Bukan apa, ida sibuk berjualan sempena perhimpunan UMNO baru-baru ni. Kami dapat lokasi utk berjualan di antara bangunan PWTC dan Hotel Seri Pacific. Memang agak terlindung, tp tempatnya agak luas membolehkan kami menyediakan kerusi meja untuk para pelanggan makan kat sana.
Jualan bermula pada 18hb sehingga 23hb. Dua hari sebelum bemula, macam biasalah kami sibuk beli barang dan buat persiapan. Dan sempena jualan ni jugak, ida ajak mama berniaga Nasi Ayam sekali. Jadi mama dan adik2 telah datang dr Ganukiter semata2 nak buat jualan kat sini.
Hari pertama berniaga memang sepi sebab perhimpunan belum mula. Tapi hari2 berikutnya, alhamdulillah jualan kami begitu laris sekali. Ni pertama kali kami berjualan sempena perhimpunan UMNO ni. Sebelum ni mmg tak pernah. Seawal 7.00 pagi kami keluar rumah, pukul 1.00 pagi baru sampai rumah semula. Memang letih sangat.
Hari keempat berniaga, ada pulak crew media prima (tv3/tv9) datang temuramah ida. Bertanyakan mengapa harga agak mahal. Kata mereka dapat komplen dari orang ramai. Jadi ida pun explainlah lebih kurang kat diorang.
Sebenarnya harga makanan yg dijual sama aje macam kat restoran. (mmg standard harga makanan kami chenggitu sebab kami guna beras basmathi yang paling panjang). Yang kami naikkan sikit cuma harga minuman. Yelah minuman panas semuanya berharga RM 2.00. Kalau kat restoran, milo / nescafe harganya RM 1.60. Kami terpaksa menanggung kos2 lain. Kos sewa tapak yang mencecah hampir RM 20,000. Kos canopy dan kerusi meja. Gaji dan upah pekerja. Parking pun mahal giler. Nak turun barang pun bukan main susah lagi. DBKL tak nak bagi can langsung, asyik nak menyaman aje. So berdasarkan faktor2 tersebut, terpaksalah kami meletakkan harga yang sedemikian rupa. Kata kawan, temuramah tu ada keluar kat tv9. Tapi tak taulah keluar semua ke tak apa yg ida cakap, sebab ida tak tengok pun.
Ida pun sempat jugak jalan2 tengok booth yang ada kat dalam PWTC. Punyalah banyak booth yang menjual kain pasang, samada batik atau biasa. Murah2 pulak tu.
Selesai berjualan di sana, hari Selasa suami ida ajak mama dan abah cuti2 pulak. Ida kalau bab jenjalan ni mmg suka sangatlah. Pulak tu mmg dah agak lama jugak tak ke sana. Mmg rindu sangat nak ke sana. So hari Isnin, ida buatkan passport abah dulu.