Satu lagi ada byk kedai atau warung yang meletakkan signboard menjual B1 dan B2. Ida dah tahu pasal ni sebab Kak Norhayati Berahim dah bagitahu awal2 pasal ni. B1 adalah daging Khinzir, manakala B2 adalah daging anjing. Ida x sempat snap signboard tersebut sebab ida nampak dari dalam kereta aje.
- masih nampak lagi tasiknya...samar2 aje...

- replika ikan ini ida nampak masa dalam perjalanan. Sempat ida tanya pada pak supir kami. Dapatlah ida dengar kisah dongeng tentang Tasik Danau Toba ni. Kalau nak tahu boleh klik link kat bawah ni yea. Lebih kurang mcm pak supir ida ceritakan. Kata pak supir, ada beberapa dongeng tentang tasik ni. Tak tahulah yang mana satu betul..dongeng Tasik Danau Toba
Sepanjang perjalanan juga, ida nampak begitu byk tanaman yg diusahakan oleh penduduk kampung. Ada jagung, ada kobis, ada tebu, ada limau pendekata mcm2 lah.. Ida mcm biasalah ambik gambar dr dalam kereta aje. Nak suruh berhenti nanti lambat pulak..

Persinggahan kami yang pertama adalah puncak Simarjalunjung. Selalunya pelancong akan dibawa singgah ke sini. Sambil berhenti rehat seketika untuk minum2 dan ke tandas, pelancong bolehlah ambik gambar. Tapi kami tak minum sebab masih kenyang. Berhenti pun sekejap aje (malas nak menapak / panjat). Dikatakan juga, nak tengok sunset kat Tasik tu mmg cantik dari puncak ini. tp ida tiba kat sini tengahari buta... hehe...Persinggahan kami yang kedua adalah Air Terjun Sipiso-piso. Ada beberapa kedai cenderahati dan kedai makan kat sini. Mula-mula sampai ida jalan2 sekitarnya, tp air terjunnya jauh ke bawah. Nak kena turun anak tangga begitu byk sekali. Dahlah panas terik, mmg tak lalulah nak turun tangga tu. Kalau ida beria jugak ajak suami turun ke sana, mahu angin satu badan suami ida... hahaha. Jadi ida ambik gambar ajelah ye. Janji nampak air terjunnya... hehe...
- gambar bukit kat belakang tu mmg cantik.. tp yelah camera ida cap ayam aje masa ni..hehe

- berlatarbelakangkan air terjun sipiso-piso...
- daripada sini, masih boleh nampak lagi tasik ....
- sampai dah kat pekan Berastagi.
- singgah kat Pekan sekejap. Sebenarnya tak tahu nak cari apa pun kat sini. Tp tetiba nampak kedai cd. Lepas test kualitinya, ida borong byk jugak, mcm2 movie.. harganya lebih kurang RM 2.00 aje sekeping. Koleksi Upin dan Ipin pun ada. Waktu ni, Upin dan Ipin sgt terkenal di sini. Sebut aje... semua tahu...

..... sambung lagi yea... hehe...
























