Wednesday, February 22, 2012

JALAN-JALAN MEDAN - BERASTAGI

Sambung lagi jalan-jalan hari ketiga ni. Perjalanan daripada pergunungan Parapat menuju ke Berastagi memakan masa 4 jam juga sebenarnya. Tapi Pak Supir kami, namanya Jocky Manalu sudah bilang awal2 akan singgah di dua tempat wajib pelancong.. hehe. Sebenarnya ida lupa samada pak supir kami ni Islam atau tak, sehingga Wahida dr blog femes sana tanya ituhari, ida refer balik ngan suami, so ini jawapannya, Pak Jocky non-muslim, dia orang Batak. Tak pastilah pulak agamanya apa. Tp sepanjang perjalanan, byk juga ida lihat gereja-gereja, ada kecik dan ada jugak yang besar, maknanya ramai juga yg beragama kristian di kawasan ni.

Satu lagi ada byk kedai atau warung yang meletakkan signboard menjual B1 dan B2. Ida dah tahu pasal ni sebab Kak Norhayati Berahim dah bagitahu awal2 pasal ni. B1 adalah daging Khinzir, manakala B2 adalah daging anjing. Ida x sempat snap signboard tersebut sebab ida nampak dari dalam kereta aje.



- masih nampak lagi tasiknya...samar2 aje...





- replika ikan ini ida nampak masa dalam perjalanan. Sempat ida tanya pada pak supir kami. Dapatlah ida dengar kisah dongeng tentang Tasik Danau Toba ni. Kalau nak tahu boleh klik link kat bawah ni yea. Lebih kurang mcm pak supir ida ceritakan. Kata pak supir, ada beberapa dongeng tentang tasik ni. Tak tahulah yang mana satu betul..

dongeng Tasik Danau Toba

- ini tak tahu apa.. ida snap aje.. hehe...


Sepanjang perjalanan juga, ida nampak begitu byk tanaman yg diusahakan oleh penduduk kampung. Ada jagung, ada kobis, ada tebu, ada limau pendekata mcm2 lah.. Ida mcm biasalah ambik gambar dr dalam kereta aje. Nak suruh berhenti nanti lambat pulak..

tanaman jagung..



Persinggahan kami yang pertama adalah puncak Simarjalunjung. Selalunya pelancong akan dibawa singgah ke sini. Sambil berhenti rehat seketika untuk minum2 dan ke tandas, pelancong bolehlah ambik gambar. Tapi kami tak minum sebab masih kenyang. Berhenti pun sekejap aje (malas nak menapak / panjat). Dikatakan juga, nak tengok sunset kat Tasik tu mmg cantik dari puncak ini. tp ida tiba kat sini tengahari buta... hehe...



- pokok limau...



Persinggahan kami yang kedua adalah Air Terjun Sipiso-piso. Ada beberapa kedai cenderahati dan kedai makan kat sini. Mula-mula sampai ida jalan2 sekitarnya, tp air terjunnya jauh ke bawah. Nak kena turun anak tangga begitu byk sekali. Dahlah panas terik, mmg tak lalulah nak turun tangga tu. Kalau ida beria jugak ajak suami turun ke sana, mahu angin satu badan suami ida... hahaha. Jadi ida ambik gambar ajelah ye. Janji nampak air terjunnya... hehe...


- gambar bukit kat belakang tu mmg cantik.. tp yelah camera ida cap ayam aje masa ni..hehe



- berlatarbelakangkan air terjun sipiso-piso...

- daripada sini, masih boleh nampak lagi tasik ....

- ini kereta yang kami sewa. Kami singgah makan dan minum sekali kat sini...




- perjalanan diteruskan lagi selepas itu...



- sampai dah kat pekan Berastagi.


- singgah kat Pekan sekejap. Sebenarnya tak tahu nak cari apa pun kat sini. Tp tetiba nampak kedai cd. Lepas test kualitinya, ida borong byk jugak, mcm2 movie.. harganya lebih kurang RM 2.00 aje sekeping. Koleksi Upin dan Ipin pun ada. Waktu ni, Upin dan Ipin sgt terkenal di sini. Sebut aje... semua tahu...



- Lepas dah singgah pekan, kami terus ke hotel yang ida tempah masa kat bandar Medan.



- Biliknya agak luas dan selesa.

- dari dalam bilik, boleh nampak swimming pool. Tp xdelah ida terliur nak swimming sebab cuaca agak sejuk. Boleh dikatakan Berastagi ni lebih kurang mcm Cameron Highland lah kalau kat Mesia. Kawasan peranginan.

- pemandangan hotel daripada luar... cantik jugakkan....



..... sambung lagi yea... hehe...

Monday, February 13, 2012

JALAN-JALAN MEDAN - HARI KETIGA

Salam ceria buat semua.

Minta maaf lambat sangat update hari ketiga ni. Busy sikit. Sebenarnya hari ketiga ni terlalu byk gambar. So ida pening jugak nak pilih gambarnya. Tahu ajelah ida ni kan. Kalau boleh nak letak semua kat sini, tp nanti penuh sgt pulakkan (tp ni pun penuh jugak...) hehe...

Hari ketiga ni, kami cadangnya nak tengok matahari terbit, tp sayang terlajak sikit tidurnya. So dapat tgk sipi2 ajelah. Pakai pulak camera sony yg asyik semput tu. Masa ni barulah timbul kesedaran tentang perlunya camera besar.. hehe.. kalau kata guna camera besar.. mmg puashati ambik gambar ni... kan...



Tasik Danau Toba ni terlalu sangatlah luasnya. Memang tak tercapai kalau nak capture seluruh tasik ni walau zoom jauh sekecil mana pun... Keluasannya ida tak sure.. boleh tgk kat gugel, tp yg pasti mmg luas sgt2. Mmg rasa kagum sgt dengan ciptaan Allah ni.

- saujana mata memandang....




- ini pintu depan chalet kitorang.


- yg ni pula pintu belakang chalet... bukak pintu aje terus nampak tasik.

- chalet kami ni kiranya kat kawasan tinggi.. so mmg tak dapatlah nak touch2 air tasik. Sebenarnya ada jugak bilik yg di bahagian bawah.. maknanya sama aras ngan tasik.. tp biliknya kurang selesa.. so kami tak pilih bilik tu...

- masih di bahagian belakang chalet..

Lepas ambik gambar ni kami terus pegi breakfast yg mmg termasuk sekali ngan harga bilik. Dekat aje.. jalan kaki aje pegi cafe.

- breakfast biberi pilihan samada western set atau continental set. Kami ambik 2 set yg berlainan.

- kolam renang di tepi cafe.. nampak tak tasiknya...

- tengok kat belakang ida tu... tasiknya seperti lautan...


- Danau Toba International Cottage, tempat kami menginap semalam. Lepas breakfast kami berkereta ronda-ronda sekitar tasik. Sambil jalan-jalan bolehlah ambik gambar lagi....


- nampak byk bot. Rasanya bot ini digunakan utk ke Pulau Samosir yg berada di tengah-tengah tasik ini. Kebanyakan pelancung tak lepaskan peluang ke Pulau Samosir ni. Kami tak pergi sebab tak cukup masa.


- salah satu hotel yg ada di sana..

-ini rate utk hotel di atas.... saje aje survey...




Pak Supir kami bawak kami ke satu tempat / bangunan bersejarah. Tapi ida tak ingat namanya.. itu yg kat belakang kami tulah...



- berhadapan dengan bangunan bersejarah itu terbentang luas Tasik Danau Toba...

- masa ni betul-betul rasa mcm tengok lautan cina selatan... punyalah luas... Tuhan saja yang tahu...



Ronda-ronda lagi...... lalu kat satu kawasan beli belah ni tapi tak singgah pun.. ida pun snap dr dlm kereta aje...



Lepas dah ronda-ronda ni kami balik semula ke bilik, then siap2 utk check out. Sebab kami nak bertolak ke Berastagi pula, yang mengambil masa 2 jam perjalanan.

sambung nanti yea...