Sunday, April 12, 2009

ARTIKEL RESTORAN DI BERITA HARIAN...

11 April 2009
Sabtu

Hatiku sangat gembira kerana artikel tentang restoranku telah keluar kat Berita Harian hari ini. Interview oleh wartawan telah diadakan pada awal bulan Mac yang lalu...




- gambar-gambar di atas adalah hasil klik2 ku sendiri...


dan yg ini pula adalah....


artikel yg ku copy n paste dari www.bharian.com.my


Belanga: Cita rasa Pakistan gamit selera
Oleh Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my




Pelbagai hidangan disediakan dari pagi hingga tengah malam

AROMA masakan yang dibangkitkan sudah membuatkan perut berasa lapar. Apatah lagi apabila melihat hidangan yang masih panas di depan mata. Memang tidak sabar hendak menikmati hidangan disediakan. Itulah antara penangan hidangan cita rasa Pakistan yang diketengahkan restoran, RSMY House of Real Beriani yang terletak di Jalan Medan Tuanku, di Kuala Lumpur.

Pengurus Besarnya, Nur Hidayah Mohammad, berkata restoran yang dibuka sejak empat tahun lalu di lokasi itu menyajikan pelbagai jenis hidangan, tetapi paling istimewa sudah tentulah masakan cita rasa Pakistan yang disediakan oleh tukang masak berpengalaman.

Katanya, hidangan cita rasa masakan Pakistan semakin digemari ramai, tanpa mengira bangsa ataupun keturunan. Rasanya yang enak dan mempunyai keistimewaan tersendiri membuatkan selera sentiasa terbuka dan tidak pernah jemu untuk menikmatinya sama ada waktu makan tengah hari, petang atau pun malam.

“Malam adalah waktu puncak di restoran ini. Waktu itu boleh dikatakan semua pekerja sibuk dengan pembahagian kerja masing-masing. Kebanyakan pelanggan datang bersama rakan-rakan atau pun keluarga. Sebahagian besar adalah pelanggan tetap, tetapi ada yang mungkin baru pertama kali datang ke sini. Biasanya, pelanggan tahu mengenai restoran melalui mulut ke mulut,” katanya.


Nur Hidayah berkata, hidangan popular di restoran itu ialah nasi beriyani Bukhari yang dimakan bersama kari ayam atau daging lembu dan juga daging kambing. Hidangan itu hanya berharga antara RM9 hingga RM13 untuk seorang makan. Kebanyakan pelanggan lebih suka memilih dimakan bersama kari kambing atau kari ayam.


Hidangan nasi beriyani Dubai yang berharga RM15 juga digemari ramai, tetapi hanya dihidangkan pada hari Isnin dan Selasa bagi makan tengah hari dan juga malam. Bahan ramuan yang digunakan untuk memasak hidangan itu hampir sama dengan nasi beriyani lain, tetapi ia menggunakan beras yang sedikit berbeza bagi menepati rasa sebenarnya.

Katanya, hidangan nasi briyani lebih sedap jika dimakan bersama dengan kambing nahari (paha kambing) atau kambing paya (kaki kambing) yang mengambil masa lima jam untuk disediakan. Bagaimanapun, hidangan berkenaan hanya disediakan pada hari tertentu saja sebab bahannya sukar diperoleh.

Pada waktu malam, kata Nur Hidayah, selain hidangan nasi pelanggan juga gemar memesan roti naan yang dibuat dengan pantas di situ. Pelanggan boleh menikmati hidangan roti naan ketika masih panas lagi. Untuk memberi pilihan kepada pelanggan, restoran berkenaan menawarkan beberapa jenis roti naan seperti roti naan keju, roti naan biasa, roti naan bawang putih, roti naan mentega dan roti naan mentega bersama bawang putih. Hidangan roti naan berharga antara RM1.50 hingga RM6.00.

“Pelanggan mahu makan roti naan ketika masih panas dan tidak mustahil ada yang merungut atau memulangkan roti naan itu jika disajikan dalam keadaan yang sudah sejuk. Untuk itulah kita akan pastikan pelanggan akan dapat menikmati hidangan yang masih panas. Roti naan keju yang menggunakan keju mozarella adalah yang paling popular dipesan pelanggan. Memang sedap pun, sekali cuba hendak lagi,” katanya.
Nur Hidayah berkata, sajian ayam tandoori juga sedap kerana ia diperap dengan bahan rempah-ratus tersendiri dan tanpa menggunakan sebarang pewarna supaya ada kelainan dengan hidangan yang ada di restoran lain. Malah, hidangan ayam tandoori itu enak diratah begitu saja.

Untuk minuman, jika ingin sesuatu yang berbeza cubalah air lassi iaitu minuman dadih yang menggunakan campuran tairu dan dan buah-buahan sama ada perisa oren atau mangga.

“Banyak lagi menu lain yang disediakan di restoran ini seperti kebab daging, ayam dan kambing serta makanan bergoreng merangkumi mi goreng, kuey tiau goreng dan nasi goreng. Pilihan yang banyak sudah tentu tiada masalah untuk anda memilihnya,” katanya.

Restoran berkenaan mempunyai satu lagi cawangan iaitu di Jalan Masjid India yang dibuka lebih awal iaitu sejak 2000 lagi. Restoran itu juga menyediakan khidmat katering untuk majlis perkahwinan dan juga acara keramaian atau apa saja majlis keraian.

INFO: RSMY House of Real Beriani

Lokasi: No 11& 13 Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

# Pengkhususan menyediakan hidangan cita rasa Pakistan.

Perkhidmatan lain: Menerima tempahan katering untuk majlis perkahwinan dan majlis keramaian serta keraian.

Waktu perniagaan: 11 pagi hingga 12 Malam setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu tutup 1 pagi.

Telefon: 03 26970700 atau 03 26971700.




6 comments:

arieda salsabella said...

nasi briyani satu..
wah2..makin glamer kak ida kite ni..masuk paper tu..
bila la lagi agaknya ida dapat merasa nasi briyani tu lagi kan..
rasa cam mgidam lakk ni..hhehe

Anonymous said...

wah glamour sey restoran kak ida hehehe masok BH lagi... hai dendam betol nak pegi restoran ni tau.. nanti la satu hari aku pegi jugak.. tunggu je la hehehe nak2 tokey kedai ni ni sape nama penoh nya? NUR HIDAYAH MOHAMAD yer.. nanti mu tunggu ku dtg jua satu hari... tgk la k hehehehe betol nye dendam ni kan skali dendam dgn restoran dgn tokey skali.. ni da mcm nak gadoh je hahahaha bukan nak gadoh la tp geram sgt3 nk jumpe kak idasm yg sporting dan memahami diriku SEADANYA... walaupon kak ida ni bertudung tp dia x memandang rendah pon dgn cara aku ni... malahan masih bole berkawan dgn org mcm aku ni cewah!!! TAJLENA

idasm said...

arieda: kalau rasa mengidam tak tahan dah.. pandai2lah dtg kl ni... boleh shopping kat sogo sekali... hehe..
Tima kasih sebab bagi link BH on line tu.. dptlah k.ida paste kat blog k.ida ni...tq sayang...

Tajlena: dendam jgn tak dendam... hehe.. k.ida sengih aje bc komen Lena kali ini...ada2 aje... tp semua komen Lena mmg menghiburkan hatiku... tq dear...

PerantauSepi1306 said...

i.m proud of you ida... hehehehe.. one day i'll go with my cik abe and son, insyaallah.. coz i'm indeed a briyani lover ;D

zue_zf said...

alamak k.ida....makin glamers..ler k.ida skrg nih !!!! mcm artis lak yer.pas nie mesti sibuk penuhi permintaan pelanggan.....tp jgn lupa gi ctrace lak yer !

idasm said...

Sydde..tima kasih. Beriani lover ke ... Hehe mailah rasa aku punya tp mmg berbeza sgt dgn beriani johor , tak taulah hang suka suka ke tak.. Dh ada no hp ida ke belum, jgn lupa bgtahu bila nk dtg yea..

Zue...hehe.. Syukur alhamdulillah rezeki dr Ilahi... Ctrace mmg slow down skang... nak wat camner kan...