Sunday, January 23, 2011

BLOG YG DIRINDU...

SALAM CERIA BUAT SEMUA.

Alahai... kesian pulak kat blog hati ni. Berapa kali dah buat draft tp tak terupdate jugak. Tp hari ni nekad nak update jugak. Biarpun secara ringkas dan padat.. hehe.. boleh percaya ke ringkas dan padat ni..

Okey ...

1. Bermula cuti sekolah lepas, famili Dungun dh menetap di sini, di rumah ida. Bukan main seronok lagi. Bila mama dan adik2 sentiasa di sisi. Itu yang makin payah nak update blog tu. Sebab masa yg dulunya teruang telah diisi dengan telatah dan keriuhan drpd diorang ni.. hehe.

2. Pada masa yg sama, mama telah mulakan bisnes sarapan pagi nya di restoranku. Org Ganukiter kalau sarapan mmg makan nasi jugak. So sapa2 yg teringan nak makan nasi dagang ganu, nasi kerabu ganu dan nasi minyak ganu tu.. silalah dtg berkunjung yea. Setiap hari bekerja bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tgh. Tp kalau dtg pukul 10, nasi dagang dh habis, nasiblah yea. Sebab mama pun dah ada pelanggan tetap.. hehe..

3. 26 Disember 2010 - Ida dpt jemputan menghadiri majlis ulangtahun Sitizone - fan club Dato' Siti. Ida bawak adik ida , nurul, temankan ida. Jadi dapatlah nurul tu berjumpa dgn DCT sekali. Bukan main seronok dia. Terpaku dia tengok siti. Kata nurul, dlm TV nampak mcm dh berisi, rupanya kat luar , slim melim aje. Seramai 30 orang ahli SZ yg terpilih utk menghadiri majlis tersebut. Memang best sebab dapat beramah mesra dgn siti, dapat tengok siti sepuasnya dan dapat borak2 dgn siti. Ida sempat jugak bersembang dgnnya pasal anak. Maklumlah ida dan siti masing2 belum ada rezeki.. hehe.


4. 2 Jan 2011 - Ida ajak mama, Nor dan Fatin ke rakaman talkshow siti yang bertempat di Filem Negara, PJ. Suami siap tolong hantar dan jemput. Rakaman bermula pagi sampai petang merangkumi 2 sesi. Tp ida sempat join sesi pertama sahaja. Nanti bila dh ditayangkan kat Astro Ria, silalah tonton ye. Ida siap tanya soalan kat tetamu jemputan siti lagi. Nanti muka ida masuk TV lah sikit.. hehe. Sebelum ida balik, ida sempat request dgn siti utk bergambar kenangan bersama mama dan adik2. Terima kasih byk2 kat siti sebab tunaikan request ida. Seronok mama dpt bergambar dgn siti.. hehe..







5. 16 Jan 2011 - Kak NB telah meraikan majlis harijadi anak tunggalnya Qaisara. Alhamdulillah hari tu ida takde hal lain. Jadi dptlah ida dan suami hadir sama. Ida bawak mama dan adik2 sekali, penuhlah satu kereta.. hehe. Majlis berjalan dgn penuh meriah, tahniah kepada tuan rumah. Makanan pun semuanya sedap2 belaka. Kami rasa semua, serba sedikit. Yg paling klasik - Ubi kayu rebus cicah kelapa, pergh.. sedap tu.. hehe. Terima kasih byk2 kak NB atas jemputan dan layanan mesra. Terima kasih jugak pada Kak Sue, sempat reply msg ida bagi alamat rumah kak NB.. hehe. Cuma sayangnya, camera ida habis bateri, jd ida xde byk gambar. Sekeping dua aje, itupun snap dr HP aje..




Okeylah cukup dulu buat kali ini. Tak mahu tulis panjang2.. takut terbengkalai lagi... haha.
Lepas ni ida akan selalu2 update blog ye. Ringkas dan padat tp lebih kerap.. hehe.. azam tahun barulah konon.. harap2 menjadi. Dan lepas dh post, ida nak jalan2 kejap. Rindu kat blog Linda, En Me, Kak NB, Intan, Fida, Kak HLiza, Kak SMM, Zie, Fasha, Lynn, Nadiah Sidek, Ana, Lindawawa, Akak Dr., Dr. Sam, Nensa Moon, Kak Zara, dan byk lagi yg tak tersebut di sini..

Salam sayang buat semua............ jumpa lagi..

23 comments:

HLiza said...

Siti lebih cantik bila tak banyak mekap kan? Amboi seronoklah ida bila famili semua dok bersama2..banyak aktiviti tu!

idashaifini said...
This comment has been removed by a blog administrator.
idasm said...

Kak Nani, tulah pasal. mmg seronok tak terkata ni. Rumah pun dah tak sunyi dah... hahaha...

Suhana Shahril said...

amboi..bestnya dpt bergambar sebelah dato ct..jeles ana...hahaha..

secangkir madu merah said...

salam ida, seronok ya klu dapat tinggal bersama dgn mak dan adik beradik lain... hidup selalu happening je... tak sunyi, mcm2 cerita mcm2 kerenah..

sekali hapdet blog ha kao byk cerita ya....

sweetsal said...

bestnye dpt bergambar gn DCT..
teringat masa dulu2 pernah makan ubi kayu cicah gn kelapa..memang sedap tak terkata..hehe

idasm said...

Ana.. Mmg best dpt jumpa dct ni. Berapa kali pun x pernah puas.. Hehe

idasm said...

Hahaha.. Kak smm, itulah.. Skrg hidup lebih bermakna dan bahagia. Ida mmg suka sgt bila diorg kat sini. Tulah pasal kak. Riuh rendah aje kami skrg.. Hehe

idasm said...

Kak sal, apa khabar. Lama x dgr citer.. Nanti ida jguk blog akak yea..

Marzalina said...

waaa..rindu sgt2 ngan kak ida...bertambah bz la kak ida kan..

idasm said...

Intan, sejak diorang ada, hidup x pernah sepi.. Hehe.. Nk berjln pun senang, ramai tukang teman.. Hehe

Anonymous said...

salam,

blogwalking..

waaahhh dapat bergambar dgn dato ct, musti best kan ;-)

Dr Singa said...

mak aihhhhh....
peluk-peluk siti lagi tu!!!!
sah tak basuh tangan takmo hilang bau wangi puspasari eh siti..

ciK LyndaWawa said...

wah..bergambar ngan siti? best giler ah...

cantek header baru..hehe

idasm said...

tak best: tim kasih atas kunjungan. bergambar dgn ct mmg sentiasa best!! hehe...

idasm said...

akak Dr,, bukan tgn aje tak basuh. baju tu pun tak basuh... hahaha...

idasm said...

lindawawa... mmg best.. teringat2 kenangan manis. hehe.

ye ke.. sukalah kak ida ni org puji.. hihihi...

Tukang Campak said...

akhirnya...hehe lama gok aku tunggu post baru dok kuor2. Wlopon jrg komen tp baca itu mesti :P

Pahni ada 'subject' baru leh la update blog letok gambor permata hati plok...

idasm said...

zie,
hehehe.. mmg dos.. tak dok mende lain doh jd topik pah ni..

Mawar Desa said...

c0melnye ct..
hihi

Liyana said...

akak! bestnye dpt jumpe tokti! teringn sgt nk jumpe die. mest comel bangat bile tgk face to face kan.. :)
dpt jumpe NB lg. dgn qaisara yg comel tu :)

idasm said...

mas... thanks.. mas pun dh jumpa dct kan....

idasm said...

liyana, dct mmg comel sgt.

jumpa kak NB dan Qaisara pun mmg best. Kak NB tu baik sangat..