Hari ketiga (Khamis, 13 Oct 2011) - sepatutnya kami nak ke pasar terapung. tapi setelah risik2 dr pihak hotel, nampaknya hajat ida tak kesampaian sebab pasar terapung tu cuma ada pada hujung minggu sahaja, sedangkan ida berada di sana pada hari2 bekerja.
Begitu jugak dengan plan ida nak melawat ice world. Pun tak kesampaian. Sepatutnya malam semalam tu kami ke sana. Tapi entah macamana kami tak jumpa cari / sesat. Silap ida jugak sebab tak rujuk en gugel dulu. Harapkan suami aje bertanyakan pihak hotel aje. Lepas tu pergi tanya pulak penduduk tempatan kat tengah2 perjalanan. Lintang pukang perjalanan kami jadinya. Sekejap terus, sekejap u turn. Sekejap terus semula. Ish.. frust jugak rasanya tp nak buat macamana, tanya punya tanya, jam pun dah dekat pukul 10.00. Akhirnya kami cancel aje sebab ice world tu katanya tutup pukul 11.00. 1 jam tak berbaloi nak jalan2 dalam tu.
So hari terakhir kami, kami penuhkan dengan shopping ajelah. Mama berkenan dengan kasut 'dortmuend' yang ida beli semalam kat central. So kami pergi beli lagi sepasang. Dan lepas tu ida pulak sangkut dengan sepasang lagi kasut.
So meh kita tengok gambar sambil layan citer sikit2 yea...
- tuan rumah mmg suka posing... hehe... tp topi ni mahal jugak.. dlm RM40.00, posing aje yea..
ida dgn mama tercinta... masa ni kat dlm central dah..(lintas jalan aje drpd hotel)
ida dgn mama tercinta... masa ni kat dlm central dah..(lintas jalan aje drpd hotel)
- amira dengan zety (antara fan DCT), ida terserempak dgn zety sewaktu tunggu lif kat hotel. Rupanya dia antara rombongan yg baru tiba pagi tadi.
Disebabkan dia jln sorang2, dia join ida sekali jalan2 kat bawah tu...
Disebabkan dia jln sorang2, dia join ida sekali jalan2 kat bawah tu...
- dah selesai kat central, kami jalan2 kat sekitarnya sekejap...
udang yg besar kat tepi tu harganya RM10.00 seekor.
Yg kecik sikit kt tengah tu dlm RM5.00 seekor.
(survey harga sahaja)
udang yg besar kat tepi tu harganya RM10.00 seekor.
Yg kecik sikit kt tengah tu dlm RM5.00 seekor.
(survey harga sahaja)
- mama singgah beli durian dgn pulut. Kalau nak bawak balik hotel kena hati2 sikit.
Klu pihak hotel jumpa biji durian kat dlm bilik kita nanti kena denda RM200.00.
Klu pihak hotel jumpa biji durian kat dlm bilik kita nanti kena denda RM200.00.
- check out time!!! hahaha... boleh tahan barang2 kami..
- kami check out agak lewat jugak.. dlm pukul 3 petang..
tp xde extra caj ye sebab regular customer.. hehe..
- kami check out agak lewat jugak.. dlm pukul 3 petang..
tp xde extra caj ye sebab regular customer.. hehe..
- ini kedai wajib kalau datang hatyai.
Kat kedai inilah kami beli kebanyakan peralatan utk restoran.
Contohnya: pinggan melamine superware, periuk stainless steel zebra,
sudu garfu, senduk zebra, buffet set zebra dan lain2 lagi...
Kat kedai inilah kami beli kebanyakan peralatan utk restoran.
Contohnya: pinggan melamine superware, periuk stainless steel zebra,
sudu garfu, senduk zebra, buffet set zebra dan lain2 lagi...
Dah selesai semuanya.. kami pun berangkat pulang....
SELAMAT TINGGAL HATYAI... lain kali kami datang lagi yea....