Saturday, December 11, 2010

SOLIHIN SUDAH 2 TAHUN...



Esok, 13hb Disember 2010, genaplah 2 tahun anak instant ida ni.

Tapi kami dah celebrate awal2 pada minggu lepas.. hehe. Alkisahnya, ibu solihin kena posting kat Sg Siput (SS), jauhkan!. Jadi drpd Tanjung Malim (TM) , berpindahlah ikin ke Sg. Siput (tp shah masih kat TM) Nasib baik mama dan adik2 ada di sini sekarang. Jadi bolehlah ikin pinjam fatin buat teman sekaligus jd babysitter utk solihin.

Yang si ida ni pulak, dok merindulah kat si kecik ni. Yelah ... dah jauh, susahlah nak datang sini lagi. Hari jumaat lepas, rasa rindu membuak2. Dok terbayang gelak tawa dia.
Lepas sembahyang asar, mcm biasa, berjemaah, ida sebut kat suami... rindunya kat solihin.
Suami ida pun balas, yelahkan...
Then ida cakap lagi... Darling, apa kata kita pegi lawat solihin...
Tak sangka pulak, suami ida jawab.. boleh jugak tu.. jom!

Maka, esoknya kami pun berangkatlah ke sana. Kata ida kat ayah solihin, kita celebrate besday solihin sekalilah. Minggu depan kami tak dapat datang dah..



Pagi2 ida pergi ke Sogo beli besday gift utk solihin. Plus sedikit chocolate utk dia. Dalam pukul 12 tghari kami bertolak dgn cik urvan. Belum full lagi. Singgah sebentar kat TM, shah nak kirim TV dan beskal solihin. (shah pegi ke Sg Siput ngan moto besar dia, so x dpt bawak brg2 chenggitu). Faris dan iwan ikut kami sekali. Barulah full.


Kat TM, kami singgah warung pak man, minum cendol pulut. Ida siap pesan laksa penang. Adik2, ada yg pesan rojak. Sambil2 layan nasi lemak mama yg kami bawak bekal... hehe.

- rombongan cik kiah... hehehe....

Sepanjang perjalanan, ida ni sibuklah klik sana klik sini dr dalam cik urvan tu. Excited plus berangan, konon jurufoto pro, padahal main tekan aje.. ekeke.






- lata kinjang...

Sampai kat SS, rasanya dalam pukul 4. Rumah sewa ikin dekat aje dgn sekolah tempat dia mengajar. Jalan kaki 3 minit dah sampai rasanya. Dan ikin kira bernasib baik jugaklah dapat rumah sewa yg cantik, bersih dan selasa. Kata ikin, kalau ikutkan tuan rumah tak nak sewakan, sebab rumah tu nak dijual. Tp selepas shah datang bincang sendiri, barulah tuan rumah bersetuju bagi sewa. Tp mcm2 jugaklah pesanan penaja ke atas rumah sewa tu.. hehe... biasalah kan.. siapa tak sayang bini, eh silap, rumah .. kan, kan..



Solihin demam hari tu. Nampak kecik sikit tubuhnya. Seronok dia bila kami ramai2 datang. Terkejut pun ada. Dapatlah kami main2 dgn solihin dalam 2 jam. Bolehlah melepas rindu kat dia.. best!!!!












- dah takde orang nak layan, dia kayuh sendiri pulak.. hehe..

Lebih kurang jam 6 petang, kami bertolak ke bandar Ipoh. Nak pegi makan kat McD, sekaligus meraikan besday solihin. Tapi sebelum tiba ke McD, suami ida buat ipoh tour sekejap, sebab ida ni tak pernah jenjalan kat bandar ipoh tu... hehe. Penerangan diberi dari dalam cik urvan aje. Siap dgn sejarahnya (suami ida mmg terer sejarah). Tapi bila sampai kat Istana Kinta, kami diberi izin utk posing kejap.. hehe (bendara Perak tdk berkibar, Sultan takde kat istana)






Dah selesai makan, barulah teringat, beg kecil suami ida tertinggal kat atas katil kat rumah ikin. Silap ida lupa nak ambik. Suami ida pun tak teringat nak tanya ida. So terpaksalah patah balik ke SS. Kesian kat suami ida, penat driving. Tp nak buat mcmn kan. Dah nak jadi...

Apa2 pun.. enjoy!!! Semua happy dan puashati.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT AHMAD SOLIHIN HAKIM.
SEMOGA SENTIASA MENJADI KEBANGGAAN KELUARGA...

Saturday, December 4, 2010

JADI MAK ANDAM....

20 Nov 2010

Sepupu Ida yang ada rumah cendawan tu, awal2 dah telefon ida minta tolong ida make up dia sempena majlis pertunangannya. Ida ni memang dari dulu memang suka pada make up dan kecantikan. Selain memasak, inilah lagi satu minat ida... hehe...

Masa duduk kat ganukiter dulu, selalu jugaklah ida jadi mak andam kepada anak2 dara yang jadi pengantin baru.. hehe, sampai ke Kuala Terengganu, ida mendapat tempahan. Dan kalau ikut sejarah, 3 orang mak sedara ida kawen, ida yang jadi tukang make upnya. Waktu tu ida masih sekolah lagi.

Berbalik pada citer along ni, ida ingatkan ida tak dapat dah tolong dia sebab suami ida demam pulak lepas balik dr kampung orang asli tempohari. Tapi suami ida cakap, takpe kita balik jugak. Abang demam, ida still boleh drive kan.. katanya.

So lebih kurang jam 2 petang, kami bertolak ke Dungun. Sepanjang perjalanan, suami ida tidur aje. Kesian kat dia. Lepas highway, kami berhenti minum sekejap kat Cherating. Masuk kawasan Kemaman, dah mula hujan. Kereta pun banyak, so agak sukar untuk ida memotong. Risau tak sempat tiba pada waktunya, suami ida ambil alih stereng. Jadi alhamdulillah kami tiba lebih kurang jam 6 petang.

Selesai solat dan makan2, ida pun bergegaslah ke rumah along. Rombongan pihak lelaki dijangka tiba lebih kurang jam 8.30 mlm. So, ida cuma ada masa tak sampai sejam utk siapkan wajah along. Luarannya ida cool aje, dalam hati dug dag jugak.. hahaha. Jom kita tengok hasilnya...

- wajah sebelum...



wajah selepas....


Masa rombongan lelaki tiba, make up semua dah siap, tinggal nak pasang bulu mata aje. Kira ngam-ngamlah, mukadimah selesai, make up pun selesai.

- cantik jugak pelamin along kan...

- along bersama mamanya dan mak sedara..

Alhamdulillah, majlis pertunangan along berjalan lancar. Bila tetamu dah pulang, kami sekeluarga pulak sibuk nak posing, maklumlah camera baru. Tadi sibuk jadi mak andam, sekarang sibuk jadi photographer pulak.. hehe..

Jom berkenalan dgn ahli keluarga ida yea..

- solihin pantang jumpa basikal..

- ibu dan ayah solihin...

- Nor, org kuat mama ida ni..

- nurul yg masih study di UPSI..


- 3 teruna yg selalu menggamatkan suasana, adik zul, faris dan hadi...


- fatin, anak ke 7 drpd 8 beradik..

- yg ni anak sulung dlm famili bersama suami tercinta... hehe..

Puashati betul ambil gambar menggunakan camera DSLR ni. Memang dah lama ida idamkan camera seperti ini. Dulu rasa mcm susah nak bawak sebab saiz dia agak besar. Tapi selepas tengok hasil gambar drpd camera ayah solihin (D3000), soal saiz dah tolak tepi, sebab hasilnya sangat memuaskan. (masa hari raya puasa tempohari, mmg pulun guna camera shah aje, camera sony ida duduk diam2 aje dlm handbag... hehe).

Oklah, setakat ini dulu yea. Nanti ida update lagi... bye. Ceria2 selalu yea. Barulah hidup tambah bahagia... hehe.