Saturday, April 11, 2009

CATATAN PERJALANAN YG SINGKAT....

9 APRIL 2009
KHAMIS

Catatan perjalanan yang singkat... hehe... begitulah tajuk entry kali ni.. yang singkat perjalanannya, catatannya mungkin berjela... hehe...

Pagi Khamis....lebih kurang pukul 7.00 pagi kami bertolak ke Johor. Yg ada urusan kat Johor tu sebenarnya ayah angkat suamiku, HA, dia ada meeting kat sana. Tapi dia ajak suamiku temankan dia. So oleh kerana meeting tu singkat aje.. suamiku pun cadangkan utk ke Singapore sekali. So HA ajak daughter dia sekali bila tahu suamiku nak bawaku sekali.. yealah barulah ok kan... kalau tak aku pulak yg sorang2 kat seat belakang dlm kereta... hehe..

- sebelum mulakan journey... aku klik pic suamiku sekeping... pas tu.. HA cakap.. aik.. nak bawak kereta pun ambik gambar ke.. nak buat apa... suamiku pun berseloroh...as a proof, I'm the driver. for this journey... balas suami... padahal yg sebenarnya ....suamiku tak tau.. isterinya ni tengah giler blog..... hehe..


Seperti biasa, bila suamiku dh ada teman sebelah.. aku tak perlu risau dah.. so apalagi... misi zzzz ku.. pun bermula.. tanpa berlengah lagi.. (mengantuk beb!!!)

Punyalah lena...tup2 bila dah sampai Yong Peng, suamiku kejutkan aku.. suruh aku intai2 kedai makan. So kami pun berhentilah kat kedai ni...

-suamiku makan nasi. aku belum lapar sangat .. so aku makan soto aje. HA tak makan apa-apa pun, may be masih kenyang. Anak dia, kak F, makan nasi jugak.

Selesai makan, perjalanan diteruskan. Tapi menurut HA, tak jauh dah... kiranya destinasi HA adalah ladang kelapa sawit milik Sime Darby di Chaah. First time dengar nama tempat Chaah ni sebenarnya.

- kiri kanan... semuanya pokok kelapa sawit. Ternampak jugak burung berwarna biru bertenggek kat tunggul kayu, tapi tak sempat nak klik...

- semua gambar diambil dari dalam kereta aje tanpa menurunkan cermin kereta. Tapi ok jugak hasilnya kan... hehe..

-
- bila tiba kat kilang Sime Darby ni.. aku minta suamiku klik pix ku sekeping. HA attend the meeting alone. So suamiku nap sekejap while waiting for HA.


Agenda HA dah selesai, sebelum sambung balik perjalanan ke Singapore, suamiku singgah basuh kereta sekejap.. (suamiku tak tahan kalau kereta kotor..). Perjalanan dari jalan besar ke kilang tadi telah merempuhi jalan biasa yg tidak berturap , jalan tanah merah lagi, sebab itulah kereta kotor giler.

- kereta sedang dibasuh... (kereta HA ni)

Bila tiba kat R& R Machap , suamiku berhenti sekali lagi sebab HA belum makan dan perutnya dah berlagu. Time ni , aku pun makan sekali... kira lunch lah ni.

Selesai kat Machap, perjalanan diteruskan dan aku sambung balik kerjaku yg tergendala tadi.. zzzz lagi... hingga tiba ke JB. Aku pun mulalah isi borang utk masuk ke Spore. Ku isi semua 4 borang. So Singapore... here we come... hehe..
Dulu masa suamiku buat tekstil.. kami selalu ulang alik ke Spore ni. Lepas tu dah lama sangat tak melawat Spore ni, ada lebih kurang 5 tahun. Tapi last year ada pergi sekali.. yg tu lagi singkat...







SINGAPORE.....
(Tajlena: bila tiba aje kat sini.. Kak Ida memang teringat kat Lena... tapi sayang Kak Ida takde contact no Lena...)






Bila dah masuk Spore, suamiku terus menuju ke Geylang. Hajat di hati nak borong Telekung Vietnam dari kedai saudara suamiku. Telekung Vietnam ni cantik sebab bunga sulamnya menarik dan halus buatannya, sayang kedai dia tutup hari ni sebab market lokasi kedai dia tu terpaksa diseal selama 2 hari kerana terjadi keracunan makanan menyebabkan 2 org public meninggal dan beberapa orang masuk wad.. fuh.. bahaya betul kes ni kan. So hajat dihati tak tercapai sebab kebetulan semua stok Telekung ada kat kedai. Tak mengapa.. takde rezeki hari ni.


- masa ni tengah menuju ke Eunos Crescent, sebab berhenti kat traffic light , so sempatlah ku klik signboard ni...

So kami pun singgahlah kat rumah saudara ni... kebetulan dia berada di rumah anak bujang dia (Eunos Crescent). Kiranya tadi.. kami pusing2 jugaklah mencari apartment ni.. sebab suamiku pun tak pernah sampai kat rumah ni. Bila dah jumpa bloknya, suamiku mencari parking lot. Tapi bila parking lot dah jumpa, parking tiket pulak takde... ni yg leceh sikit kat Spore ni... walau parking kat kawasan perumahan, mesti kena letak parking ticket, kalau tak kena saman. so kami pun keluar semula dr kawasan parking tu.. mencari kedai 7-11 utk beli parking ticket. 50cent Spore utk setengah jam parking , lebih kurang RM2.00.

- bergambar dgn Kak F, kat rumah anak bujang saudara.

Kami membayar semua hutang kami dgn Yang Maha Esa kat sini. Suamiku begitu ralit bercerita dgn saudaranya. Dari pukul 5.00 petang tiba kat sini sampailah Maghrib. Kami keluar dari sana selepas solat. Masa nak balik tu, aku klik lagi 2, 3 keping utk kenangan...


Kami keluar dari sana utk ke Seranggoon Road. HA telah dijemput oleh kawannya utk dinner. So oleh kerana kami nak shopping sikit kat Mustafa, jadi kawannya mengajak kami utk dinner kat Tandoori Restoran.


- sementara menunggu kawan HA tiba, kami bergambar dulu. Kali ini boleh capture kesemua 4 org sebab minta tolong somebody yg ada kat sana utk klik.. hehe...

Kawan HA belanja kami makan kat Restoran Tandoori. Food dia lebih kurang mcm food kat restorankulah.. tp yg ni more to fine dining.. so harga dia boleh tahan jugaklah. aku as usual lapar nasik. so I ordered tomato soup as starter. Then for main course, I ordered white rice with chilly prawn, and also mint chatni. Mmm.. sedap jugak food kat sini. Aku dan HA aje yg makan nasi. Orang lain semua makan Capati dgn Alu Ghobi and Mutton Masala. Kak F prefer Pratha with Mix Vege.

- yg warna putih dlm mangkuk tu namanya tairu (susu masam), yg warna hijau tu namanya mint chatni (sos pudina+tairu), sedap!!!,


- saiz capati dia kecil sgt, tp sedap sebab lembut aje...

- this is my plate... hehe...

- yg ni sebenarnya sejenis ice cream. Namanya kulfi.. first time ku rasa kulfi ni.. macam ais krim potong kan, tp sedap sebab ada campuran kacang pistachios.



Selesai dinner, kami spent time ronda-ronda dalam Mustafa Centre. Hari ni tukaran RM to Dollar Spore tinggi jugak, 2.39. Memang takde benda sangat yg boleh shopping sebab perbezaan nilai ringgit menyebabkan harga lebih tinggi compared to Msia. so kami sempat survey harga ipod touch 32G...ternyata kat Spore lebih murah, beza dlm RM250.00 . Begitu juga HP, byk yg lebih murah kat Spore. Suamiku survey jugak iphone tp sama mcm kat Msia, dikawal oleh syarikat telkomunikasi. Macam kat Msia, under Maxis. Iphone tidak dijual begitu sahaja kat mana2 kedai.

Suamiku beli beberapa item yg mmg sudah kami maklumi harganya berbaloi apabila beli kat sini. Dan aku pulak just beli Revlon loose powder dan eyeliner. Tapi tak sangka sangat suamiku hadiahkan sunglasses (SG) utkku.. sebenarnya aku dh tak guna SG agak lama dah.. rasanya dah 2 tahun kot. bila SG ke 3 ku hilang lagi, suamiku dah merungut dan sebagai denda dia tak izinkan aku beli SG lagi.. sebab katanya aku ni cuai sangat, asyik hilang aje. My first SG was Celine Dion. then lepas hilang beli pulak yg kedua - Marie Claire. pun hilang jugak lepas tu. Then I bought again - Elle. yg ni rasanya tertinggal kat ladies room kat airport sebelum berlepas ke Jakarta. Walaupun aku byk drive sendiri... and sometimes mataku silau dek panahan matahari .. namun kupasrah... dh memang sah aku cuai.. akur ajelah... hehe.. melalut pulak bercerita pasal SG ni...

so lepas belek punya belek... lastly aku pilih yg satu ni.. sebab yg ni yg paling sesuai dgn bentuk mukaku yg bulat giler ni, kebetulan pulak warnanya mmg warna pilhanku sebelum ni. Agak susah sebenarnya nak cari yg boleh match ngan mukaku ni sebab muka ku jenis flat, so semua jenis SG yg berbentuk curve semua tak boleh pakai...


- so inilah dia SG ku yg baru... a gift from my beloved husband... hehe...
inilah SG ku yg paling mahal yg pernah kumiliki... yg ada sebelum ni harganya cuma dlm RM 200 - RM 300 aje (duit sendiri). Pesan suamiku... jaga baik2 , jgn hilang lagi... hehe... yes darling... kataku...


selesai acara shopping kat Mustafa Centre, semua dah penat. Waktu ni, jam sudah pukul 1 pagi. Terus kami pecut balik ke KL. Aku pulak dah tak larat nak klik2 dah sebab dah penat... hehe. Alhamdulillah lebih kurang pukul 6.00 pagi kami tiba kat KL....

begitulah catatan perjalananku ... kalau bosan maaflah yea...



.

9 comments:

Azwan Hashim said...

kak ida makin angin nampak..kalau ada no contact kak lena, mesti dapat bersua buat kali pertama kn..huhu..
lps ni jgn lupa simpan no kak lena yer kak!=)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Salam ida
patutlah dia senyap aje, pergi singapore ya..lama sungguh tak pegi singapore. Suami akak tak suka memandu ke sana, kata dia payah! Rindu mahu menyusuri kat gelang, Arab street and orchard road..he.he..

idasm said...

Azwan: .. makan angin yg singkat .. hehe.. tulah pasal, rasa menyesal sangat takde no Lena ni.. ishk.. kalau tak mungkin boleh boleh bersua buat kali pertama... lepas ni kena simpanlah...

Kak Yati: kebetulan 8hb tu ada catering, 9hb pulak pergi Spore, tu yg sepi kejap tu... hehe.. Ha.. kedai saudara tu kat geylanglah...
Orchad Road tak sempat pergi... agaknuya suami akak tak suka cara Spore ye kak.. mmg payah pun!

Anonymous said...

ya allah kak ida ni... ishk3 a ah la nyesal sungguh tau da alang2 akk masok spore ni kan bole jumpe kejap pon jadi la kan3... nape akk x leave msg je kat YM? jadi kalo org on9 org dapat la msg akk tu... eeeee geram nyer sayang betol la peluang terlepas mcm ni... ni pon org br perasan yg akk da post entry ni... da la org ni susah nak gi kl tuh. akk plak masok sini tp tkde no hp org... kalo org tahu org kol akk nye hp tau.. kan da panjang berjela org membebel hehehe tkpe nanti ade peluang kita chat, org kasi akk no hp org k

a ah la kat spore ni tgah kecoh psl kedai rojak keling di geylang tu.. ade keracunan smpi 3 org meninggal dunia ade lagi 1 wanita keguguran kandongan tau n kawan org pon masok hospital jugak psl mkn rojak tu... bahaya kan... sebab tu geylang tutop 2 hari... haiz ckp psl geylang ni tp ati teringat lagi kedatangan akk disini x dapat kite berjumpe... nasib2 hehehe TAJLENA

idasm said...

Lena... tulah pasal.. nyesal sgt tak ambik no hp Lena. malam tu masa kat Restoran Tandoori tu.. akak cubalah connect ngan ipod touch. tp sebab belum ada login id kan..so tunggu wireless sg bg pin code utk id... sampai last tak tiba2 sms.. so tak dptlah nak ym ngan Lena.
Lena stay kat mana yea... hehe... takpe lepas ni bila k.ida masuk spore lagi.. kita setting baik punya... Lena tolong sms no hp Lena kat hp k.ida ye. Jgn buat miss call, no tak kluar tadi.

arieda salsabella said...

amboi2 kak ida..makan angin nampak..heheh..skrg ni setiap detik mesti snap,kan...kenangan tu..heheh..
haa..lepas ni ambik no Tajlena..k..mana tau lepas ni g singapore lagi..kan

idasm said...

arieda...makan angin gitu2 aje tu...tp seronok jugak.. hehe.. lepas ni mmg kena save no Lena tu.. mana tau ada rezeki boleh bersua kan...

PerantauSepi1306 said...

beshnye ke S'pore... last time aku pegi tak sempat nak ronda sgt sbb ada urusan kije...

hehehe CD tuuu... pinjam sat bleh ;p jaga elok2 tau kali ni ;D

idasm said...

Sydde... Klu pergi urusan kerja mmg mcm tukan..ida pun hari tu pun tak sempat nk pergi jln2 kt orchad road. Lain kali insyaallah.. Hehe harap kali ni x hilang lg klu tak jenuh kna leter...