Banyak betul yg perlu diuruskan sebelum cuti raya. Buat biskut raya pun sempat 4 jenis sahaja. Suamiku pulak tetiba datang idea nak buat jualan nasi beriani kat depan restoran (caw. masjid india). Mana taknya, org ramai dtg ke bazar ramadhan ni berpusu-pusu, tak henti2, 24 jam, riuh rendah kawasan ni. Lepas tu customer pulak lapar, nak bersahur nasi. Jadinya aku sempat jugaklah menikmati suasana lelong di kaw. masjid india sehari sebelum aku balik kampung.
Artis Sarah Raisuddin pun singgah makan nasi beriani kami. Seronok betul buat jualan seperti ini. Mula jam 12.30 pagi, alhamdulillah pukul 3.00 pagi nasi beriani seperiuk besar telah habis dijual.
Esoknya, Sabtu, 19 Sep 2009, aku bertolak ke kampung halamanku Dungun, Terengganu pada jam 11.00 pagi. Adikku hadi pun ikut kami sekali. Singgah kat rumah tailor ambik baju yg hanya siap sepasang shj kat Taman Sri Gombak. Mmg dh tau siap sepasang aje. Sebab tu ku dah beli 3 helai baju FYI kat Sogo sebelum tu.
Bila tiba kat Kijal, jalan jam dekat 1/2 jam jugak. Ingatkan kenapa, rupanya sebab byk sangat kereta berhenti utk beli lemang Kijal. Kami pun turut berhenti sama. Hajatnya nak belilah sikit utk buat balik Dungun. Tp hajat terpaksa dibatalkan bila kami kena tunggu 2 jam utk dapatkan lemang. Jenuh nak tunggu 2 jam. Takpelah, tak makan lemang pun takpelah.
Alhamdulillah selamat tiba kat Dungun lebih kurang pukul 5.00 lebih. Tiba kat rumah, adikku Shah tengah sibuk mengecat rumah dgn adik2 yg lain, Faris dan Adik Zul. Apalagi terus Hadi pun ambik bahagian jugak membantu lepas tu.
Mama masih berniaga pasar malam, hari ni. Jadi aku yg mmg dh lama tak ke pasar malam Dungun, apalagi.. begitu teruja nak ke sana. Kami semua berbuka kat gerai mama pada hari terakhir puasa ni. Solehin pun ada. Tp sebab Solehin tak puasa, aku suapkan nasi kat dia dulu. Dapatlah aku beli ayam percik, kuih belimbing, apam balik, coconut shake, air tebu, kuih bunga.. ishk , banyak betul belanja. Hahaha..
Shah telah mencadangkan sate utk hidangan 1 syawal. Jadi mlm tu, aku mula potong ayam sorang2. Orang lain semua sibuk berkemas, ada yg pasang langsir, ada yg mengemop. Kemudian bila mama dh balik dr kedainya, barulah aku gaulkan isi2 ayam yg dah dipotong tadi dgn bahan2 sate. Dh selesai buat tu, aku cucuk sate pulak. Lenguh jugaklah belakang aku, tercongok cucuk sate sorang2. Mama sibuk buat nasi himpit dan kuah kacang. Tapi time ni semua takde klik2 sebab aku bz buat kerja.. hehe. Yang ada cuma gambar diorang tengah bakar sate. Pukul 5.30 pagi, Shah mula bakar sate.
Aku lepas dapat rasa sate pertama, terus zzz dah. Mataku dah tak larat dah nak tunggu diorang. Begitulah cerita satu hari satu malam, menjelang 1 syawal.....