Wednesday, July 22, 2009

HARI KEENAM DAN KETUJUH PULAK...

Sambung semula catatan perjalananku di HK.

27 Jun 2009.

Hari keenam dan ketujuh kami adalah hari kami jalan2, window shopping dan shopping.. hehe.. mcm iye2 aje nak shopping.. ingat hadyai ke apa... hajat dihati mmglah nak shopping.. itupun kalau jumpa yg berkenan dan berbaloi utk dibeli. Hari ni mmg tiada lawatan dlm agenda kami.

Hari ini bermula selepas kami check out dr Hotel Prudential. Tapi kami tdk terus ke Hong Kong Island. Kami letak semua bagasi kami kat concierge hotel. Kemudian kami guna MTR utk ke Chung Kin Mansion. Kat sini kami tukar duit lagi. Kemudian alas perut sikit dgn capati kat kedai pakistani tu. Masa kat sinilah baru kami tahu yg Michael Jackson dah meninggal.. rupanya dh meninggal semalam lagi. Suamiku punyalah terkejut. Dia bukan apa.. dulu2 dia pernah ke konsert MJ ni. Hingga ke hari ni suamiku dok bercerita lagi kehebatan persembahan MJ waktu konsert tu.

Lepas tu kami jalan kaki utk balik ke hotel. Sambil2 singgah kat kedai2 yg ada sepanjang jalan Nathan tu. Kedai Fila ada offer 70%. Dapatlah beli beberapa helai seluar jenis lycra yg memang menjadi faveretku. Untuk adik2 ku pun kubelikan sehelai setiap orang. Utk adik Zul, kubelikan dia beg sekolah. Sempat juga suamiku pilihkan 1 handbag utkku. Aku ni mmg sukakan handbag simple seperti itu terus setujulah. Murah aje. Lepas diskaun 70% duit Mesia dlm 60.00.

- suka sangat dpt seluar warna pink!

- beg inilah yg kubawak ke hulu ke hilir sekarang ni.. besar, byk benda boleh masuk dlm ni..


Selesai kat butik Fila, kami singgah pulak kat butik G2000. Ada sale jugak. So dapatlah suamiku belikan beberapa kemeja utk adik2nya dan adikku Hadi serta Abah.

Habis aje shopping kat situ, kami pun terus ambil teksi utk ke Hotel Chatterhouse. Bila dah check in, barulah suamiku realize.. betapa berbeza saiz biliknya. Betapa kurang empuknya tilamnya dan betapa air condnya kurang sejuk. TV pun biasa aje, kat sana TV flat screen. Peti sejuk pun tak berfungsi dgn baik. Maka berderetlah komplen dr suamiku utk front desk hotel ni. Walau pihak hotel dah uruskan semua komplen suamiku tp hingga ke hari nak balik, suamiku masih rasa menyesal tukar hotel.

-inilah bilik di hotel Chatterhause.


- yg ni pulak bilik di hotel prudential.


Selepas dinner di cafe biasa tu, kami ronda-ronda di Times Square. Dekat aje dgn hotel....



Besoknya, kami bersarapan dgn dim sum kat cafe chinese food tu. Memang sedap sungguh dim sumnya. Byk pilihan pulak tu. Memang puashati.

- sebelum tiba ke jeti central

Aku cadangkan Langham Plaza - one of the largest shopping complex in HK kat suamiku yg bercadang nak cari barang lagi. Kami naik feri dari jeti Central ke jeti Tsim Sha Tsui. Tambang feri HK 2.30 seorang. Dari sana kami naik bas ke Mong Kok.

Klik2 dari dalam bas................





Tapi kami telah terlepas bus stop yg sepatutnya. Bas kat sini hanya berhenti di bus stopnya shj. Jadinya bas telah berhenti di bus stop seterusnya menyebabkan kami kena menapak sikit. Entah macamana, kami pulak tersesat.
Byk sgt pusing2, menyebabkan suamiku bad mood. Macamana tak bad mood, dah dekat pukul 3.00 petang dah.. perut pun dah berkeroncong. dlm hatiku berdoa, permudahkanlah perjalanan kami .. amin. Bukan apa, bila bercuti, aku seboleh mungkin cuba elakkan situasi yg bisa menyebabkan mood suamiku beralih arah. Hendaknya biar happy dan ceria aje... hehe.

Alhamdulillah, tak lama lepas tu, kami pun jumpalah dgn kompleks tu. Sebaik jumpa kompleks tu, aku ternampak signboard McD. Syukur sangat, aku walau dh tak lalu nak makan Fillet o fish tu, kupaksa telan jugak. Itu aje yg dpt alas perut kat situ. Dan mood suamiku kembali normal lepas isi minyak tadi.. hehe.

Kami pun teruskan ronda2 kami. Tapi ternyata shopping kompleks ni kurang sesuai utk kami. Kebanyakan kedai menjual barangan / fesyen (local brand) remaja masa kini. Jadi kami jalan2 dan klik2 ajelah.



- eskalator ni tinggi giler, yg paling tinggi di dunia setakat ini yg kujumpa..




Tak ada apa yg kami beli kat sini. Apa yg dihajati tidak ada di sini. Jadi kami pun keluar dari kompleks ni dan jalan2 sekitar kawasan tu pulak. Bila dah letih giler, kami pun naik bas utk kembali ke hotel. Masa ni pun kami tersilap perhentian lagi. Nasib baik ada wanita Filifina yg tolong kami. Jadi kami terpaksa naik tram utk ke hotel kami. Aku lupa nak ambil gambar tram ni. Tram ni sejenis train berbentuk bas tp mempunyai railway di tengah2 jalanraya. Tambangnya flat rate iaitu HK2.00 seorang.

Tiba di bilik dah dekat pukul 12.00. Cafe faveret kami pukul 9.00 dh tutup. Jadi kami pun dinner, eh supper kot... kat bilik ajelah. Makan bihun segera PAMA. Esoknya kami nak ke Disneyland pulak.

4 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida..lelaki ni sama sahajakan, bila perut kosong mood pun swing..ha.ha, tapi at least suami ida okay juga bab shopping kalau seyit kara..dua jam ikut akak shopping dia da pegi lepak bawah pokok..kata dia shopping kerja orang perempuan...dia pening..ha.ha

idasm said...

kak yati.. o mr. seyit pun mcm tu ke. mmg kak, ida mmg cukup jaga, kalau boleh x nak bg dia lapar dulu.. hahaha.. suami ida ni senang aje kak, mula2 layan dia shopping dulu, apa yg dia nak beli tu, tolonglah pilih sama.. bila dh abis yg dia punya.. barulah dia layan yg kita punya.. hehe..mcm kat kedia victorinox tu.. asalnya dia nak beli pisau lipat aje.. lepas tu mcm2 berkenan, kalau ikutkan bukan perlu sgt pun kitchen knife & can opener utk dapur ida tu, tp nak jaga mood dia, ambik aje le.. hehe....

nurul said...

seronok la baca kisah kak ida ni.. walaupun hari yang ke 6&7, kisahnya menarik.. banyak tempat yang kak ida dah gi.. nanti cite lagi ye.. cantik la seluar pink tu.. beg fila tu best la boleh letak banyak barang.. nurul suka..

idasm said...

nurul: suka bila ada yg suka... hehe. seluar pink tu mmg last piece n ngam2 saiz kak ida. suami cakap.. mmg dia tunggu ida aje tu.. hehe. beg tu mmg mcm2 boleh masuk nurul..