Sunday, August 30, 2009

LENTERA AIDILFITRI...

Pada 13 Ogos yang lalu, aku sempat ke rakaman Lentera Aidilfitri oleh Siti di Astro. Kelasku berakhir jam 5.00 petang pada setiap hari Khamis. Tapi aku pulang agak awal pd hari tu sebab takut tak sempat. Hajatnya nak drive sendiri aje, walaupun aku sebenarnya tak pernah sampai ke Astro. Jadi ingat nak keluar awal sikit supaya ada masa sekiranya sesat atau tersalah masuk jalan. Tapi tak sangka juga, suamiku volunteer untuk hantarku ke Astro... hehe.. bagus jugak. Thanks darling.

- Tini, Azwan, Arieda, Ida


Lebih kurang jam 6.30 ptg, aku tiba di Astro. Di sini aku bertemu dengan Sitizoner lain yg telah tiba lebih awal. Arieda, Cteey Yanti, Tini, Azwan, Kak Lon, Kak Fiezz, Samad. Terdapat juga rakan2 SZ yg baru kukenali pada hari tu. Te-Are Diamond, Fizz dan ramai lagi. Makan malam disediakan oleh Astro sebelum mula rakaman. Rakaman bermula agak lewat, rasanya lebih kurang pukul 9.00mlm.

- sebelum masuk ke studio rakaman...
tuanpunya hati, arieda, kak fiezz, te-are diamond, cteey yanti

Nurul , teman SZ yg juga teman blog, tiba agak lewat bersama Lia

Mulanya aku duduk di meja barisan kedua bersama Kak Lon dan Kak Fiezz, tp kemudiannya producernya, Datin Zaiton, telah minta aku dan Lia pindah ke meja di barisan depan bersama tetamu jemputan Siti yg lain. Alhamdulillah, aku gembira sekali sebab pandanganku begitu jelas. Dekat aje dgn Siti. Bila dah duduk depan, apalagi aku pun mulalah sibuk dgn kerjaku, klik2 dan record sebanyak yg mungkin.

Kak Fiezz dan Kak Lon
- di meja pertama...

Gembiranya rasa hati sebab aku agak lama juga tidak bertemu Siti. Last sekali jumpa Siti waktu Sirah Junjungan di Istana Budaya pd bulan Mac. Siti kelihatan semakin cantik dan semakin slim. Vokalnya tak usah cakaplah, mmg superb. Siti menjemput Faizal Tahir dan Saiful Apek sebagai artis jemputan. Saiful Apek ni memang lawaklah.. tak kering gusi kami dibuatnya.



Siti juga berduet dgn Faizal Tahir dengan lagu Lucky, Mahakarya Cinta dan Dialah Dihati. Gandingan yg mantap sekali. Memang best! Mereka bertiga jua duet bersama2 melalui lagu Suratan atau Kebetulan yg dipopularkan oleh Kenny, Remy dan Martin, suatu ketika dulu.
Lagu raya cuma satu saja, didendangkan secara trio, yg dipopularkan oleh DJ Dave.










Bila dh selesai rakaman, seperti biasa Siti akan diserbu oleh peminat2nya untuk bergambar.
Aku juga sempat bergambar berdua dgn Siti. Cumanya gambarnya kurang memuaskan. Tapi takpelah.. aku pasrah. Tapi hati tetap girang bila Siti tak lupakan aku dan suamiku. Dua kali Siti cakap kirim salam kat suamiku... hehe.. Siti mmg ingat kat suamiku tu, maklumlah pertemuan aku dan Siti di Wisma Lensa, suamiku pun ada sekali.


- terima kasih byk2 buat arieda sebab tolong klik dr cameramu.
kalau tak.. takdelah pic yg jelas ni. thanks dear.

Sebelum kuakhiri entry kali ini, kuhadiahkan buat anda semua yg meminati Siti... beberapa rakaman termasuk rakaman duet Siti bersama Faizal Tahir hasil rakaman drpd hpku... layan yea...


















Friday, August 28, 2009

KEHILANGAN...

26 Aug 2009

Seperti biasa rutin harianku. Masuk kelas pukul 9.00 pagi (tapi aku selalu terlewat tiba ke kelas.. hehe) sehingga pukul 3.00 petang, kelas TGlah. Pukul 3.00 - 6.00 petang kelas bahasa perancis. Sebenarnya kelas bhs perancis ni bermula pada jam 4.00 ptg - 7.00 mlm. Tapi sekarang diawalkan 1 jam kerana memberi ruang kepada muslims utk berbuka puasa.

Sebenarnya hari ni kami dapat tempahan katering drpd KDN, Putrajaya sebanyak 480 bungkus Nasi beriani al-bukhari lengkap dgn air mineral, buah kurma dan kuih karipap. Jadi pada setiap waktu break yg diberi selama 10 -15 minit, aku sibuklah call sana dan sini utk pastikan tempahan itu disiapkan oleh restaurant crews seperti yg dijadualkan.

Jadi sewaktu break lebih kurang pukul 5.00 , sewaktu nak ke ladies room, aku dpt call dr suamiku. Jadinya lepas tu terus ke ladies room. Dan atas kelalaianku juga.. aku telah tertinggal hp nokia 6300 ku yg dh 5 tahun berjasa utkku itu kat dlm bilik kecik tu..

Lepas 5 minit, setelah kusedar... hpku itu dah lesap. Dah diambil orang. Tak lain tak bukan student kat kolej tu jugak.. Itu yg buat aku ralat tu. Kolej takdelah besar sangat, kelas pun takdelah banyak sangat. Semuanya bergelar pelajar. Dahlah tu, bakal mewakili negara utk memperkenalkan M'sia, tapi tidak mempunyai sifat2 yg sepatutnya jadi contoh teladan pada org luar yg dtg melancong. Tapi itulah resam dunia. Hp tu pulak bukannya hp canggih dan mahal. Tp masih org terliur jugak nak ambil. Tp aku percaya, org yg ambil hp tu akan berdepan dgn kehilangan yg lebih besar di masa akan datang. Bukan doaku.. tp itulah selalunya yang terjadi...

Dan aku oleh kerana setiap hari ada kelas dan berakhir selepas waktu pejabat dah tutup, maka tak sempatlah lagi nak pergi Celcom utk ambil sim kad ganti. Dahlah talian Celcom tu yg jadi main line. Tp nak buat mcmn.... nasib le..

- kenanganku bersama hp nokia 6300 ku.. huhu..


Tuesday, August 25, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN KE-3 BUAT SITI DAN SUAMI...


SELAMAT ULANGTAHUN KE -3 BUAT SITI DAN SUAMI - 21 OGOS 2009

Semoga rumahtangga yg dibina sentiasa bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat...

Amin.

Dibawah ni petikan daripada akhbar tempatan yg ku copy n paste drpd blog Eternity... hehe.

TQ Arieda.


RUMAH agam yang terletak di Bukit Antarabangsa di Hulu Klang, pada Jumaat lalu agak meriah berbanding hari biasa. Malah dari jauh lagi sudah kedengaran bacaan ayat-ayat suci memuji kebesaran Ilahi menandakan ada acara sedang berlangsung malam itu.Di sebalik telekung yang dipakai, seraut wajah jelita begitu khusyuk mengaminkan doa, menadah tangan memohon supaya rumah tangga yang dibina selama tiga tahun itu berkekalan hingga ke akhir hayat. Begitu juga dengan si suami.Sambil bibir melafazkan kalimah suci, hati turut mengharapkan moga kehadiran Ramadan kali ini yang kebetulan jatuh pada hari yang sama membawa keberkatan dalam ikatan perkahwinan mereka yang mereka bina.

Saban tahun, pasangan suami isteri terkenal, Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa tidak pernah lupa menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.Selama dua tahun berturut-turut mereka meraikannya di sebuah hotel, tetapi untuk kali ini mereka lebih senang menyambut acara penuh makna itu di kediaman sendiri.


“Kebetulan tahun ini hari ulang tahun perkahwinan jatuh pada malam 1 Ramadan, jadi kami gunakan peluang itu untuk meraikannya dengan mengadakan kenduri doa selamat serta solat Tarawih berjemaah.“Sebelum ini pun memang setiap Jumaat, kami mengundang imam untuk bersolat secara jemaah dan selepas itu kami adakan majlis tazkirah.Kami bersyukur kerana ulang tahun perkahwinan kami jatuh pada malam 1 Ramadan dan moga kehadiran Ramadan kali ini membawa keberkatan dalam hubungan kami dan berkekalan hingga ke akhir hayat,” kata Siti dengan Khalid di sisinya.






Tidak dinafikan sepanjang melayari kehidupan alam rumah tangga, banyak dugaan dan fitnah mereka tempuhi. Walaupun ada ketikanya amat menyakitkan, namun, dengan status selebriti yang melingkari hidup mereka, buruk atau baik terpaksalah ditelan. Sebagai suami, Khalid terpaksa menerima tempiasnya.“Saya boleh terima gosip semuanya kerana Siti. Dia begitu tabah menghadapi apa juga gosip tanpa perlu ada rasa tekanan, tak mudah melatah dan dia bijak mengendalikan apa juga situasi yang datang.
“Apa yang boleh saya katakan, Siti walau sibuk macam mana pun dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik. Panggilan telefon atau SMS adalah pengikat kasih sayang jika kami sibuk dengan tugasan masing-masing.“Kalau nak kata cemburu, saya rasa tidak juga kerana setakat ini, saya masih dapat membezakan antara peminat Siti yang betul-betul meminatinya kerana bakat dan mereka yang mempunyai niat tidak baik terhadap Siti,” jelas Khalid yang ramah melayan media yang hadir malam itu.



Menyelami hati lelaki Khalid, secara jujur, beliau mengatakan cukup bahagia menjadi suami kepada penyanyi nombor satu negara itu.“Tiga tahun sebagai suami isteri, saya akui hidup saya indah sekali. Dia sangat baik dan ada ketika kami berkongsi naluri yang sama. Kadang-kadang apabila tergerak hati hendak telefon atau mengirimkan SMS kepadanya, rupa-rupanya dia juga mempunyai niat yang sama.“Saya harap biarlah perkahwinan ini kekal hingga ke alam syurga, kasih sayang semakin menebal dan keluarga kami juga semakin bertambah,” kata Khalid sambil memeluk erat Siti.Terpancar rona bahagia di wajah pasangan ini kala sesi temu bual dilangsungkan.

Malah, apa juga soalan yang diajukan kedua-duanya sudi menjawabnya dengan senang hati.Ditanya apakah hadiah yang diberikan arjuna hati bersempena ulang tahun perkahwinan mereka itu, Siti berkata, tidak ada apa yang lebih berharga selain kasih sayang yang diberikan Khalid selama ini.

“Tak minta lagi (sambil ketawa). Bagi Siti, tidak ada yang Siti mahukan kerana Siti sudah milikki segalanya. Siti hanya mahukan kasih sayang ini berkekalan sampai bila-bila serta dapat menguruskan Yayasan Nur Jiwa yang kami tubuhkan bersama dengan baik.“Mungkin Siti mahu bercuti bersama suami ke tempat yang Siti memang teringin hendak pergi seperti Switzerland, Rom atau Maldives. Bukan sekarang tapi mungkin hujung tahun, insyaAllah,” jelas Siti yang bakal muncul dengan album kerohanian berjudul Tahajud Cinta tidak lama lagi.

BIARPUN sudah menunaikan umrah ketika Nisfu Syaaban yang lalu bersama anak lelakinya, namun Khalid masih ingin menziarah kota suci Makkah sekali lagi pada Ramadan ini. Kali ini pemergiannya ditemani Siti dan juga seorang kawan.“Insya-Allah, kalau ada rezeki saya memang mahu mengerjakan umrah sekali lagi bersama Siti. Mungkin pemergian ini nanti pada minggu akhir Ramadan kerana kami ingin mengejar keberkatan malam-malam terakhir bulan puasa di sana.
“Walaupun menunaikan umrah pada Ramadan agak mencabar kerana selain terdapat manusia yang ramai dan harga hotel yang agak mahal serta bilangannya terhad tapi kami tetap akan berusaha untuk ke sana. Sekarang saya sudah pun menghantar permohonan visa dan jika lulus saja, InsyaAllah saya akan berangkat ke sana bersama Siti dan seorang kawan,” cerita Khalid.
Mengenai sambutan 1 Syawal, Siti berkata dia akan pulang ke kampung halamannya di Kuala Lipis terlebih dulu sebaik saja pulang dari menunaikan umrah.“Memandangkan ini adalah kali pertama kami merayakan Aidilfitri tanpa abah, jadi kami adik-beradik berpakat untuk berkumpul di Kuala Lipis.Selepas itu barulah kami semua pulang ke rumah mentua masing-masing atau ke rumah sendiri,” kata Siti yang mempunyai tiga program raya tahun ini.


-------------------------------------------------------------------------






Tanggal 21 Ogos hadir lagi. Tarikh keramat dalam hidup seorang diva negara. Tiga tahun lalu, ia menjadi detik penamat segala spekulasi paling hangat dalam sejarah industri hiburan tanah air apabila Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sah memilih Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sebagai lelaki yang bertakhta dalam hatinya.

Begitu pantas masa berlalu, tiga hari lalu Siti, 30, bersama suaminya meraikan kembali detik bersejarah itu. Saat gemilang menyatukan dua jiwa.Berbanding tahun-tahun sebelumnya, tanggal 21 Ogos tahun ini ternyata lebih bermakna buat penyanyi kelahiran Kampung Awah, Temerloh itu.

Jika tahun pertama ulang tahun perkahwinan mereka diraikan dengan pelbagai persembahan di sebuah hotel, tahun kedua disambut dengan majlis doa selamat di rumah, malam Sabtu lalu ulang tahun ketiga menyaksikan pasangan itu mengambil keberkatan Ramadan dengan mengadakan majlis sembahyang Tarawih di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa.
"Kebetulan kali ini tarikh ulang tahun perkahwinan kami jatuh pada malam 1 Ramadan sebab itu kami adakan majlis doa selamat dan disekalikan dengan sembahyang Tarawih."Kali ini memang Siti rasa ulang tahun kami lebih istimewa kerana kami dapat meraikan dan mendapatkan keberkatan bulan Ramadan," ungkap Siti mengenai majlis malam itu yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.
Mengenakan persalinan baju kurung moden rona hitam putih, Siti memberitahu, beliau berharap keberkatan Ramadan akan menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangganya dengan suami tercinta."Sudah tentunya banyak perkara yang Siti harapkan daripada keberkatan Ramadan ini. Siti mendoakan agar kebahagiaan rumah tangga kami bertambah-tambah. Macam suami cakap biar sampai akhir hayat, biar sampai ke alam syurga."Kedua, Siti memohon agar rezeki yang lebih murah untuk keluarga kami dan ketiga sudah tentunya Siti mendoakan juga kehadiran cahaya mata sebagai penyeri kehidupan bersama suami," ujar Siti jujur.

SITI dan Khalid melihat jambangan bunga yang diterima sempena ulang tahun ketiga perkahwinan mereka.Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti menjelang Aidilfitri, Siti turut mengakui rahmat Ramadan juga tidak mahu dilepaskan dengan memperbanyakkan amalan kebajikan melalui Yayasan Nurjiwa.Sibuk melayan lebih 200 tetamu yang hadir pada majlis doa selamat dan solat Tarawih di kediaman mereka, Khalid yang kemudian duduk di sebelah Siti menambah : "Tiga tahun berlalu dengan begitu cepat. Pejam celik, pejam celik sudah tiga tahun. Saya rasa seperti baru semalam kami berkahwin," gurau Khalid, 50.

Tambah lelaki yang terkenal dengan panggilan Datuk K, beliau telah melalui hari-hari yang sangat membahagiakan sejak menyunting Siti sebagai suri dalam hidupnya."Kehidupan saya dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang."Syukur di atas kehidupan indah ini. Ia satu anugerah daripada Allah buat saya. Saya berdoa agar kehidupan kami akan terus dan bertambah bahagia."Tidak ketinggalan sudah tentu kami mengharapkan Siti akan dapat menimang seorang cahaya mata."
SITI bahagia di sisi suami tercinta biarpun dalam tempoh tiga tahun pelbagai ujian perlu ditempuhi mereka.Mengenang kembali perjalanan mahligai cinti yang dibina selama tiga tahun itu sambil senyuman tidak pernah lekang di wajahnya, Siti mengakui dalam tempoh tersebut memang bukan sedikit ujian dan liku-liku dugaan yang cuba menggegarkan hubungan mereka suami isteri.Sudah menjadi resam dunia glamor, gosip dan kontroversi memang tidak pernah lekang dalam kehidupan selebriti apatah lagi penyanyi nombor satu negara seperti Siti.

"Macam-macam khabar angin dan gosip yang disebarkan, entahlah Siti tunggu juga apa pula gosip selepas ini. Tetapi hakikat, gosip seperti itu jugalah yang merapatkan lagi hubungan kami," luah Siti.Sepanjang tempoh tiga tahun ini, antara gosip yang pernah difitnah kepada pasangan itu termasuklah Siti pernah dipukul Khalid, selain ahli perniagaan itu dikatakan memadukan Siti apabila mendiri rumah tangga dengan seorang pramugari."Saya bersyukur Siti tidak melatah dan tidak stres dengan satu demi satu gosip yang difitnah ke atas kami. Sebaliknya, kadang-kadang saya yang jadi tertekan.
"Tetapi Siti pandai menuetralkan gosip. Ikutkan hati memang tidak mahu layan, tetapi bila orang bertanya kita terpaksa jawab. Harapnya tidak adalah lagi fitnah selepas ini," pinta Khalid yang selalu diusik sebagai lelaki bermisai tebal.



IBU Khalid, Siti Zainab Hanafi (dua dari kanan) dan ibu Siti, Siti Salmah Bachik turut hadir pada majlis ulang tahun ketiga Siti dan suaminya di Bukit Antarabangsa.
Ditanya tentang resipi kebahagiaan rumah tangga mereka yang mungkin boleh menjadi panduan masyarakat di luar, Siti tidak berahsia bahawa dalam alam perkahwinan perlu ada tolak ansur.
"Sebenarnya ada pasangan artis lain yang bertahan lebih lama dan boleh dijadikan rujukan."Tetapi kalau bagi Siti sendiri, yang penting dalam alam rumah tangga kita perlu terima setiap pasangan kita seadanya. Kita perlu terima baik buruk dia, barulah kita jadi seorang isteri yang bersyukur," kongsi penyanyi yang popular dengan lagu seperti Di Taman Teman dan Di Kayangan Kita.






SITI dan Khalid memotong pulut kuning sambil diperhatikan oleh ahli keluarga mereka.Mencelah jawapan isterinya, Khalid memberitahu, beliau belajar untuk menyesuaikan diri dengan perasaan bahawa Siti adalah milik masyarakat."Lelaki biasanya ada perasan possesive (memiliki dan cemburu). Menjadi suami kepada Siti Nurhaliza, saya belajar untuk menerima hakikat Siti adalah penyanyi kesayangan masyarakat."Namun, yang penting membuatkan hubungan kami terus kekal bahagia, Siti tidak lupakan suaminya. Dia (Siti) hanya memikirkan saya difikirannya setiap masa," luah Khalid.



Dipuji begitu Siti mengakui dalam kesibukan kerjaya masing-masing, mereka tidak pernah lupa saling berhubung.SITI (tiga dari kiri) berpelukan dengan jemaah wanita selepas sembahyang Isyak dan Tarawih di kediamannya di Bukit Antarabangsa.Itu menjadi tanda mereka sentiasamengingati dan mengambil berat."Ada masanya belum Siti telefon suami, dia (Khalid) sudah telefon terlebih dahulu. Siti akan bagi tahu yang Siti baru hendak telefon dia."Mungkin sudah naluri suami isteri, masing-masing tidak pernah putus berhenti saling mengingati," ungkap Siti lagi.Ramadan ini selain ke Melbourne, Australia menghantar anak ketiga Khalid, Mohd. Ashraf menyambung pengajian di sana, pasangan itu juga dijangka menunaikan umrah bersama di Tanah Suci.

Sunday, August 23, 2009

DILANDA VIRUS...

Bunyi macam serius aje kan.. dahlah sekarang musim virus H1N1.. hehe

Sebenarnya.. laptop Acerku yg dilanda virus, bukannya tuanpunya hati ni... hehe, terpaksa reformat semula. Laptop cuma 1 aje. Jadi terpaksalah pasrah dengan keadaan tanpa internet buat sementara waktu. Ishk.. memang resah gelisahlah tanpa internet ni.. mcm orang hilang anak.. begitu kuat penangan tenet ni yea.. alahai...
(kalau digagahkan.. boleh jugak lagi.. tp sekejap2 nanti laptop ni hang, pastu dia auto shutdown.
then restart again and again..)

Jadi kawan2 semua... minta maaflah kalau lama menyepi yea. Walau byk benda yg nak dicerita.. terpaksalah peram dulu, walau terpaksa merindu pada blog-blog kalian, terpaksalah tahan dulu.. hehe...

RAMADHAN AL-MUBHARAK... SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA....

maaf kalau ada salah dan silap selama ini..............

Sunday, August 16, 2009

MASIH DI DISNEYLAND...

29 Jun 2009

Sambung semula kisah kami di DL... ( bila nak habis daa...)

Usai makan, hari hujan, tp rintik2. Tentunya tidak memberi kesan pada semua game yg ada.

Kami terus menghala ke Adventure Land. Masuk aje kawasan ni.. terasa seperti berada di taman hutan yg indah. Panorama kehijauannya memang terasa. Kat sini ada 4 perkara yg menarik.
1. menaiki bot mengelilingi sungai sambil dihiburkan dgn haiwan2 yg berada di tepi sungai.
2. menaiki rakit besar utk ke pulau Tarzan
3. Explore rumah tarzan yg berada di pulau tarzan
4. tarzan show



Jadi kami pun beraturlah utk menaiki bot mengelilingi sungai tu. Yg ni sebenarnya kami dh tau mcmn sebab kami pernah tengok rancangan Astro mari melawat HK yg dihoskan oleh Farah AF.


Itulah rupa bot yg akan kami naiki. Sebelum tu, aku sempat bergambar dgn amoi yg jd assistant kat sana. Yang melambai kat belakang tu, host of the boat. Dia nilah yg akan bercerita dan berlakon dgn suara2 yg pelbagai bagi menghidupkan suasana adventure kami sepanjang kami berada di atas bot tersebut.

Inilah rupa rakit yg akan membawa kami ke pulau Tarzan. Rasanya 100 orang boleh masuk sekali kot.. sebab rakitnya besar sgt.

Yang ini pula rumah tarzan yg berada di pulaunya. Kami pergi selepas selesai mengelilingi sungai. Tp gambar ini semua diambil sewaktu kami berada di atas bot.

Kat bawah ni antara haiwan2 yg menunggu kami di sepanjang sungai tersebut. Tengok daripada gambarnya, macam real kan. Sebenarnya palsu belaka. It's all dummy. Ada buaya, badak sumbu, gajah, zirafah, zebra. Orang utan pun ada selain drpd puak asli hutan. Semuanya ada action effect bila lalu kat satu2 kawasan tu.






Yang paling real.. yg nilah.. api ni memang the real one. Terasa bahang kepanasannya dari atas bot. Pandai diorang buat semua ni.


Bila dah selesai, aku sempat pula bergambar bila dah melangkah keluar dari bot. Kemudian kami berakit utk ke Pulau Tarzan dan explore sekali. This is also man-made, but look like a real one also.

Layanlah klik2 kami kat bawah ni yea... hehe...





Selesai kat sana.. kami pun bergegas pula ke Tomorrow Land (TL). Kat sini berderet-deret beratur. Aku sempat main 2 game aje kat sini. Tapi space mountain tu bestlah pulak, so aku ride sampai 3 kali. Kali pertama memang cuak jugak.. hehe.. Waktu ni suamiku dah duduk minum kopi kat cafe. Aku mcm biasalah... teruja tak abis.. hahaha.
Layan kilk2 kat sini pulak yea...






- kapalku sedondon dgn warna bajuku.. sukalah tu!

Yg ni ride kali kedua... sebab tu boleh posing tu.. sebab dah tau camera diorang kat mana.. hehe.. gambar ni pun ku recapture drpd hasil diorang. So tak perlulah ku nak beli drpd diorang.. mahal! .. hehe.. pandai tak ...



Waktu penutup, diorang ada pertunjukan bunga api dekat cinderella's casstle, tp kami tak sempat nak ke sana. Jadi kami enjoy kat TL aje. Bila dh selesai barulah kami ke sana.

Sewaktu menyusuri jalan ke pintu keluar, kami begitu santai bersiar-siar menikmati saat-saat akhir berada di DL, sambil menghirup udara segar, menjamu mata dengan keindahan lampu pelbagai warna dan sinar. Kami juga sempat singgah di kedai cenderamata. Begitu ramai pengunjung memilih barang2 di situ, seolah2 semua tu murah giler, takde murahnya banding dgn RM kita.



Aku enjoy klik2 dan sempat juga posing kat dalam kedai tu. Nak beli rasa mcm mahal sangat so.. ambik gambar ajelah ... hehe..


- beg lilo ni harganya RM 300.00. Takkan nak beli kot... posing ajelah yea.. hehe


- ni gambar air pancut yg telah kuambil gambarnya waktu tiba petang tadi (entri terdahulu). Tp bila malamnya lampu telah bertukar warna, jd itulah hasilnya.. hehe.. biru, merah, putih n pink...

Maka selesai sudah catatan perjalanan ku di DL pada hari ke lapan kami di HK. Tp sementara tunggu train datang.. suamiku tak abis2 lagi jadi jurufoto... layan!