Sunday, May 23, 2010

TAK RASA BERSALAH KE?

Baguskan papan tanda ni. Selamba tapi penuh pengajaran...

Lokasi yg diletakkan mmg strategik iaitu berhampiran lampu isyarat. Jadi sambil menunggu lampu hijau, mmg sempatlah menghayati maksud papan tanda ni.. hehehe...

Sayangnya papan tanda seperti ini tiada di kawasan KL. Pertama kali ida jumpa papan tanda seperti ini di Kuantan. Tak tahulah kalau tempat lain pun ada...

Yang bestnyer... masa ida nampak papan tanda ni, ida terus baca dengan kuat, kebetulan pulak masa tu, suamiku tengah buang tisu ... apa lagi dia ingat ida perli dia.. ida cakap.... cuba baca tu.. terus dia ketawa guling2.. hahaha...

Tuesday, May 18, 2010

BUNGA TELUR OH BUNGA TELUR!

Minggu ni, ida tengah nak siapkan 100 batang bunga telur. Tapi sekarang rasa confuse lah pulak, dari segi warna RIBENnya. Apakata, kawan2 tolong ida buat pilihan. Yang manakah yang lebih menarik perhatian. Harap sudilah hulurkan bantuan... hehehe

Tema memang biru putih, tak kisahlah biru macamana pun. janji biru.



PILIHAN A : RIBEN WARNA BIRU GELAP DAN PUTIH.
KELOPAK BUNGA MIX BIRU PUTIH




PILIHAN B: RIBEN WARNA BIRU CERAH DAN PUTIH.
KELOPAK BUNGA MIX BIRU DAN PUTIH.







PILIHAN C : RIBEN WARNA BIRU CERAH DAN GELAP SERTA PUTIH.
KELOPAK BUNGA BIRU SAHAJA.







BANTUAN TEMAN2 SANGATLAH DIHARGAI...... TERIMA KASIH BANYAK2 YEA....

Friday, May 14, 2010

NASI HUJAN PANAS DAN DAGING KURMA

12 May 2010 -

Petang tu, aku masuk dapur lagi. Masak nasi hujan panas dan daging kurma. ada sedara belah suami minta ku masakkan utk 40 org punya makan. Kak NB pernah cakap... lain kali kalau buat menu ni lagi.. letaklah dlm blog siap dgn resepinya.. hehe..

so kali ni.. aku masak siap ngan cybershot ku kat sebelah.. haha.. yealah nak letak kat blog, mestilah kena ada pic, barulah best kan...

sebenarnya, nasi hujan panas ni sama aje dgn nasi minyak ganukite.. rasa ku lah. yg membezakannya cuma warna nasinya saja. Masa kat ganukite, tak pernah dengar pun nama nasi hujan panas ni. Bila berada di kl, barulah dgr menu ni. dan selalulah ku terbayangkan mcmn rupa nasi hujan panas ni.. rupanya bila ku berpeluang makan... eh sama mcm nasi minyak ganukite aje... Dan menu ni kupelajari daripada mama. Tapi daging kurmanya.. kuhentam kromo aje.. pakai suka hati kepalaku aje. mungkin orang lain punya versi lagi canggih kot. hehe...

so apalagi.. jom masak!!!


1. mula2 sukat beras (gunalah beras wangi / siam ye). suka hatilah nak pakai apa utk menyukat beras ni. bukan apa, air utk beras mestilah sama dgn sukatan beras tersebut. kalau kata beras 3 tin susu. maknanya air pun kena letak sebanyak 3 tin susu.

2. masukkan beras yg telah dibersihkan ke dalam rice cooker. bersama sukatan airnya.

3. tumiskan bawang besar yg dihiris bersama minyak sapi, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih. serta daun pandan. utk 5 kg beras, ku guna 4 sudu minyak sapi. kalau tak suka minyak sapi.. boleh kurangkan ikut kemahuan sendiri yea.


4. bila bawang dah garing, tuangkan ke dalam rice cooker tadi. Lepas tu, bolehlah masukkan susu cair dan sedikit garam. utk 1 kg beras, boleh masukkan 1 sudu garam ye.



5. jgn lupa 'on' kan rice cooker tu, kalau lupa.. jawabnya tak masaklah nasi tu... hehehe..

6. inilah rupa nasi minyak yg siap dimasak. bila aje butang cook tu dh naik ke atas. cepat2lah titikkan pewarna kuning, hijau dan merah. kemudian ratakan menggunakan sudip kayu. biarkan seketika sebelum ready to eat yea..


7. beginilah rupa nasi minyak yg telah dihujanpanaskan... hehe...

8. ini pula... nasi hujan panas yg telah ready to eat... olehku.. ahaks!





okey. selalunya sementara nasi tengah masak, ku sempatlah buat daging kurma pulak...

bahan2 nya : (bahan2 yg disediakan agak banyak sebab petang itu kumasak 6 kg daging)











dan juga santan. (lupa pulak nak klik picnya...)



Cara2nya:

1. tumiskan bawang besar yg telah dihiris. masukkan juga sedikit bawang putih dan halia.


2. bila semua dah garing, masukkan rempah kurma. biarkan rempah itu garing sekejap.

3. masukkan daging (sebaiknya gunalah daging tempatan... sedap!). masukkan kentang juga.



4. masukkan santan. (ku guna santan kara aje... hehe)

5. masukkan air sebanyak yg dikehendaki. kalau nak pekat.. jgn byk sgt airnya.

6. kacau dan biarkan daging empuk. kacaulah sekali sekala agar tidak hangus dan sekata.



7. masukkan garam dan gula secukup rasa. serbuk perasa tu suka hatilah nak taruk ke tak. masukkan juga beberapa biji bunga lawang.

8. bila daging dah empuk, silalah rasa ye.. kalau kata kurang garam ke apa... bolehlah ditambah..

9. utk ku punya versi, ku suka campakkan sedikit cili padi. nanti bila makan, bolehlah di tenyeh2 cili padi tu bersama nasinya.. so adalah pedasnya terasa..... hehe


Dah siap!!! senang aje kan.

Sebarang kemusykilan... silalah tanya yea... jgn segan2.. hehe..

SELAMAT MENCUBA.............

Tuesday, May 11, 2010

BORONG BANTAL... HEHE



7 May 2010

kami sempat memborong bantal kat outlet friven, bangsar. normal price rm 59.90. lepas diskaun jadi rm19.90. kami beli 10 biji khas untuk bawak balik ke kampungku, dungun , ganukite... hehe.

cadar pun ada jugak yang diskaun giler2. kusambar dua sahaja, satu untukku dan satu lagi utk adikku hadi.

on top of that, dapat pulak voucher tunai rm 20.00 atas pembelian rm 100.00. lepas tu dapat pulak tuala percuma. asalnya dapat 1 saje. tapi ku request mintak 2 helai.. hehe. alhamdulillah dapat!

layanlah klik2 ku di bawah ni yea... ngeee...






- suamiku pegang 7. ku pegang 3... ngeh3!!!


- yg ni pulak cadar yg kubeli untuk bilikku syurgaku... hehe

- 2 helai tuala percuma bersaiz sederhana... bolehlah kan...





OUTLET FRIVEN KAT BANGSAR....





yg ni handbag baruku, sibuk nak interframe.. hahaha. kubeli kat sogo waktu si kecikku datang minggu lepas.





akhir sekali.. gambar wajib blog hati... siapa lagi kalau bukan si solehin, anak mama ni... hehe. Mama dan ibunya sibuk pilih kasut, dia pun menyibuk jugak... habis nak disusun semua kasut2 tu.. hehe..





jumpa lagi..................