Masa ni pegi Medan melalui penerbangan Mas. Tiket harga RM 400.00 pergi balik utk seorang. Sampai kat KLIA, kami terus check in sebab nak spend time kat VIP Lounge kat dalam tu. Boleh makan-makan dan minum-minum sepuashati dan relax2 kat situ sambil surfing. Semuanya percuma.. hehe..
- suasana dalam VIP Lounge
- pilihan makanan not bad...
- Flight pukul 2 petang. Perjalanan rasanya lebih kurang 1 jam shj. So inilah dia Lapangan Terbang Polonia, Medan. Kecik aje.
Bila time nak ambik bagasi, ramailah pekerja2 yg beruniform biru putih tu datang dekat offer nak ambikkan bagasi. Kami cuma ada 2 beg. Kalau ikutkan tak perlu pekerja pun, boleh tolak sendiri aje troli tu, tp sebab kesian kat diorang ni cari makan, so kami ambiklah jugak...
- Kami ambik teksi dan terus ke hotel. Sebelum tarikh berangkat, mmg siap2 dah buat online booking sebab lebih murah. Kami pilih Hotel Grand Swiss-bel yg berada di kawasan bandar Medan.
- sewaktu check in, diorang bagi welcome drink...
- lobby hotel. cantik jugak kan...
Jom kita tengok bilik dia pulak.... bagi ida ok sebab hotelnya agak baru, so puashati dengan kemudahan yang ada di biliknya.
- ini pula swimming pool , dilihat drpd bilik kami. Ida mmg suka sgt berenang, so bolehlah jd aktiviti petang2 sebelum dinner...
Lepas check in dan refresh diri masing2, kami keluar utk makan. Mula-mula kami jalan kaki. Konon nak cari kedai makan yang dekat2 aje. Tapi masa kami jalan kaki tu, banyaklah pula beca yg guna motor ni (tak tahu diorang panggil apa) yang offer kami. Heran jugak, diorang ni tak nampak ke yg kami ni godang2, mana nak muat duduk kat beca diorang yg kecik tu. Tapi sebab diorang ni beriya2 nak suruh kami naik, last2 kami naiklah jugak. Penyudahnya ida terpaksalah duduk atas riba incik somi.. hahaha, bukan kami aje yg gelak, dia pun gelak sakan.
Sempat lagi berhenti isi minyak, semua yang isi minyak kat situ pun senyum2 pandang kami.... Lantaklah.. hahaha. Tapi bila dah open air ni.. senang jugaklah utk ida nak ambik gambar kan... so layanlah beberapa keping gambar yg ida snap guna hp sementara nak sampai ke restoran garuda...
- itulah rupa becanya. rupa sebijik macam beca kat msia, tp guna motor.
- ini pulak close up... bayangkanlah tempat duduk yg kecik tu nak dimuat 2 org yg saiznya spt kami.. hehe.. mana muatkan...
- di sinilah kami makan...
- ida dan suami mmg gemar jugak dgn makanan minang / padang ni. Lauk2 diatas tu, ada yg mmg kami pilih, tp ada jugak yg kami tak minta tp diorang letak, mcm biasalah kan.. padang style...
- bergambar sebelum balik, pun guna hp aje. Sebenarnya camera sony ida tetiba ada problem kat motor dia. bukak aje, bergegar. so imej tak statik. (masa ni belum ada camera besar)
- singgah pulak kat warung durian.
- siap kerusi meja dan air basuh tangan utk kita menikmati durian di situ...
- Sebelum balik ke hotel, kami jalan2 sikit sementara nak dapat teksi... kali ni tak ambik beca dah... hehe...
Selesai sudah hari pertama di Medan..... hari kedua kita sambung part 2 pulak yea..