Nampaknya catatan daripada hati ida ni makin banyak yang tertangguh. Sekarang dah nak masuk bulan Disember, tp kisah bulan Nov belum selesai lagi. Tp ida nak kisahkan jugak sebab blog ini mmg macam diari ida pun.. hehe.
18 hb Nov 2010
Hari raya Haji tahun ni ida tak balik kampung. Tp sebenarnya mmg raya haji ida jarang balik kampung. Selalunya beraya di KL aje. Tahun ni ida dan suami terlibat dgn program Qurban yang dianjurkan oleh Jamiyah di perkampungan orang asli yg terletak di Batang Kali. Pihak Jamiyah minta tolong kami masakkan hidangan untuk dijamu kepada penduduk kampung orang asli.
Jadi kami bawak tukang masak restoran kami, Uncle Latif utk masak 5 periuk nasi beriani bukhari daging, 2 periuk daging masala dan 1 periuk besar sup tulang. Anggaran untuk 500 orang makan.
3 ekor lembu telah selamat disembelih sewaktu kami tiba. Ahli2 Jamiyah bergotong royong melapah dan memotong daging. Sebahagian daging diagih-agihkan kepada penduduk kampung. Dan sebahagiannya dimasak. Tulangnya dibuat sup, manakala organ dalaman dibuat kerabu.
Yang ida ni pulak bukan saje excited nak masak2 kat sini, tp excited jugak sebab first time nak klik2 guna camera baru Nikon D90 yg baru je dibeli oleh suami ida. (ida guna auto aje.. hehe)
Memasak di luar lokasi ni sebenarnya bukan mudah. Sebelum tiba hari program, kami mengadakan mesyuarat beberapa kali bagi menjamin kelancaran program. Bila nak masak banyak2 ni, perkakas memasak dan bahan2 keperluan perlulah mencukupi. Kalau ikut masa meeting, periuk dan dapur telah disediakan. Kami tak perlu bawak. Tapi suami ida ambil langkah berjaga2. Dia suruh tukang masak bawak seberapa banyak periuk dan dapur yang boleh muat dlm van (selain bahan2 memasak). So tukang masak kami bawak 12 periuk dan 5 dapur.
Dan nampaknya langkah berjaga2 suami ida tu kena pada tempatnya, sebab periuk yg disediakan tak cukup dan bersaiz kecil. Manakala dapur yg ada menggunakan low pressure regulator.
Ahli2 Jamiyah yang hadir excited nak tengok macamana kami masak nasi beriani bukhari. Ada yang siap sedia dgn pen dan kertas dan ada yang siap sedia dgn camera. Tegoklah pic kat bawah ni, siap naik atas kerusi lagi.. hehe.. semangat!!!
Sup tulang kat bawah ni kami masak guna dapur kayu. Dapur yang ada semua tengah pakai. Nanti nasi dan lauk siap dimasak, sup tulang pulak tak menjadi. Jadi ida ambil inisiatif minta tolong anak2 muda orang asli menyalakan kayu api utk dijadikan dapur. Sekejap aje, dh siap unggun apinya..
- makan time!!!
Selesai semuanya lebih kurang jam 4 petang. Walau ada beberapa kekangan, tp alhamdulillah majlis berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.