleh main sama2..

Lavender Pelangi said...

salam ziarah..
wah,gambar akak ngan siti..cayalah!!

Nur Athira Izzaty said...

Nnti nk g k.l bleh r snggah kt kedai kt ida...
Bleh kte jmpe...kan2??

zara said...

idasm,
Akak pun suka gak ngan budak tapi kalau dia tido... akak tak nak lah kejutkan, tak sampai hati ganggu lena dia.

Tahniah dapat menyelenggarakan katering dengan sempurna. Semoga ditambahkan rezeki kamu sekeluarga. Insya-Allah.

idasm said...

kak leeza: putri tu berapa usianya..

kak yati: solehin ni mmg baik sgt. selalu kalau parentsnya dtg kl, tinggalkan solehin dgn ida 2, 3 jam. dia menangis bila lapar aje.. hehe.

nurul: lain kali dtg kena cuba cheese naan. sure haziq n amsyar pun suka. yelah kalau 3 hero bertemu sure seronok jugakan.

lavender pelangi: tima kasih dtg bertandang. itu antara kenangan terindah bersama siti.. hehe

athira: kalau dtg kl, bgtahu akak yea.

kak zara: yelah kak, masing2 ada cara masing2kan... tp ida terpaksa sebab nanti bila ida balik dr bertugas, dia dh tidur, so tak dptlah main2 ngan dia. lagipun bila dia jaga nanti ida yg akan layan dia smpai pukul 5.00 pagi pun pernah.

syukur dan tima kasih atas doa akak.

Anonymous said...

syg sgt dgn solihin...
xsabar sgt june nak ada anak buah...
hehehehehehehehe

Anonymous said...

alhamdulilah rezeki tu kak.. amin3
next time kalo org gi restoran akk org nk try ar goreng2 tuh plak

wah mesti akak seronok baby instant akak da depan mata kan3 memain dgn dia la tuh kan hehehe

idasm said...

siti june: solehin tu permata hati akak dik. mmg sentiasa ingatkan dia.. kdg2 sampai termimpi2.

tajlena: ala lena ni. ingat tak suami lena ordermi goreng mamak ari tu. kak ida lah yg masak tu. tp malu nak cakap tu hari, takut tak sedap.. hehe..

mmg seronok akak bila solehin dtg.. hehe..

Anonymous said...

lailla kakak ni... akak rupenye yg masak ke? patot la lezat bangat tuh!!! ape la nk malu akk ni tau hehehe masak sedap ape mee goreng tu... nanti org nak bilang dgn suami org hehehe x peduli... mesti dia x sangka tau kak sebab dia ckp patot la sedap mee goreng tu sbb dia ingat uncle tu yg masak... uncle tu kan ORG LAMA... bravo la kak ida!!!!