Sunday, April 5, 2009

KLIK-KLIK CYBERSHOTKU....

Bila aku dapat tahu Siti akan muncul sebagai pengkritik jemputan utk konsert AF7 minggu ini (4 April 2009), aku awal0-awal dah request dr suamiku utk tukar hari bertugas ku... hehe.. kalau dulu hari Ahad (malam) aku off duty. Tapi nampaknya lepas ni aku off duty pada hari Sabtu (malam) lah pulak semata-mata nak beri laluan menonton konsert AF7... hehe... nasib baik suamiku sporting... hehe...

So selain nak melihat keupayaan pelajar-pelajar AF7 beraksi, aku lebih teruja utk mendengar bait-bait kata yg bakal keluar dari bibir mungil Siti.. maklumlah suara Siti ni.. bercakap pun sedap... Tapi tanganku pun tak duduk diam sepanjang berlangsungnya konsert tu..... asyik klik-klik.....(nasib baik suamiku keluar bertemu rakan-rakannya, kalau tak melepas aku) comelnyer Siti...
so inilah hasil klik-klik cybershot ku...





Percaya atau tidak .. sepanjang konsert tu.. aku telah klik sebanyak 65 keping pix Siti bila mana tiba giliran dia untuk memberi kritikan... hehehe..asal ada peluang aje aku klik...

Terlanjur entry kali ini berkaitan konsert AF7, jadi aku pun nak jadi pengkritik tak bertauliah lah ....hehe...

Terpanggil untuk membuat kritikan sendiri lantaran lagu-lagu yg dinyanyikan oleh pelajar-pelajar AF7 adalah milik dua ikon besar dan antara yang diminati oleh aku sendiri.

Aishah – Penyampaian lagu boleh diberikan pujian, tetapi langkah dan gaya seorang rocker sedikit terhad.

Qhaud – aku sangat kesal kerana pakaian sangatlah tidak sesuai dgn konsep lagu.

Aril – Walaupun Aril berjaya membawakan lagu itu secara tersendiri namun kereografi tidak teratur dan tidak dirancang dgn teliti. Terlalu banyak step dan main belasah ajelah. Walau bagaimana pun aksi menggelongsor di penghujung persembahan membuatku terhibur.

Yazid – terlalu kaku dan terikat dgn melodi sedia ada. Dia sepatutnya cuba mengubah melodi menjadi lebih lelaki. Yazid sepatutnya mencontohi Anuar Zain. Lagu-lagu beliau juga byk yg mellow tapi jiwa lelaki yg ada dlm penyampaian setiap lagu beliau berjaya menjadikan lagu-lagunya tangkap syahdu.

Antara yg agak memuaskan adalah Claudia, Isma, Rubisa dan Hafiz. Cuma gerakan Hafiz boleh dikatakan sama sahaja setiap minggu.

Bersetuju dengan saranan Siti agar pelajar wanita tidak terlalu mengikut gaya persembahan rock Amy Search.

Satu peningkatan yg bagus buat Sidi dari segi penyampaian lagu. Terhibur jugaklah bila dia berjaya membawa lagu Ku Milikmu sacara akustik.

Rasanya saya nak bagi pujian pada Zizi kerana berani turun bawah dan memberikan satu kelainan dlm persembahan. Tapi lawaklah bila dia melatah.. tergelak den!!!

Namun konsert kali ini benar-benar memberi kejutan bukan pada penonton sahaja malahan kepada tenaga pengajar juga.. apabila Zizi dan Rubisa yg terkeluar. Rasanya ada yg lebih layak untuk di singkirkan. Entahlah.....


11 comments:

Anonymous said...

mmg best kan kak tgk konsert AF7 smlm hehehe org pon cume tgk kat utube jer coz mane la dpt astro kat sini kan... dct pon cute la.. jambuuuuuuu!!!!! setuju jugak dgn komen sendirian berhad akk tuh ttg pelajar2 hehehe TAJLENA

edan coba said...

Mmg x sepatutnya ZIZI n Rubisa!
hisshh x patut!! *NGERI*
Nie.. akak tangkap pic Kak CT melalui TV ka? Coz nmpak kecengkungan muka Kak CT!!!
mlm td bkn maen suka edan mnatap wajah Kak CT!!!.. LAWA

zue_zf said...

alamak kak,di mana ada siti di situ ader akak.....akak ader contact ngan org dlm ker ? mmmmmm klu nak gi lg calling ler zue yer.nnti 22hb april nie akak gi tak kat quality hotel ?

idasm said...

ZUE / EDAN: kak ida tengok konsert tu kat rumah aje... bukannya pergi tgk live dik... sah2 klik2 tu kat tv aje... hehehe...

TAJLENA: dct mmg jambu... cantik tak pix yg k.ida klik2 dr tv tue.. hehe..

arieda salsabella said...

kak ida..mestilah cantik pic2 tu..
pandainya kak ida klik ek..suka ida tgk2 pelbagai reaksi muka ct...

idasm said...

arieda... tulah pasal.. bz betul masa tgk af7 dr tv tue.. kalah jurufoto kat sana.. hehe

Azwan Hashim said...

cayalah kak!!best tgk bnyk reaksi wajah dct.. lepas ni setiap kali ada program tv yg ada dct...snap bnyk2 lg ek..hehe..

idasm said...

wah.. wan suka ek.. dunt worry... xtvt ni dh lama dah buat sebenarnya.. cuma sebelum ni x expose.. hehe...

haziq-amsyar said...

bestnye!! cantik & comel gambar mak iti yang auntie ida ambik!! we like!! cayalah!! auntie ida..

idasm said...

ha.. haziq-amsyar... lama tak jenguk blog auntie kan... amsyar mcmn... dh sihat ke... hehe.. kalau u all suka, auntie ida lagi suka... hehe...lain kali kita buat lagi yea... tanya mama, bila nak update blog tu...

haziq-amsyar said...

auntie ida, kitorang sebenarnya selalu baca blog ni, tapi tak sempat nak bg komen..fyi, amsyar tak sihat lagi, td masa gi sjmc untuk follow up check up, doktor nak tahan amsyar lg kat wad..huhu.. nasib baik doktor bg option, kalo tak nak ditahan, amsyar kena datang hospital tiap2 hari selama 3 hari untuk di cucuk.. cian amsyar..tu la sbb mama tak sempat nak update blog lg.. tapi masa besday haziq, mama dah letak gambar kat blog tu..hehe.. ok..cu..