Disneyland. Walaupun bayaran masuknya mahal hampir RM 200.00 seorang, rasanya sesiapa saja yg sampai ke HK ni, pasti tidak lepaskan peluang utk ke Disneyland (DL). Aku mmg tak pernah masuk mana2 DL. Walaupun ada yg mengatakan DL HK kecil aje, takde benda sgt, tp aku rasa biarlah aku merasai sendiri .. hehe..
Jadi walaupun aku excited giler nak ke DL pada hari ke 8, kami berada di HK. Tapi aku terpaksa pasrah dgn kekangan yg telah kami hadapi. Bukan apa, dahlah keluar dr hotel agak lewat. Kemudian kami ke cafe feveret kami tu utk brunch. Siap tapau nasi dan lauk. Dr hotel, kami naik bas utk ke Station Wan Chai. Elok je tiba kat station Wan Chai, suamiku realize hpnya tertinggal kat hotel. Terpaksalah kami naik bas semula dr Wan Chai ke hotel. Bimbang hilang ke apa. Kat situ dah ambil masa jugaklah.
- di depan hotel, pakcik Pakistani ni pun tengah tunggu bas, suamiku berkenalan dan berbual dgnnya sementara bas tiba..
Kami tiba kat Stesen DL lebih kurang pukul 3.00 petang. Perjalanan MTR ke destinasi lebih kurang 15 minit aje. Train ini sangat berbeza dengan train2 lain. Train ini lebih cute. Tingkapnya berbentuk kepala mickey mouse. Tempat duduknya pun lebih selesa.
Bila tiba di DL ada pemeriksaan beg. Rupanya outside food tidak dibenarkan sama sekali. Sama seperti Sunway Lagoon. Maka nasi dan lauk yg ku tapau td tidak dptlah dibawa masuk, walaupun puas jugaklah kami explain kat diorang berkenaan muslim food. Oleh kerana kami masih kenyang waktu tu, jd kami pun simpanlah bekal tersebut kat locker dgn harga sewa RM 20.00 (mahal tu!), tp nak buat mcmn.. rezeki takkan nak buang mcm tu aje kan. Nasib baiklah lauk segera Brahimku tidak dikesan oleh mereka.
Jd bila dah masuk tu, kami terus beratur utk naik keretapi pusing 1 DL tu dulu. Umat manusia mmglah ramai, sabar ajelah. Lebih kurang pukul 4.00 ptg, keretapi tu pun tiba. DL ditutup pada jam 8.00 mlm. Maknanya kami ada lebih kurang 4 jam utk enjoy kat sini.. bolehlah.. redah ajelah.
Bila dh mengelilingi DL melalui keretapi tu, kami akui memang DL ni tak besar sangatlah. Kejap aje dah sampai satu round. Tapi setiap sudut dan tempat semuanya cantik dan indah belaka. Rasanya kat sini aje.. klik2 kami mencecah angka ratusan. Kalau letak semuanya kat blog ni.. memang jenuhlah u all semua tengok... silap2 menyampah pun ada.. hahaha...
layan ajelah yea...................
DL ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu FANTASY LAND, ADVENTURE LAND dan TOMORROW LAND. Masa utk kami agak suntuk di tambah pula dgn jumlah pengunjung yg ramai, kami terpaksa rush sikitlah. Skip mana yg tak penting atau yg terpaksa beratur panjang. Yang penting kami dpt merasa serba sedikit di setiap bahagian...
layan ajelah yea...................
DL ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu FANTASY LAND, ADVENTURE LAND dan TOMORROW LAND. Masa utk kami agak suntuk di tambah pula dgn jumlah pengunjung yg ramai, kami terpaksa rush sikitlah. Skip mana yg tak penting atau yg terpaksa beratur panjang. Yang penting kami dpt merasa serba sedikit di setiap bahagian...
Bila nak ke Adventure Land, suamiku dh rasa lapar, so kami makan dulu kat food court yg ada. Nasib baik ada kedai yg menjual vegetarian food. Dapatlah kami makan nasi berlaukkan sayur dan ditambah pula dgn lauk daging kurma Brahim yg kubawa bekal dr hotel. Alhamdulillah... kenyang.
bersambung........................