Nampaknya hajat nak jadi mcm blog En Me dan Dr. Singa masih belum berjaya.. hehe.
Laptop pulak buat hal. Entah kenapa tak boleh sign in. Ini ida pinjam Hadi punya.. hehe..
Okey, ida masih nak bercerita tentang si kecik ida. Siapa lagi kalau bukan Amira, buah hati pengarang jantung ida.
Masuk bulan ini genaplah tujuh bulan hadirnya amira dlm hidup kami. Ida dah lama takde maid. So most of the time amira always with me. Tapi memang tak menjadi masalah buat ida sebab ida bekerja dgn suami sendiri. Day time ida jarang ke restoran. Selalunya ida tolong kat restoran lepas maghrib, so amira pun ikutlah ke restoran. Ke mana sahaja dengan amira. Sebab itulah ida cepat2 minta suami belikan stroller dan baby car seat buat amira, supaya senang ida ke sana ke mari dgn amira, samada berkereta / jalan kaki. Membesarkan amira mmg tidak membebankan jauh sekali menyusahkan kami. Amira seems like an independence kid. Tidak banyak meragam dan pandai bawak diri. First time dia kena duduk dalam car seat aje dia merengek sikit. Tapi lepas 2, 3 kali nampaknya dia dah sesuaikan diri dia. Itu kisah 3 bulan pertama amira dgn kami.
Sekarang, dah 3 bulan dah amira tak guna baby car seat itu lagi. Dia dah terer duduk kat dlm kereta mcm org dewasa. Amira jugak banyak ikut perangai / habit ida. Ida kalau minum air mesti gigit straw, tak sangka amira pun begitu. Garang pun macam ida.. itu kata mama ida. Ida masa dulu2 memang garang sgt.. hehe. Sekarang masih garang ke? Sekarang bukan garang tp tegas. Amira pun banyak cakap dan kuat makan, sama seperti ida. Mudah tersenyum dan ceria orangnya serta penyayang. Nasib baik tak lefthanded macam ida... hehe.
Dulu amira tak suka disuap. Apa pun yang disuap dia akan keluarkan semula. Tapi sekarang dah pandai dah makan disuapi. Dulu amira mmg takutkan air. Baru je bukak seluar, dia dah menangis sakan dah. Tapi sekarang satu hari berkali2 masuk bilik air. Sekejap2 basuh tangan, basuh kaki... hehe. Dulu pantang dengar muzik, bergoyanglah badan dia. Tp sekarang pandai pulak pilih iramanya, menari pun dh ada stail.

Kadang2 bila kami perlu keluar pagi2 sangat dalam sejam dua, ida tinggalkan amira yang masih lena dengan pak su nya yang bersekolah waktu petang. Tapi lepas ni tak dapat dah sebab adik zul dah pindah sekolah kat kampung semula.
Sekarang amira dh mula nak bercakap. Banyak dah words yang dia boleh sebut dgn jelas. Satu lagi amira boleh duduk bermain atas katil sorang2 time kita tidur sampailah kita bangun. Melihat perkembangan diri amira di depan mata sangatlah membahagiakan - may be ida terlebih teruja kot sebab baru nak jadi mak ..
Cukup dululah ye, lain kali pulak.. hehe..