Semalam, 27 April 2009, Isnin, pihakku menerima tempahan catering daripada PDRM, Bukit Aman, sempena lawatan Menteri, Dato' Seri Hishamuddin ke ibu pejabat polis di sini.
Ada sesuatu yang mencuit hatiku, membuatkan aku senyum memanjang hingga ke malam hari....
Kisah selanjutnya akan menyusul kemudian.
Semalam juga, suamiku meminta bantuanku menyiapkan 10 hantaran untuk majlis pertunangan saudara belah suamiku yang bakal berlangsung pada 2 Mei ini. Bayangkan hanya beberapa hari sahaja lagi. Tapi suamiku tahu aku memang berminat dgn kerja gubah menggubah ni, sebab tu dia yakin aje aku dapat siapkannya.
Petang tadi aku ke syarikat Bunga Riben yang kebetulan dekat aje dgn rumahku untuk membeli semua peralatan yang diperlukan. Sebenarnya untuk membuat gubahan hantaran sekejap aje.. tapi untuk menyiapkan bunga-bunga dan riben-riben hiasan itu yang memakan masa kerana ia perlu dibuat satu persatu, step by step.Ada sesuatu yang mencuit hatiku, membuatkan aku senyum memanjang hingga ke malam hari....
Kisah selanjutnya akan menyusul kemudian.
Semalam juga, suamiku meminta bantuanku menyiapkan 10 hantaran untuk majlis pertunangan saudara belah suamiku yang bakal berlangsung pada 2 Mei ini. Bayangkan hanya beberapa hari sahaja lagi. Tapi suamiku tahu aku memang berminat dgn kerja gubah menggubah ni, sebab tu dia yakin aje aku dapat siapkannya.
- yg ni masa sebelum pergi bertugas..
Dan oleh kerana masa yang suntuk, aku tidak buang masa, sebelum pergi bertugas, kumulakan misiku sekejap. Disebabkan aku perlu bertugas di restoran, kubawa juga peralatan utk buat bunga hantaran ke restoran. Sambil2 jadi cashier, aku siapkan kelopak bunga terlebih dahulu.
Disebabkan semangatku yang berkobar-kobar, terus kusambung semula bila sampai kat rumah. Begitulah aku bila berhadapan dgn kerja yang memang kuminati.
- bunga yg 90% siap. Daun yg bersesuaian dgn tema, aku tak jumpa kat kedai tu tadi.. sebab tulah belum 100%.
Itulah antara proses2 membuat bunga hantaran. ni belum siap sepenuhnya... just nak bagi gambaran aje. nanti kuupdate lagi bila ada perkembangan lagi yea...hehe..
Nak zzzzz dah.. esok pulun buat lagi, bila ada masa senggang...
Nak zzzzz dah.. esok pulun buat lagi, bila ada masa senggang...