Wednesday, June 13, 2012

KISAH SELINGAN

Hehe... sebelum Ida teruskan kisah Mei, ada selingan sikit untuk dikongsi bersama...


Sewaktu hantar mama berangkat menunaikan umrah - 22 Mac 2012. Mama pergi dgn geng surau dia seramai 6 orang. Ida dan suami lah yg tolong uruskan segala proses yg berkenaan termasuklah bawak ustaz yg nak bagi kursus umrah dari KL ke Dungun seminggu sebelum tarikh berangkat. Alhamdulillah tercapai hasrat hati mama nak jejakkan kaki ke Mekah.


- Kenal tak sapa dgn Ida ni. Artis Natasya Hudson, rupanya dia satu grup dgn mama. Terserempak dgnnya sewaktu nak berlepas. Disebabkan dia pegi sorang, ejen masukkan dia sama2 ngan geng mama sebab dia takde mahram. Lepas dia balik dr mengerjakan umrah ni, terus dia bertudung.



 
- ini pulak adik2 Ida bergaya dgn jubah baru dr Mekah. Bila mama balik dr sana, diorang semua datang dr Perak untuk berjumpa mama. Sempatlah mama kat rumah Ida 2 malam sebelum balik ke Dungun. Budak kecik yg cute kat depan sekali tu... anak Ida, Solihin... comelkan dia... hehe. Mama seronok sangat dapat mengerjakan umrah, dapat cium Hajar Aswad dan berdoa di pintu Raudah.

 - ini pula gambar 3 beradik yg hampir jadi anak angkat kami. 6 tahun lalu... ayah diorang datang jual anak2 yang masih kecil ni kat suami ida. (Rasanya ayahnya seorang penagih, manakala mak diorang lari) Ayahnya nak jual sorang2... tp suami tak sampai hati nak pisahkan diorang... ambik 3 orang sekali. Tapi seminggu lepas tu.. atuk diorang datang tuntut diorang ni. Disebabkan pertalian keluarga, suami serah anak2 ni kat atuk diorang. Masa tu yang paling kecil umurnya baru setahun lebih. Seminggu menangis aje yang kecik tu...


Masa gambar ni diambil, bulan April, diorang datang dari Baling ke KL untuk proses memohon surat beranak. Anak no 1 dan 2, masib belum ada surat beranak. Suami refer kes diorang direct kepada Dato' Juriah yg juga merupakan kenalan lama kami. Alhamdulillah, waktu entri ni ditulis surat beranak diorang dah pun siap.Yang berbaju hijau tu merupakan atuk diorang. Walaupun atuk diorang ni hidup susah, tp beliau tetap berusaha membesarkan cucu2 diorang. Sekarang yang paling kecik umurnya darjah 1. Dan sampai sekarang ayah dan mak anak2 angkat ida ni masih menghilang dan tak pernah menjejaki anak2 diorang.
(tp sebenarnya ida dah terjumpa blog dan fb mak diorang dan nampaknya fbnya lama tak berupdate, tp blognya ada jalan jugaklah.. )

Sekian.... kisah selingan daripada Ida..


15 comments:

wahida said...

Ya Allah Ida...kesiannya hidup anak2 angkat Ida tu...sedih baca...

kenapalah mak dia tak nak tuntut anak2 dia tu...alahai...semoga satu hari nnt, terbuka pintu hati mak dorang utk dtg jumpa dorang...

baguslah Ida bela anak2 ni Ida...besar pahala...
jaga dorang bebaik ye Ida...

idasm said...

dear wahida,
mmg kesian, Dato' Juriah tu pun kesian kt diorsng tu yg dpt cepat tu.
Sementara atuk dan nenek diorang masih hidup, diorang stay kat Baling. Kami bantu dr jauh seberapa yg boleh. Semoga diorang semua menjadi insan berguna..

Dinas Aldi said...

Kesian budak2 tu, apalah nasib dapat ibu bapa macam tu, Allahu akbar..tapi setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya kan.

Haa, dah lama nak tanya Ida pasal Solihin. Selalu tengok gambar dia kat tepi blog Ida ni, ini dah ada gambar baru kat blog. Memang comel la dia :)

mama aini said...

assalam ida..ehem bestnya dpt bergambar dgn artis..hikk2x..syukur alhamdulillah mama ida selamat pergi & kembali..
kesiannya nasib kanak2 tu..bertuah ada datuk yg begitu sayang..walaupun susah tetap nak membesarkan cucu2nya sendiri..semuga allah sahaja yg membalas budi baik ida pada mereka..

Tukang Campak said...

Daaaa...pagi2 buta aku nangis di opis baca entry mung ni. sedihnya...wakpe la ada org gini hok x reti pikir, wak projek pandai beranok pandai...anok tohok.

Semoga Allah wi muroh rezeki ke mung nge abg and semoga atuk diorg sihat untuk jaga kurang2 sampai hok sulong pndai jaga adik2. Amiin

*masih kontrol feel sbb airmata x mboh bereti. Opismet tnya2 doh ni wakpe hahaha

idasm said...

Akak Dinas,
mcm2 ragam manusia di dunia ni kan...

o akak rindu ngan solihin ye.. nanti ida buat entri pasal amira n solihin ye.. hehe...

idasm said...

mama aini,
alhamdulillah selamat semuanya.

Mmg kesian sgt kat diorang. rasa mcm tak sangka ibu diorang sanggup tinggalkan anak2 dia.

idasm said...

Zie,
mu ni mcm aku jugok... senang kuor air mata..
nyaknyer pulok ke mu.. mesti ofis mate mu fikir nape lah.. hehe...

tulah pasal.. ayah budak isap dadoh.. may be ibunya dok tahan lah kut.. tp tulah.. tergamok ibu dia tinggal bodo gitu je anok2 dia..

secangkir madu merah said...

Alhamdulillah.. mama ida selamat buat umrah .. mudah2an kita pun akan sampai ke sana satu hari nanti, insyaallah..
kesian dgn budak2 tu ya ida, emak dorang siap ada blog lagi, kalau gitu mesti mak dorang dah hidup senang dan kenapa tak ambil semula anak2 yg sudah lama kehilangan kasih syg ibu ayah tu?.. kesian

Tukang Campak said...

Aku klu bab bdk2 mmg dok leh la da, mmg laju je neleh. Msa aku cite Ke kawan aku pun genang2 airmata. Ratu airmata sungguh

Dr Singa said...

muka sama...
( ya lah.. dah memang anak beranak..)
comel aah yang sebelah natasha tu

So Shy Lady (SSL) said...

contoh parents yg t.btanggungjwb!
simpati sgt2 dgn nasib mreka.

mronta2 hati akk nk g umrah juga tngok gmba2 tu ;)

idasm said...

akak SMM,

Alhamdulillah, ida pun gembira sgt mama ida dapat tunaikan hasrat hati. Ida pun kalau ada rezeki nak pegi lagi jugak akan datang, insyaAllah...

Pasal mak diorang tu.. entahlah... susah nak komen.. dia tahu dia ada anak tiga orang tp dia tak rasa nak ambil tahu langsung.. entahlah...

idasm said...

Kaki Jalan,

ingatkan sapalah gerangan Kaki Jalan ni... awat tukaq identiti pulak ni... heheh...

mak ngan anak.. macam tulah.. hehe..

sapa ye sebelah natasya tu... ekekke...

idasm said...

akak SSL,

ida doakan cepatlah tercapai hajat hati akak tu ye... amin...