Monday, February 22, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU FIZA!

Petang semalam, aku telah menghadiri jemputan kahwin Fiza, best friendku sewaktu di Travex Institute. Walaupun cuma sebulan sempat belajar bersama, tapi jalinan persahabatan kami tidak terhenti di situ. SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT FIZA DAN SUAMI. Semoga berbahagia sentiasa hingga ke akhir hayat. Selamat menempuh alam rumahtangga. Semoga sentiasa menjadi isteri solehah.




***********************************************************************************

Sebelum itu, pada sebelah pagi, aku terlibat dgn aktiviti bulanan Jam'iyah. Jam'iyah ni sebenarnya PERSATUAN SERUAN ISLAM. Dan untuk sesi 2009 - 2011, aku telah dilantik menjadi Setiausaha bahagian Wanita. Setiap bulan, AJK Wanita akan mengadakan ceramah agama. Dan untuk bulan Feb, kami telah menjemput Ustazah Zawiyah bt Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bhgn Pembangunan Keluarga, JAKIM, bagi menyampaikan ceramah bertajuk IBU CEMERLANG, KELUARGA GEMILANG.



Sungguh menarik penyampaian ceramahnya. Jelas dan lantang suaranya. Sekali sekala diselitkan jenaka, membuatkan muslimat kusyuk mendengar tanpa rasa mengantuk. Kucuba upload rakaman ceramahnya kat sini tapi sayang, agaknya duration dia lama sgt so tidak berjaya.

Kata ustazah, akhir2 ini, ramai ibubapa yg telah mengenepikan amalan2 sunat yang sepatutnya dibuat kepada bayi. Contohnya aqiqah, bercukur, bersunat (perempuan). Kesemua amalan2 itu ada kebaikannya. Jadi jgnlah sesekali mengabaikan amalan2 sunat tersebut.


- Puan Pengerusi AJK Wanita Jam'iyah



- Puan Pengerusi bersama penceramah, Ustazah Zawiyah


- sesi soaljawab. 2 soalan aje yang ditanya.

Sungguh bertuah seseorang wanita itu apabila berpeluang menjadi seorang ibu. Didiklah anak anda dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Jangan lupa menerapkan nilai2 murni dan ajaran Islam dalam kehidupan seharian agar bila dewasa kelak dapat membezakan yang mana baik yang mana buruk. Semoga aku jua akan berpeluang menjadi seorang ibu satu hari kelak, insyaAllah, Amin.

Sunday, February 14, 2010

PERTEMUAN PERTAMA SOLEHIN & MAK ITI


Semalam, pertama kali Solehin dapat berjumpa dgn Mak Iti. Solehin pulak bila dh jumpa Mak Iti, terus tak berkelip tengok Mak Iti. Sayangnya gambar ni shaky sikit. Tapi takpelah, ada jugak kenangannya. Sebelum bergambar, Mak Iti sempat cubit2 pipi Solehin. Sukalah Solehin tu.. hehe


Yang ni pulak Solehin bergambar ngan Auntie Saida. Banyak kali Auntie Saida nak dukung Solehin, tp Solehin pulak jual mahal... hehe.

Thursday, February 11, 2010

RUTIN BARU...

Sejak pulang dr kampung halaman tempohari, jadual harianku berubah lagi. Kalau dulu, waktu bertugasku di restoran adalah selepas maghrib. Tp sekarang waktu bertugasku bermula jam 10.30 pagi hingga ke petang. Ini semua gara2 menu baru yg diciplak dr kedai makan mama.. hehe..

Memasak memang kegemaranku. Jadi bila suamiku berminat nak mencuba menu baru ni di restoran, ku memang tiada masalah. Jadi menu baru ni totally di bawah jagaanku... hehe.

Makanya setiap pagi ku akan ke restoran untuk memasak segala yang berkaitan dgn menu baru ini. Dan alhamdulillah sewaktu entri ni ditulis, dh berjalan lebih kurang sebulan, dan sambutannya juga alhamdulillah, tidak mengecewakan. Ramai pelanggan suka sebab ada pilihan lain selain nasi beriani.


Gambar di atas, tlh diambil 2 minggu lepas. Sedang dok klik2 nilah, Nuar dan anak sedaranya Ajim datang. Tak sangka pulak dapat jumpa diorang kali ni. Waktu tu sebenarnya ku dah nak balik ke rumah dah. Langsung tak jadi balik, temankan diorang dulu.. hehe. Seronok jugak sembang ngan diorang ni.

Buat Nuar dan Ajim, terima kasih byk2. Dh 2 kali dah dtg makan kat sini.
Ini kali ke 3. Terima kasih sebab jadi customer kami. Hehe. Lain kali kita jumpa lagi yea.