Tuesday, June 26, 2012

JUN YG MANIS - SIRI 2

Salam ceria,

Masa kenduri adek2 ida tempohari, kami menginap di Mayangsari Resort sebab bilik ida dah digunakan oleh pengantin. Suami ida pulak kalau takde aircond dan takde katil tak boleh tido. Tapi disebabkan time tu cuti sekolah, semua hotel penuh, terpaksa ambik bilik kat sini.
Kalau bilik kat Hotel UITM Dungun cuma RM120.00 semalam, tp kat sini harganya RM 270.00 semalam.

- Mayangsari Resort ni terletak betul2 di tepi pantai..

 -pantai di Ganu kiter memang cantik.. pasirnya halus dan bersih..


Biliknya jenis rumah2 kecik berkembar dan berpagar, diorang panggil Pool Villa.  Masa check in diorang bagi Pool Villa no 14, agak hujung. Bila masuk ke kawasan tu nampak ada swimming pool kat depan bilik kitorang. O patutlah diorang panggil Pool Villa sebab ada private pool di setiap villa ni.

Bilik kecik aje, kiranya agak traditional lah sebab  semuanya daripada kayu. Katilnya siap ada kelambu lagi.. hehe.. rupanya ada nyamuk... Ubat nyamuk elektrik ada disediakan. Sebelum pegi kenduri, suami buat komplen kat front office - air cond tak sejuk, peti sejuk tak berfungsi dan tv takde siaran. Ingatkan lepas balik dr kenduri diorang baikilah apa yg patut. Rupanya diorang tak buat apa2 pun. Mengamuk jugaklah suami ida kat diorang. Terus suami request tukar bilik. Sebelum tukar bilik, suami cek dulu bilik tu ok ke tak.



Bilik yang baru ni Pool Villa No 5, kira depan sikitlah. Alhamdulillah kelihatannya lebih ceria. Air cond pun ok dan siaran tv pun jelas dan byk pilihan. Dan yang paling ida teruja adalah private pool nya lebih bersih dan terjaga. Jadi sebaik selesai urusan tukar bilik, teruslah ida dan amira masuk ke pool. Oleh kerana private, tak perlulah ida dan amira pakai swimming suit bagai (mmg tak bawak pun persalinan utk berenang). Memang terasa istimewa sekali bila dapat swimming privately ni. Amira pun dah mula pandai floating.(Dalam hati ida berkata.. patutlah harga biliknya agak mahal..)



Esoknya pagi2 suami dah ajak pegi makan nasi dagang.. mcm biasalah bila balik kampung kan..
Pukul 9.30 pagi, nasi dagang kedai Mak Wan (tempat biasa) dah habis. Cuti sekolah.. patutlah. Lepas tu kami ke kedai kedua, pun habis jugak. Kesian pulak ida tengok suami ida ni... teringin sangat nak makan nasi dagang. Lepas tu kami pergi pulak ke kedai ketiga. Kedai ni tutup pulak. Tapi ida nampak ada satu gerai kat belah kiri jalan yg jual nasi dagang. Dari dalam kereta, ida tanya ada ke takde nasi dagangnya. Alhamdulillah ada rezeki kami.



Balik dari breakfast, amira bukan main lagi mengajak ida swimming lagi. Suka sangat amira ni berendam. So kami layan lagi kat pool tu dekat 2 jam jugaklah... mmg puashati sangat.

 - swimming pool kami yg cute.. hehe..

 - bilik kami






 - ini budak yg dah kepenatan berendam...



 - tak tahu ni bunga apa. ingatkan melur tp rasaya kelopak melur lebih banyak drpd ni..





  - pokok bunga tu ada di bahagian belakang...baunya tak wangi sangat...

 - wardrobe terletak di luar pintu bilik (ruang belakang)  berhadapan bilik air

 - sinki di sebelah meja solek, meja solek di sebelah wardrobe..


 view daripada hadapan bilik.. cantik jugakkan...



gambar pokok kelapa dan langit biru ni ida ambik masa tengah berenang ... layan yea...








- amira yg sangat teruja main air....


last sekali kita layan gambar2 aksi dan pose amira. masa ni dh selesai berenang dah... semua pose amira tu dia sendiri yang buat, ida tak suruh pun.. tapi amira belajar pose mcm tu mmg daripada ida time ida posing... hehe...

 


 


























Kesah selanjutnya perjalanan ke Golok... Siri 3.. hehe... jumpa lagi..



Tuesday, June 19, 2012

JUN YANG MANIS - SIRI 1

Kita skip dulu kisah Mei, meh layan kisah Jun dulu yea... hehe...

Tak sangka jugak rupanya bulan Jun yg belum berakhir ni... ada byk kisah yang manis utk dikongsi dan dikenang akan datang....

Bermula dgn 2 Jun - majlis kawen 2 orang adik perempuan ida. 2 orang sekali... pertama kali dalam sejarah keluarga kami nampaknya... 2 pasang pengantin diraikan dalam satu majlis. Time mak sedara  / pak sedara kawen dulu pun takde...

Tapi sebab suami ida byk urusan, kami bertolak agak lewat. Keluar rumah dalam pukul 4 pagi, tapi baru je mula perjalanan, tayar kereta pulak pancit, nasib baik masih dekat dgn kawasan rumah kami, mula tu call staf utk tolong tukar tayar, tp tak berhasil. Last2 kami decide balik kampung guna kereta ida. Tapi lepas dah masuk semua beg, tengok jam dah dekal pukul 6. So kami naik balik ke rumah utk solat subuh dulu. Jadi lebih kurang pukul 7 jugaklah baru kami bertolak. Ida yang drive dulu. Lalu kat Kg. Baru, ida singgah bungkus nasi lemak 3 bungkus, ida tak nak makan dulu takut mengantuk lepas tu, maklumlah belum tido malam tadi. Suami pun tak nak makan dulu sebab nak tido. Atas highway, ida pecut jugaklah sampai 140.. hehe.. suami dah berdengkur kalau tak, mahu mulutnya duk remind ida... 110.. 110... hehehe...

Atas highway tu jugak perut ida meminta2... lapar wei... hehehe.. tapi ida tahan-tahan... last2 sampai kat Perhentian Rehat Kuantan, baru ida berhenti untuk makan nasi lemak. Alhamdulillah pukul 10.30, kami dah sampai Kemaman. Masa ni barulah tukar driver sebab suami pun dah segar dah. Tapi kat Kemaman ni banyak kereta dan banyak traffic light, jalan yang tengah di upgrade pun belum siap. Akhirnya kami sampai Dungun dekat2 pukul 12.00 tgh. Terus check in kat Mayangsari Resort (booking online RM270.00 semalam - agak mahal resort ni tapi terpaksa ambik sebab hotel2 lain semuanya penuh). Nanti ida buat review sikit pasal bilik kat sini yea... hehe...

So lebih kurang pukul 1 jugaklah baru kami sampai kat rumah mama. Amira pulak bila tengok orang ramai, terus dia buat hal. Nak dukunglah.. tak nak masuklah. Nak duduk dalam bilik ajelah... ish.. pendek kata mamanya ni tak boleh buat apa, nak bersalam ngan saudara mara pun susah... nak bergambar lagilah payah...

Okey.. kita layan gambar yea...





 Pengantin bersama adik beradik lelaki. Pengantin lelaki, orang Paka.



 Fatin Nadia dan pasangannya, Ridzwan. Kedua2 pengapit tu sepupu ida.

 Pengantin bersama mama dan abah...


 Pengantin kedua merupakan kakak kepada yang pertama tadi. Nur Azimah.


 Pengapit lelaki, adik ida jugak, Hadi. Pengapit perempuan, adik ida Nurul. Nurul bertugas menyolekkan kedua2 pengantin sebab ida sampai lambat kan... tp kalau sampai awal pun may be tak boleh buat kerja jugak kalau amira duk merengek aje..


Pasangan Nur, orang kampung sebelah aje.. Gong Pasir.


 - solihin... rasa tak puas jumpa solihin kali ni...

 
 - petang sikit.. baru ok budak kecik ni...


 Yang ni pulak pengantin tak berapa nak baru.. ekeke... hehe...


Diorang ni bersanding ikut turn, bukannya bersanding sekali 2 pasang.. hehe.. maklumlah ruang terhad, tak boleh nak letak 4 kerusi sekali. Adik bersanding dulu. Kakaknya bersanding kemudian. Lauk kenduri, nasi minyak + ayam masak merah + gulai daging lembu + acar jelatah + tembikai dan sirap. Tukang masaknya mama ida sendiri dibantu oleh mak2 sedara. Gulai daging lembu mama ida dagingnya bercampur tulang (mcm sup tulang tu)... pergh... sedap sangat. Suami ida makan sampai 2 mangkuk. Memang puashati.. hehe... Tp sori ye.. lupa pulak nak ambik gambarnya. Bukan apa, sebab ida tak jadi jurugambar kali ni... hehe..

Okey.. siri 1 dah selesai.. siri 2 menyusul kemudian ye...

Wednesday, June 13, 2012

KISAH SELINGAN

Hehe... sebelum Ida teruskan kisah Mei, ada selingan sikit untuk dikongsi bersama...


Sewaktu hantar mama berangkat menunaikan umrah - 22 Mac 2012. Mama pergi dgn geng surau dia seramai 6 orang. Ida dan suami lah yg tolong uruskan segala proses yg berkenaan termasuklah bawak ustaz yg nak bagi kursus umrah dari KL ke Dungun seminggu sebelum tarikh berangkat. Alhamdulillah tercapai hasrat hati mama nak jejakkan kaki ke Mekah.


- Kenal tak sapa dgn Ida ni. Artis Natasya Hudson, rupanya dia satu grup dgn mama. Terserempak dgnnya sewaktu nak berlepas. Disebabkan dia pegi sorang, ejen masukkan dia sama2 ngan geng mama sebab dia takde mahram. Lepas dia balik dr mengerjakan umrah ni, terus dia bertudung.



 
- ini pulak adik2 Ida bergaya dgn jubah baru dr Mekah. Bila mama balik dr sana, diorang semua datang dr Perak untuk berjumpa mama. Sempatlah mama kat rumah Ida 2 malam sebelum balik ke Dungun. Budak kecik yg cute kat depan sekali tu... anak Ida, Solihin... comelkan dia... hehe. Mama seronok sangat dapat mengerjakan umrah, dapat cium Hajar Aswad dan berdoa di pintu Raudah.

 - ini pula gambar 3 beradik yg hampir jadi anak angkat kami. 6 tahun lalu... ayah diorang datang jual anak2 yang masih kecil ni kat suami ida. (Rasanya ayahnya seorang penagih, manakala mak diorang lari) Ayahnya nak jual sorang2... tp suami tak sampai hati nak pisahkan diorang... ambik 3 orang sekali. Tapi seminggu lepas tu.. atuk diorang datang tuntut diorang ni. Disebabkan pertalian keluarga, suami serah anak2 ni kat atuk diorang. Masa tu yang paling kecil umurnya baru setahun lebih. Seminggu menangis aje yang kecik tu...


Masa gambar ni diambil, bulan April, diorang datang dari Baling ke KL untuk proses memohon surat beranak. Anak no 1 dan 2, masib belum ada surat beranak. Suami refer kes diorang direct kepada Dato' Juriah yg juga merupakan kenalan lama kami. Alhamdulillah, waktu entri ni ditulis surat beranak diorang dah pun siap.Yang berbaju hijau tu merupakan atuk diorang. Walaupun atuk diorang ni hidup susah, tp beliau tetap berusaha membesarkan cucu2 diorang. Sekarang yang paling kecik umurnya darjah 1. Dan sampai sekarang ayah dan mak anak2 angkat ida ni masih menghilang dan tak pernah menjejaki anak2 diorang.
(tp sebenarnya ida dah terjumpa blog dan fb mak diorang dan nampaknya fbnya lama tak berupdate, tp blognya ada jalan jugaklah.. )

Sekian.... kisah selingan daripada Ida..