Thursday, December 22, 2011

MI UDANG

Sedap rupanya mi udang ni yea. Patutlah suami beriya2 nak bawak ida makan mi udang ni. Konsepnya bagus sebab udang kena beli. Berapa banyak mahu letak semuanya terpulang pada kita. Jadi for sure customer tak boleh komplen pasal udang.

Ida dapat rasa mi udang ni time balik dr Hatyai tempohari. Singgah kat Sg Dua, Penang.






- kami beli 13 ekor aje. lebih kurang 3 ekor soranglah. seekor lagi utk amira.


- beli sotong jugak utk dibuat sotong celup tepung.

- inilah mi udangnya. sedap!

Untuk amira, ida request buat mi udang yang tak pedas langsung. Kalau pedas sikit nanti dia menjerit. Sebelum ni amira mmg tak suka sgt dgn udang. Tapi kali ni amira pandai pulak makan udangnya. kita layan gambar amira yang banyak ni yea. Abahnya yg tukang tembak.. hehe..

















Alhamdulillah, kenyang dan sedap. puashati.


Sunday, December 11, 2011

OMBAK RINDU

Salam rindu....

Hari Sabtu, (10Dec) ida tengok wayang citer Ombak Rindu kat KLCC. Memang lama sangat dah tak tengok citer melayu kat cinema. Tapi Ombak Rindu punya pasal, ida memang dah pasang hajat awal2 nak tengok citer ni kat panggung. Sebab dah baca novelnya dan sebab pelakon-pelakonnya pun mantap.

Sebenarnya hampir jugak tak dapat tengok semalam sebab tiket pukul 2 dah totally sold out. Bertolak dari rumah pun dah pukul 1 lebih. Terpaksalah jumpa manager dan alhamdulillah dapat jugak masuk yang pukul 2 tu.

Dan ternyata pilihan ida ni memang tak rugi. Memang puashati. Memang touching. Ida pulak memang jenis mudah nanges, awal-awal lagi ida dah tersedu. Maka berjuraianlah air mata ida sepanjang filem tu. (Rasanya dah lama tak nanges chenggitu time tengok wayang)

So bagi ida, filem ni berjaya menambat hati ida. Tak tahulah orang lain. Amira pun sporting, dia tahu mama dia nak feeling.. hehe.. Beriya jugak dia tengok awal2 tu.. tp setengah jam sebelum citer habis, dia dah tertido.

Masa keluar, kami keluar ikut entrance depan. Pergh... punyalah ramai orang kat depan tu, nak jalan pun susah. Sempat jugak ida jeling2 tiket kat tangan orang ramai tu. Dan ternyata semuanya tengah tunggu nak masuk tengok citer Ombak Rindu.

- ombak rindu di pantai dungun... hehe...


- gambar sekadar hiasan.. hehe... amira di masjid negara. Sebenarnya sejak Julai 2011, kami berniaga nasi beriani kat dlm kawasan masjid negara pd setiap jumaat. So gambar ni diambil pada salah satu hari jumaat yg telah berlalu sewaktu baru nak setting. Alhamdulillah setiap jumaat, nasi beriani 5 periuk (3 jenis) habis dijual. (nantilah ida buat satu entri pasal ni yea.hehe)

Tuesday, November 29, 2011

HARI TERAKHIR DI HATYAI....

Hari ketiga (Khamis, 13 Oct 2011) - sepatutnya kami nak ke pasar terapung. tapi setelah risik2 dr pihak hotel, nampaknya hajat ida tak kesampaian sebab pasar terapung tu cuma ada pada hujung minggu sahaja, sedangkan ida berada di sana pada hari2 bekerja.

Begitu jugak dengan plan ida nak melawat ice world. Pun tak kesampaian. Sepatutnya malam semalam tu kami ke sana. Tapi entah macamana kami tak jumpa cari / sesat. Silap ida jugak sebab tak rujuk en gugel dulu. Harapkan suami aje bertanyakan pihak hotel aje. Lepas tu pergi tanya pulak penduduk tempatan kat tengah2 perjalanan. Lintang pukang perjalanan kami jadinya. Sekejap terus, sekejap u turn. Sekejap terus semula. Ish.. frust jugak rasanya tp nak buat macamana, tanya punya tanya, jam pun dah dekat pukul 10.00. Akhirnya kami cancel aje sebab ice world tu katanya tutup pukul 11.00. 1 jam tak berbaloi nak jalan2 dalam tu.

So hari terakhir kami, kami penuhkan dengan shopping ajelah. Mama berkenan dengan kasut 'dortmuend' yang ida beli semalam kat central. So kami pergi beli lagi sepasang. Dan lepas tu ida pulak sangkut dengan sepasang lagi kasut.

So meh kita tengok gambar sambil layan citer sikit2 yea...

- ini pinggan ida sewaktu breakfast... mmg boleh kenyang sampai kul 3 petang.. hehe...

- anak dara ida sibuk main game... makannya sikit aje...

- kat belakang tu.. pelawat2 dr mesia baru sampai nak check in. 4 buah bas dengarnya...







- tunggu lif, dh ready nak jalan2 kat bawah...

- kedai kasut ni kat bawah hotel aje...

- budak kecik ni mmg suka sgt dengan kasut...

- tuan rumah mmg suka posing... hehe... tp topi ni mahal jugak.. dlm RM40.00, posing aje yea..

ida dgn mama tercinta... masa ni kat dlm central dah..(lintas jalan aje drpd hotel)

- amira menangis... ada yg tak kena tu...

- dia dah start men-try kasut2....

- amira dengan zety (antara fan DCT), ida terserempak dgn zety sewaktu tunggu lif kat hotel. Rupanya dia antara rombongan yg baru tiba pagi tadi.
Disebabkan dia jln sorang2, dia join ida sekali jalan2 kat bawah tu...

- dah selesai kat central, kami jalan2 kat sekitarnya sekejap...
udang yg besar kat tepi tu harganya RM10.00 seekor.
Yg kecik sikit kt tengah tu dlm RM5.00 seekor.
(survey harga sahaja)

- mama dgn anak kesayangannya...hehe..

- mama singgah beli durian dgn pulut. Kalau nak bawak balik hotel kena hati2 sikit.
Klu pihak hotel jumpa biji durian kat dlm bilik kita nanti kena denda RM200.00.


- lepas tu singgah beli air kelapa muda.


-sebelum balik bilik, ida belikan amira ice cream cone dr Mekdi...

- tgklah gaya anak ida tu... siap lambai2 kat orang, mcmlah semua org kenal dia.. haha..

- jalan pulak tak nak org pegang tangan dia... nak jalan sendiri....


- tunggu lif nak naik ke bilik hotel...

- comotnya anak mama ni...

- check out time!!! hahaha... boleh tahan barang2 kami..

- kami check out agak lewat jugak.. dlm pukul 3 petang..
tp xde extra caj ye sebab regular customer.. hehe..

- sementara tunggu abahnya settle bill, amira sempat aje main ipad...


- singgah beli pulut ayam goreng yg dimakan bersama bawang goreng.
ida suka bau bawang goreng dia..

- disebabkan kali ni banyak kali makan kat sini, pekerja kat sini pun dh kenal kami..


- bergambar kenangan pulak dengan anak2 diorang.. hehe..


- ini kedai wajib kalau datang hatyai.
Kat kedai inilah kami beli kebanyakan peralatan utk restoran.
Contohnya: pinggan melamine superware, periuk stainless steel zebra,
sudu garfu, senduk zebra, buffet set zebra dan lain2 lagi...



Dah selesai semuanya.. kami pun berangkat pulang....
SELAMAT TINGGAL HATYAI... lain kali kami datang lagi yea....