Sunday, January 23, 2011

BLOG YG DIRINDU...

SALAM CERIA BUAT SEMUA.

Alahai... kesian pulak kat blog hati ni. Berapa kali dah buat draft tp tak terupdate jugak. Tp hari ni nekad nak update jugak. Biarpun secara ringkas dan padat.. hehe.. boleh percaya ke ringkas dan padat ni..

Okey ...

1. Bermula cuti sekolah lepas, famili Dungun dh menetap di sini, di rumah ida. Bukan main seronok lagi. Bila mama dan adik2 sentiasa di sisi. Itu yang makin payah nak update blog tu. Sebab masa yg dulunya teruang telah diisi dengan telatah dan keriuhan drpd diorang ni.. hehe.

2. Pada masa yg sama, mama telah mulakan bisnes sarapan pagi nya di restoranku. Org Ganukiter kalau sarapan mmg makan nasi jugak. So sapa2 yg teringan nak makan nasi dagang ganu, nasi kerabu ganu dan nasi minyak ganu tu.. silalah dtg berkunjung yea. Setiap hari bekerja bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tgh. Tp kalau dtg pukul 10, nasi dagang dh habis, nasiblah yea. Sebab mama pun dah ada pelanggan tetap.. hehe..

3. 26 Disember 2010 - Ida dpt jemputan menghadiri majlis ulangtahun Sitizone - fan club Dato' Siti. Ida bawak adik ida , nurul, temankan ida. Jadi dapatlah nurul tu berjumpa dgn DCT sekali. Bukan main seronok dia. Terpaku dia tengok siti. Kata nurul, dlm TV nampak mcm dh berisi, rupanya kat luar , slim melim aje. Seramai 30 orang ahli SZ yg terpilih utk menghadiri majlis tersebut. Memang best sebab dapat beramah mesra dgn siti, dapat tengok siti sepuasnya dan dapat borak2 dgn siti. Ida sempat jugak bersembang dgnnya pasal anak. Maklumlah ida dan siti masing2 belum ada rezeki.. hehe.


4. 2 Jan 2011 - Ida ajak mama, Nor dan Fatin ke rakaman talkshow siti yang bertempat di Filem Negara, PJ. Suami siap tolong hantar dan jemput. Rakaman bermula pagi sampai petang merangkumi 2 sesi. Tp ida sempat join sesi pertama sahaja. Nanti bila dh ditayangkan kat Astro Ria, silalah tonton ye. Ida siap tanya soalan kat tetamu jemputan siti lagi. Nanti muka ida masuk TV lah sikit.. hehe. Sebelum ida balik, ida sempat request dgn siti utk bergambar kenangan bersama mama dan adik2. Terima kasih byk2 kat siti sebab tunaikan request ida. Seronok mama dpt bergambar dgn siti.. hehe..







5. 16 Jan 2011 - Kak NB telah meraikan majlis harijadi anak tunggalnya Qaisara. Alhamdulillah hari tu ida takde hal lain. Jadi dptlah ida dan suami hadir sama. Ida bawak mama dan adik2 sekali, penuhlah satu kereta.. hehe. Majlis berjalan dgn penuh meriah, tahniah kepada tuan rumah. Makanan pun semuanya sedap2 belaka. Kami rasa semua, serba sedikit. Yg paling klasik - Ubi kayu rebus cicah kelapa, pergh.. sedap tu.. hehe. Terima kasih byk2 kak NB atas jemputan dan layanan mesra. Terima kasih jugak pada Kak Sue, sempat reply msg ida bagi alamat rumah kak NB.. hehe. Cuma sayangnya, camera ida habis bateri, jd ida xde byk gambar. Sekeping dua aje, itupun snap dr HP aje..




Okeylah cukup dulu buat kali ini. Tak mahu tulis panjang2.. takut terbengkalai lagi... haha.
Lepas ni ida akan selalu2 update blog ye. Ringkas dan padat tp lebih kerap.. hehe.. azam tahun barulah konon.. harap2 menjadi. Dan lepas dh post, ida nak jalan2 kejap. Rindu kat blog Linda, En Me, Kak NB, Intan, Fida, Kak HLiza, Kak SMM, Zie, Fasha, Lynn, Nadiah Sidek, Ana, Lindawawa, Akak Dr., Dr. Sam, Nensa Moon, Kak Zara, dan byk lagi yg tak tersebut di sini..

Salam sayang buat semua............ jumpa lagi..