Saturday, December 11, 2010

SOLIHIN SUDAH 2 TAHUN...



Esok, 13hb Disember 2010, genaplah 2 tahun anak instant ida ni.

Tapi kami dah celebrate awal2 pada minggu lepas.. hehe. Alkisahnya, ibu solihin kena posting kat Sg Siput (SS), jauhkan!. Jadi drpd Tanjung Malim (TM) , berpindahlah ikin ke Sg. Siput (tp shah masih kat TM) Nasib baik mama dan adik2 ada di sini sekarang. Jadi bolehlah ikin pinjam fatin buat teman sekaligus jd babysitter utk solihin.

Yang si ida ni pulak, dok merindulah kat si kecik ni. Yelah ... dah jauh, susahlah nak datang sini lagi. Hari jumaat lepas, rasa rindu membuak2. Dok terbayang gelak tawa dia.
Lepas sembahyang asar, mcm biasa, berjemaah, ida sebut kat suami... rindunya kat solihin.
Suami ida pun balas, yelahkan...
Then ida cakap lagi... Darling, apa kata kita pegi lawat solihin...
Tak sangka pulak, suami ida jawab.. boleh jugak tu.. jom!

Maka, esoknya kami pun berangkatlah ke sana. Kata ida kat ayah solihin, kita celebrate besday solihin sekalilah. Minggu depan kami tak dapat datang dah..



Pagi2 ida pergi ke Sogo beli besday gift utk solihin. Plus sedikit chocolate utk dia. Dalam pukul 12 tghari kami bertolak dgn cik urvan. Belum full lagi. Singgah sebentar kat TM, shah nak kirim TV dan beskal solihin. (shah pegi ke Sg Siput ngan moto besar dia, so x dpt bawak brg2 chenggitu). Faris dan iwan ikut kami sekali. Barulah full.


Kat TM, kami singgah warung pak man, minum cendol pulut. Ida siap pesan laksa penang. Adik2, ada yg pesan rojak. Sambil2 layan nasi lemak mama yg kami bawak bekal... hehe.

- rombongan cik kiah... hehehe....

Sepanjang perjalanan, ida ni sibuklah klik sana klik sini dr dalam cik urvan tu. Excited plus berangan, konon jurufoto pro, padahal main tekan aje.. ekeke.






- lata kinjang...

Sampai kat SS, rasanya dalam pukul 4. Rumah sewa ikin dekat aje dgn sekolah tempat dia mengajar. Jalan kaki 3 minit dah sampai rasanya. Dan ikin kira bernasib baik jugaklah dapat rumah sewa yg cantik, bersih dan selasa. Kata ikin, kalau ikutkan tuan rumah tak nak sewakan, sebab rumah tu nak dijual. Tp selepas shah datang bincang sendiri, barulah tuan rumah bersetuju bagi sewa. Tp mcm2 jugaklah pesanan penaja ke atas rumah sewa tu.. hehe... biasalah kan.. siapa tak sayang bini, eh silap, rumah .. kan, kan..



Solihin demam hari tu. Nampak kecik sikit tubuhnya. Seronok dia bila kami ramai2 datang. Terkejut pun ada. Dapatlah kami main2 dgn solihin dalam 2 jam. Bolehlah melepas rindu kat dia.. best!!!!












- dah takde orang nak layan, dia kayuh sendiri pulak.. hehe..

Lebih kurang jam 6 petang, kami bertolak ke bandar Ipoh. Nak pegi makan kat McD, sekaligus meraikan besday solihin. Tapi sebelum tiba ke McD, suami ida buat ipoh tour sekejap, sebab ida ni tak pernah jenjalan kat bandar ipoh tu... hehe. Penerangan diberi dari dalam cik urvan aje. Siap dgn sejarahnya (suami ida mmg terer sejarah). Tapi bila sampai kat Istana Kinta, kami diberi izin utk posing kejap.. hehe (bendara Perak tdk berkibar, Sultan takde kat istana)






Dah selesai makan, barulah teringat, beg kecil suami ida tertinggal kat atas katil kat rumah ikin. Silap ida lupa nak ambik. Suami ida pun tak teringat nak tanya ida. So terpaksalah patah balik ke SS. Kesian kat suami ida, penat driving. Tp nak buat mcmn kan. Dah nak jadi...

Apa2 pun.. enjoy!!! Semua happy dan puashati.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT AHMAD SOLIHIN HAKIM.
SEMOGA SENTIASA MENJADI KEBANGGAAN KELUARGA...

Saturday, December 4, 2010

JADI MAK ANDAM....

20 Nov 2010

Sepupu Ida yang ada rumah cendawan tu, awal2 dah telefon ida minta tolong ida make up dia sempena majlis pertunangannya. Ida ni memang dari dulu memang suka pada make up dan kecantikan. Selain memasak, inilah lagi satu minat ida... hehe...

Masa duduk kat ganukiter dulu, selalu jugaklah ida jadi mak andam kepada anak2 dara yang jadi pengantin baru.. hehe, sampai ke Kuala Terengganu, ida mendapat tempahan. Dan kalau ikut sejarah, 3 orang mak sedara ida kawen, ida yang jadi tukang make upnya. Waktu tu ida masih sekolah lagi.

Berbalik pada citer along ni, ida ingatkan ida tak dapat dah tolong dia sebab suami ida demam pulak lepas balik dr kampung orang asli tempohari. Tapi suami ida cakap, takpe kita balik jugak. Abang demam, ida still boleh drive kan.. katanya.

So lebih kurang jam 2 petang, kami bertolak ke Dungun. Sepanjang perjalanan, suami ida tidur aje. Kesian kat dia. Lepas highway, kami berhenti minum sekejap kat Cherating. Masuk kawasan Kemaman, dah mula hujan. Kereta pun banyak, so agak sukar untuk ida memotong. Risau tak sempat tiba pada waktunya, suami ida ambil alih stereng. Jadi alhamdulillah kami tiba lebih kurang jam 6 petang.

Selesai solat dan makan2, ida pun bergegaslah ke rumah along. Rombongan pihak lelaki dijangka tiba lebih kurang jam 8.30 mlm. So, ida cuma ada masa tak sampai sejam utk siapkan wajah along. Luarannya ida cool aje, dalam hati dug dag jugak.. hahaha. Jom kita tengok hasilnya...

- wajah sebelum...



wajah selepas....


Masa rombongan lelaki tiba, make up semua dah siap, tinggal nak pasang bulu mata aje. Kira ngam-ngamlah, mukadimah selesai, make up pun selesai.

- cantik jugak pelamin along kan...

- along bersama mamanya dan mak sedara..

Alhamdulillah, majlis pertunangan along berjalan lancar. Bila tetamu dah pulang, kami sekeluarga pulak sibuk nak posing, maklumlah camera baru. Tadi sibuk jadi mak andam, sekarang sibuk jadi photographer pulak.. hehe..

Jom berkenalan dgn ahli keluarga ida yea..

- solihin pantang jumpa basikal..

- ibu dan ayah solihin...

- Nor, org kuat mama ida ni..

- nurul yg masih study di UPSI..


- 3 teruna yg selalu menggamatkan suasana, adik zul, faris dan hadi...


- fatin, anak ke 7 drpd 8 beradik..

- yg ni anak sulung dlm famili bersama suami tercinta... hehe..

Puashati betul ambil gambar menggunakan camera DSLR ni. Memang dah lama ida idamkan camera seperti ini. Dulu rasa mcm susah nak bawak sebab saiz dia agak besar. Tapi selepas tengok hasil gambar drpd camera ayah solihin (D3000), soal saiz dah tolak tepi, sebab hasilnya sangat memuaskan. (masa hari raya puasa tempohari, mmg pulun guna camera shah aje, camera sony ida duduk diam2 aje dlm handbag... hehe).

Oklah, setakat ini dulu yea. Nanti ida update lagi... bye. Ceria2 selalu yea. Barulah hidup tambah bahagia... hehe.

Monday, November 29, 2010

PROGRAM QURBAN DI BATANG KALI

Salam ceria buat semua.

Nampaknya catatan daripada hati ida ni makin banyak yang tertangguh. Sekarang dah nak masuk bulan Disember, tp kisah bulan Nov belum selesai lagi. Tp ida nak kisahkan jugak sebab blog ini mmg macam diari ida pun.. hehe.

18 hb Nov 2010

Hari raya Haji tahun ni ida tak balik kampung. Tp sebenarnya mmg raya haji ida jarang balik kampung. Selalunya beraya di KL aje. Tahun ni ida dan suami terlibat dgn program Qurban yang dianjurkan oleh Jamiyah di perkampungan orang asli yg terletak di Batang Kali. Pihak Jamiyah minta tolong kami masakkan hidangan untuk dijamu kepada penduduk kampung orang asli.

Jadi kami bawak tukang masak restoran kami, Uncle Latif utk masak 5 periuk nasi beriani bukhari daging, 2 periuk daging masala dan 1 periuk besar sup tulang. Anggaran untuk 500 orang makan.

3 ekor lembu telah selamat disembelih sewaktu kami tiba. Ahli2 Jamiyah bergotong royong melapah dan memotong daging. Sebahagian daging diagih-agihkan kepada penduduk kampung. Dan sebahagiannya dimasak. Tulangnya dibuat sup, manakala organ dalaman dibuat kerabu.

Yang ida ni pulak bukan saje excited nak masak2 kat sini, tp excited jugak sebab first time nak klik2 guna camera baru Nikon D90 yg baru je dibeli oleh suami ida. (ida guna auto aje.. hehe)






Memasak di luar lokasi ni sebenarnya bukan mudah. Sebelum tiba hari program, kami mengadakan mesyuarat beberapa kali bagi menjamin kelancaran program. Bila nak masak banyak2 ni, perkakas memasak dan bahan2 keperluan perlulah mencukupi. Kalau ikut masa meeting, periuk dan dapur telah disediakan. Kami tak perlu bawak. Tapi suami ida ambil langkah berjaga2. Dia suruh tukang masak bawak seberapa banyak periuk dan dapur yang boleh muat dlm van (selain bahan2 memasak). So tukang masak kami bawak 12 periuk dan 5 dapur.

Dan nampaknya langkah berjaga2 suami ida tu kena pada tempatnya, sebab periuk yg disediakan tak cukup dan bersaiz kecil. Manakala dapur yg ada menggunakan low pressure regulator.




Ahli2 Jamiyah yang hadir excited nak tengok macamana kami masak nasi beriani bukhari. Ada yang siap sedia dgn pen dan kertas dan ada yang siap sedia dgn camera. Tegoklah pic kat bawah ni, siap naik atas kerusi lagi.. hehe.. semangat!!!


Sup tulang kat bawah ni kami masak guna dapur kayu. Dapur yang ada semua tengah pakai. Nanti nasi dan lauk siap dimasak, sup tulang pulak tak menjadi. Jadi ida ambil inisiatif minta tolong anak2 muda orang asli menyalakan kayu api utk dijadikan dapur. Sekejap aje, dh siap unggun apinya..


- majlis penyerahan sumbangan. (sementara hidangan siap dimasak)


- rumah orang asli...


- makan time!!!




- baki nasi dan lauk diagihkan secara tapau..



Selesai semuanya lebih kurang jam 4 petang. Walau ada beberapa kekangan, tp alhamdulillah majlis berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.

Wednesday, November 17, 2010

TAK ABIS LAGI KE KISAH HADYAI NI...

Kisah jenjalan kami kat Hadyai ni ida sudahkan secara corat coret ajelah yea. (Nak citer pasal kisah lain pulak .. hehe)


- lepas lunch, shopping kat dalam pasar sekejap dan kat kedai kitchen ware


- dlm perjalanan nak ke Pasaraya Big C


- Dlm Pasaraya Big C.
Pasaraya ni lebih kurang mcm Carrefour / Tesco lah kalau kat tempat kita.
Dulu2 Big C ditutup pada jam 12 mlm. Tp sekarang Big C ditutup pada jam 10 mlm.
Mungkin pelanggan dah kurang atau diorang nak cut cost.
Tp waktu kami ke sana lebih kurang jam 5 petang, pelanggannya ramai macam biasa.


- dah selesai shopping.. hehe..


- hari terakhir di Hadyai. Gambar ni snap dari bilik hotel.

- no telefon hotel ada tu.. bolehlah kalau nak booking yea.. hehe...

- jalan2 kat bawah hotel. posing aje ni...

- cafe tempat kami sarapan pagi telah bertukar rupa menjadi dewan makan majlis perkahwinan
- so kami pun ambik kesempatan posing sekejap.. hehe...
suka background ni sebab ada warna pink.. hehe

- check out lebih kurang pukul 2.30 ptg. Bell boy tolong masukkan barang2 kami dlm kereta.

- inilah kedai makan tempat kami lunch setiap hari di pasar.



- kedai kitchen ware, tempat kami beli semua peralatan dapur yg diperlukan.
semalam kami order saja. hari ni kami dtg ambik aje barang2 yg diorang dh siapkan tu.
Mama pun bukan main seronok lagi tambah barang utk kedai makannya.

- semua barang dh selamat masuk kereta. jenuh jugak nak menyusun.
sendat dan padat kereta tu jadinya.. hehe..


- penat2 loading barang, minum air kelapa bakar pulak..


- kuih jala mas dan taik itik, manis sangat tp ida suka jala mas tu...


- sotong celup tepung

- sebelum keluar dr bandar hadyai, kami makan malam dulu kat kedai kak sofia tu.
dapat jugak kami merasa masakan dia.. hehe..

-inilah dia tokeh warung tu. sebenarnya kami x tau pun namanya.
Dia yang ingat nama ida ni sofea. sampai sudah dia panggil ida sofea.
so kami pun panggillah warung ni.. warung kak sofea.. haha.. senang sikit nak ingat...

- sebelum berangkat pulang, sempat request dgn suami minta suruh berenti keta nak posing..
ini sebenarnya bahagian hadapan pasar. dulu, belum ada.
sekarang diorang dh buat dataran kat depan tu..

Lepas dah selesai semua kat sini, kami pergi kedai Tailor tu untuk ambik baju2 kami yang dah siap. Baju ida siap 2 helai. Baju suami siap 3 helai. Bakinya suami akan kirim kat anak sedaranya utk ambik. Anak sedaranya mmg buat travel agensi, so mmg selalu ada trip ke hadyai ni..


- ini beg 4 beradik yg ida beli kat pasar.
Harga sebelum tawar B800, tp lepas ditawar oleh ida, dapatlah dlm B300.
(lebih kurang RM 32.00) Murahkan...


Akhir kata, SALAM AIDIL ADHA buat semua. Raya Haji tahun ni ida tak balik kampung sebab esok (17hb) ada program Qurban bersama orang2 asli anjuran JAMIYAH di Batang Kali. Harap2 program esok berjalan lancar.

posted at 2.30 am, 20 Nov 2010. Esok pagi nak balik kampung.. bestnyer... sepupu ida yang ada rumah cendawan tu nak bertunang. Insyaallah, ida akan jadi mak andamnya.. bye..