SALAM RAMADHAN...
Nampaknya hajat nak jadi mcm blog En Me dan Dr. Singa masih belum berjaya.. hehe.
Laptop pulak buat hal. Entah kenapa tak boleh sign in. Ini ida pinjam Hadi punya.. hehe..
Okey, ida masih nak bercerita tentang si kecik ida. Siapa lagi kalau bukan Amira, buah hati pengarang jantung ida.
Masuk bulan ini genaplah tujuh bulan hadirnya amira dlm hidup kami. Ida dah lama takde maid. So most of the time amira always with me. Tapi memang tak menjadi masalah buat ida sebab ida bekerja dgn suami sendiri. Day time ida jarang ke restoran. Selalunya ida tolong kat restoran lepas maghrib, so amira pun ikutlah ke restoran. Ke mana sahaja dengan amira. Sebab itulah ida cepat2 minta suami belikan stroller dan baby car seat buat amira, supaya senang ida ke sana ke mari dgn amira, samada berkereta / jalan kaki. Membesarkan amira mmg tidak membebankan jauh sekali menyusahkan kami. Amira seems like an independence kid. Tidak banyak meragam dan pandai bawak diri. First time dia kena duduk dalam car seat aje dia merengek sikit. Tapi lepas 2, 3 kali nampaknya dia dah sesuaikan diri dia. Itu kisah 3 bulan pertama amira dgn kami.
Sekarang, dah 3 bulan dah amira tak guna baby car seat itu lagi. Dia dah terer duduk kat dlm kereta mcm org dewasa. Amira jugak banyak ikut perangai / habit ida. Ida kalau minum air mesti gigit straw, tak sangka amira pun begitu. Garang pun macam ida.. itu kata mama ida. Ida masa dulu2 memang garang sgt.. hehe. Sekarang masih garang ke? Sekarang bukan garang tp tegas. Amira pun banyak cakap dan kuat makan, sama seperti ida. Mudah tersenyum dan ceria orangnya serta penyayang. Nasib baik tak lefthanded macam ida... hehe.
Dulu amira tak suka disuap. Apa pun yang disuap dia akan keluarkan semula. Tapi sekarang dah pandai dah makan disuapi. Dulu amira mmg takutkan air. Baru je bukak seluar, dia dah menangis sakan dah. Tapi sekarang satu hari berkali2 masuk bilik air. Sekejap2 basuh tangan, basuh kaki... hehe. Dulu pantang dengar muzik, bergoyanglah badan dia. Tp sekarang pandai pulak pilih iramanya, menari pun dh ada stail.
Kadang2 bila kami perlu keluar pagi2 sangat dalam sejam dua, ida tinggalkan amira yang masih lena dengan pak su nya yang bersekolah waktu petang. Tapi lepas ni tak dapat dah sebab adik zul dah pindah sekolah kat kampung semula.
Sekarang amira dh mula nak bercakap. Banyak dah words yang dia boleh sebut dgn jelas. Satu lagi amira boleh duduk bermain atas katil sorang2 time kita tidur sampailah kita bangun. Melihat perkembangan diri amira di depan mata sangatlah membahagiakan - may be ida terlebih teruja kot sebab baru nak jadi mak ..
Cukup dululah ye, lain kali pulak.. hehe..
16 comments:
Dah dua org dah kab Ida? Macam mana..boleh cope? Hehe..jadi ibu mmg penat tapi Allah beri kita ganjaran yang tak ternilai..kadang2 tak nampak tapi boleh dirasa..Moga anak2 Ida jadi anak yg soleh dan solehah..
seronoknya Amira.. manja sangat dia nampaknya.. Alhamdulillah..
semoga Amira besar nanti akan balas jasa mama Ida..amin
Salam Ramadhan al-mubarak Ida. Peluang melihat anak membesar dan menjadi sebahagian daripada proses tersebut adalah satu kurniaan Ilahi yang paling berharga. tidak ramai ibu bapa generasi kini dapat peluang itu kerasa dek kesibukan bekerja. Moga anak-anak Ida membesar dan menjadi anak yang solehah.
mcm mana menyambut ramadan bsama amira thn ni?tentu lebih meriah. nak2 plak mesti k.ida teruja nk bli bj raya dia.bj budak2 perempuan...hiii...mmg gila nk memilih...mcm2 fesyen...hahaha
mesti teruja tgk dia membesar dgn mcm2 ragam yg menghiburkn hati
Kak hliza, solihin xde ngan ida. Dia dgn ibu dia kat sg siput. Amira aje yg berkepit ngan 24 jam. Kita cuba bg yg terbaik kan kak setakat yg termampu.
Kak yati, amira 24 jam ngan. Manja blh tahan jugklah.. Hehe. Amin terima kasih atas doanya.
Dr. Sam, betul kata Dr. tu, ida sgt2 mghargai pengalaman indah ini. Bukan semua org dptkan.. Amin tima kasih atas doanya.
Ana, ramadhan ok aje xde terasa lain sgt sb everyday bbuka kat restoran. Kak ida bertugas.. Amira buat hal dialah. Tp x sbr nk beraya dgn amira. Baju raya amira semua dh beli.. Hehe
Ibu amna, mmg teruja dan gembira sgt dgn amira ni..
chomeyy tewwww.. ehehe
Salam ramadhan...
comel je amira nih..
kaletah anak-anak memang membahagiakan:)
en me.
comeyl mcm mamanya kann... hehe...
qema...
salam lebaran...
mmg bahagia sgt kann!!!
thanks...
besar dah amira..sape sangka......dah 7 bulan kan kak...
selamat hari raya...=]
lindawawa,
tulah sekejap aje masa berlalu.. tp kalau tgk amira ni rasa cm x caya 7 bln ngan kak ida, rasa cam dr kecik dia ngan kak ida.. hehe
Post a Comment