Thursday, March 29, 2012

AMIRA DAN KASUT

Salam ceria buat semua.

Lama takde citer kat sini kan. Tetiba mood beralih arah... hehe. Blog setting pun dah bertukar wajah. Nampaknya setting yang baru ni lebih mudah.

Lama jugak tak citer pasal amira kan. Amira boleh mula berjalan masa umur 1 tahun 2 bulan. Beberapa bulan lepas tu, ida dah nampak dah dia ni minat sangat kat kasut. Mungkin bukan amira aje kan. Kanak-kanak lain yg sebaya dia juga begitu kot.. hehe...

Jadi antara aktiviti amira kat rumah tak lain dan tak bukan, punggah dan menerai (men + try) kasut idalah. Pendek kata, satu almari kasut tu setakat yang dia boleh capai ngan tangan dia mmg dah berapa kali ulang pakai. Biar besar gedabak pun, ada hati nak bergaya ngan kasut mama dia.. hehe...

Meh kita tengok gambar2 amira dan kasut (setakat yang sempat ida snap).













Saturday, March 3, 2012

JALAN-JALAN MEDAN - LAST

Salam Ceria buat semua.

Apalah si ida ni.. org lain dh berdozen entry, si ida ni mcm tu jugak... mintak maaf ye. Minggu yg baru berlalu ni, ida balik kampung. Mama ida nak pergi umrah dgn kawan2nya, so ida dan suami tolong uruskan berkenaan dokumen dan segala yg berkaitan dengannya. Nak berangkat 21 hb Mac akan datang, insyaallah...

Okey, ida nak sudahkan entry jalan2 medan ida ni. Kalau ada kawan2 yang masih sudi membacanya... hehe...

Petang tu lepas check in, kami berehat di bilik aje. Lepas maghrib, barulah kami keluar ke pekan utk cari makan dan jalan2. Tapi sempat jugak posing sikit... hehe...





- bulatan ni dh macam mercu tanda Berastagi... hehe...


- Kereta parking agak jauh... kami tinjau2 warung2 makan yang banyak kat tepi jalan, mencari yang halal dan akhirnya warung ini yang menjadi pilihan kami...

- ikan bakar dan soto ayam.

- kerang rebus ni besar giler kerangnya..satu piring tu ada berapa biji aje...


- kue teau goreng.. sedap jugak...

- semuanya dh selamat dh kat dalam perut kami... licin.. sedaplah tu kan... hehe...

- lepas makan, kami ronda2 kat kedai2 sekitarnya....


- di kedai antik...





- tergoda jugak dengan longgokan durian ni.. hehe... so lepas dah ronda2, kami pun pekena durian barang sebijik dua.. hehe..

.
.
.
.
.

- pagi esoknya kami breakfast kat cafe hotel (complimentary).

- cafenya berhadapan dgn kolam renang...


- lepas breakfas, kami check out. Perjalanan daripada Berastagi ke bandar Medan memakan masa dua jam. Dalam perjalanan, ida nampak ada orang jual jagung bakar. So mintak singgah utk beli.

Jagungnya kurus2 saja, tak kesahlah kan, tp sayang tak sedap.... hehe... jauh sgt beza rasanya dgn yg selalu kita makan kat tempat kita...



Tiba di bandar, kami terus minta pak supir kami bawak ke tempat makan. Minta dia bawakkan ke tempat yg best2 sikit.. hehe. Ida bergambar di depan restoran, tp ida lupa nama restorannya .. minta maaf ye.. hehe...



- restoran seafood, so kita kena pilih bahannya dan timbang.

-inilah lauk pauk yang telah kami pesan. 2 ekor ikan., seekor dibakar, lagi seekor masak cili. Sepiring cumi (sotong) dan sepiring tempe tauhu dan sedikit ulam



- suami ida tertarik dgn bekas ni. Bekas ni diorang guna utk letak nasi yg dials dgn daun pisang. Kiranya tak pakai pingganlah kat sini...


- Lepas makan, suami minta pak supir singgah ke Kedai Buku Gramedia.

- novel English yang telah dialihbahasa... hehe...

- byk betul benda alah ni sepanjang jalan di kawasan bandar. Memang penuh kiri kanan jalan. Inilah cara diorang ucap tahniah. Tulisan2 tu semua daripada bunga-bunga.


- singgah di Shopping Kompleks, tp ida lupa lagi .. namanya.. hehe...



- last sekali sebelum kami balik ke hotel utk check in, kami minta pak supir bawak ke SPA. Spa utk ida aje. Harga utk full body spa termasuk facial cuma RM 160.00. Murahkan. Memang puashati. So lebih kurang 2 jam setengah ida kat Heritage Spa ni.




- inul vizta .. ini pak supir bagitahu inul penyanyi dangdut tu punya....



Malamnya kami dinner kat cafe hotel saje. Ada pembetulan fakta lagi.. hehe.. nak buat mcmn entry dh berkarat.. byk yg lupa.

- ini pak supir kami, ida tak ingat namanya...

- ini pulak bapak Jocky Manalu, pengurus travel agency... sebelum ni ida cakap pak supir namanya Jocky Manalu kan..

.
.
.
.

6 Feb 2010 - hari terakhir kami di Medan. So hari ni kami just habiskan masa kat kawasan hotel aje. Hotel Grand BelSwiss ni bersambung dgn shopping compleks tp tak besar sangatlah.



- ini sebenarnya kerusi tp ida dh jadikan ia tempat menggosok ida.. hehe. Iron ida tu philips mini steam iron sebenarnya, mmg selalu ida bawak bila travelling. Memang sgt berjasa bg ida..




- bandara



- dh dekat airport dah. kami sampai agak awal kat bandara. tp kedai tak banyak, so pusing2 situ ajelah... hehe...


pic last dr ida... bersama suami tercinta... hehe... nak letak jugak tu...