Thursday, December 22, 2011

MI UDANG

Sedap rupanya mi udang ni yea. Patutlah suami beriya2 nak bawak ida makan mi udang ni. Konsepnya bagus sebab udang kena beli. Berapa banyak mahu letak semuanya terpulang pada kita. Jadi for sure customer tak boleh komplen pasal udang.

Ida dapat rasa mi udang ni time balik dr Hatyai tempohari. Singgah kat Sg Dua, Penang.






- kami beli 13 ekor aje. lebih kurang 3 ekor soranglah. seekor lagi utk amira.


- beli sotong jugak utk dibuat sotong celup tepung.

- inilah mi udangnya. sedap!

Untuk amira, ida request buat mi udang yang tak pedas langsung. Kalau pedas sikit nanti dia menjerit. Sebelum ni amira mmg tak suka sgt dgn udang. Tapi kali ni amira pandai pulak makan udangnya. kita layan gambar amira yang banyak ni yea. Abahnya yg tukang tembak.. hehe..

















Alhamdulillah, kenyang dan sedap. puashati.


Sunday, December 11, 2011

OMBAK RINDU

Salam rindu....

Hari Sabtu, (10Dec) ida tengok wayang citer Ombak Rindu kat KLCC. Memang lama sangat dah tak tengok citer melayu kat cinema. Tapi Ombak Rindu punya pasal, ida memang dah pasang hajat awal2 nak tengok citer ni kat panggung. Sebab dah baca novelnya dan sebab pelakon-pelakonnya pun mantap.

Sebenarnya hampir jugak tak dapat tengok semalam sebab tiket pukul 2 dah totally sold out. Bertolak dari rumah pun dah pukul 1 lebih. Terpaksalah jumpa manager dan alhamdulillah dapat jugak masuk yang pukul 2 tu.

Dan ternyata pilihan ida ni memang tak rugi. Memang puashati. Memang touching. Ida pulak memang jenis mudah nanges, awal-awal lagi ida dah tersedu. Maka berjuraianlah air mata ida sepanjang filem tu. (Rasanya dah lama tak nanges chenggitu time tengok wayang)

So bagi ida, filem ni berjaya menambat hati ida. Tak tahulah orang lain. Amira pun sporting, dia tahu mama dia nak feeling.. hehe.. Beriya jugak dia tengok awal2 tu.. tp setengah jam sebelum citer habis, dia dah tertido.

Masa keluar, kami keluar ikut entrance depan. Pergh... punyalah ramai orang kat depan tu, nak jalan pun susah. Sempat jugak ida jeling2 tiket kat tangan orang ramai tu. Dan ternyata semuanya tengah tunggu nak masuk tengok citer Ombak Rindu.

- ombak rindu di pantai dungun... hehe...


- gambar sekadar hiasan.. hehe... amira di masjid negara. Sebenarnya sejak Julai 2011, kami berniaga nasi beriani kat dlm kawasan masjid negara pd setiap jumaat. So gambar ni diambil pada salah satu hari jumaat yg telah berlalu sewaktu baru nak setting. Alhamdulillah setiap jumaat, nasi beriani 5 periuk (3 jenis) habis dijual. (nantilah ida buat satu entri pasal ni yea.hehe)