Thursday, February 11, 2010

RUTIN BARU...

Sejak pulang dr kampung halaman tempohari, jadual harianku berubah lagi. Kalau dulu, waktu bertugasku di restoran adalah selepas maghrib. Tp sekarang waktu bertugasku bermula jam 10.30 pagi hingga ke petang. Ini semua gara2 menu baru yg diciplak dr kedai makan mama.. hehe..

Memasak memang kegemaranku. Jadi bila suamiku berminat nak mencuba menu baru ni di restoran, ku memang tiada masalah. Jadi menu baru ni totally di bawah jagaanku... hehe.

Makanya setiap pagi ku akan ke restoran untuk memasak segala yang berkaitan dgn menu baru ini. Dan alhamdulillah sewaktu entri ni ditulis, dh berjalan lebih kurang sebulan, dan sambutannya juga alhamdulillah, tidak mengecewakan. Ramai pelanggan suka sebab ada pilihan lain selain nasi beriani.


Gambar di atas, tlh diambil 2 minggu lepas. Sedang dok klik2 nilah, Nuar dan anak sedaranya Ajim datang. Tak sangka pulak dapat jumpa diorang kali ni. Waktu tu sebenarnya ku dah nak balik ke rumah dah. Langsung tak jadi balik, temankan diorang dulu.. hehe. Seronok jugak sembang ngan diorang ni.

Buat Nuar dan Ajim, terima kasih byk2. Dh 2 kali dah dtg makan kat sini.
Ini kali ke 3. Terima kasih sebab jadi customer kami. Hehe. Lain kali kita jumpa lagi yea.

6 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kak ida macam pengetua AF dah tu duduk2 tengah2...hihihi =D

nurul said...

kak ida, bestnya ada menu baru.. nasi kukus ayam goreng berempah.. nurul & hb suka ni.. pastu ada sup tulang lak tu.. mmg best!! nanti bila ada kesempatan, nurul singgah sana ye.. macam2 nak makan ni.. cheese nan pun tak rasa lagi ni.. yummy2.. :)

idasm said...

nuar ni mcm2 lah yea. mentang2 si Ajim tu bakal jd student AF.. hehe

nurul, jemputlah singgah bila2 senang. kak ida pun ada sekarang. boleh rasa cheese nan sekali. hehe.

Syahmi Mohd Isa said...

sedapnya..bila la nk dpt mkn nih..

Nur Athira Izzaty said...

kalau g k.l slalu lalu2 area2 jalan TAR tuh..nk g kdai kak ida tpi sgan r plak..hehehehe..nk contact xde no..huhuhu..

idasm said...

syahmi... kalau ronda2 area kl tu, jemputlah singgah. bolehlah rasa... hehe.

athira, nape plak segan. kalau segan rugi tau! hehe. ambillah no hp kak ida kat fb. kak ida ada letak apa kat sana.