Friday, December 18, 2009

KENDURI KAWEN SEPUPUKU

Kenduri kawen sepupuku ini berlangsung pada hari raya haji kedua. Sebenarnya tiada apa yg special tentang kenduri kawen sepupuku ini, tp kerana aku yg menjadi mak andamnya, so teringin nak kongsi kat sini... hehe.

Kenduri kawen sepupuku ini sederhana sahaja. Jemputan lebih kurang 1000 orang. Dan ibu pengantin sendiri yang bertindak sebagai tukang masak, dibantu oleh seluruh kaum keluarga. Kiranya gotong royong sanak saudaralah untuk kenduri kawen ni. Kebetulan cuti raya haji, jadi ramailah sanak saudara yg dpt membantu. Kaum ibu tak menang tangan di dapur, manakala kaum ayah sibuk memotong daging lembu dan menyiapkan khemah.


Aku cuma bantu bahagian pengantin aje. Touch up sikit2 mana yg patut dan volunteer utk menyolek sepupuku. Memang semua make up dan alatan menyolek telah ku bawak balik dr KL, (dh ingat dlm kepala nak tolong make up), siap dengan bulu mata palsu lagi.. hehe.

Pengantin lelaki dari Johor. Majlis akad nikah dijadualkan pada jam 10.00 pagi. Jadi seawal jam 8.00 pagi aku dah bersiap sedia utk mulakan tugas menyolek (kumemang suka buat ni semua).



Ketibaan rombongan pengantin lelaki disambut oleh mak sedaraku yg tinggal di Pinggiran Putra.

Pelamin yg simple aje. Pakat buat ramai2.. aku tak sempat tolong pun.

Majlis akad nikah.

Pengantin menyarung cincin 'langkah bendul' yg dihadiahkan oleh pihak lelaki buat kakak pengantin.


Hantaran untuk pengantin lelaki.



- sepupuku ini tak mashu pakai baju.. jenuh mak dia pujuk...

Anak mama bersama ibunya...

Sepupu cilikku , Erna

Sebahagian kaum sepupu... payah nak kumpul semuanya... ada yg malu2, ada yg jual mahal.. ada yg bz.. hehe...

Bila semua dh ok, kami makanlah pulak.. hehe.. Menu nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging, jelatah dan sambal belacan.. nyummy!!!

Gambar ni diambil selepas majlis tahlil & kesyukuran yg diadakan pd malam sebelum hari kenduri.

Seronok bila ada kerja besar macam ni sekali sekali. Dapat berkumpul ramai2 dan saling bertukar cerita. Dekat dan jauh , semuanya melabuhkan sauh, sekali sekali pasti riuh...

6 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

kelakarlah sepupu ida yang tak mahu pakai baju tu, ha.ha.ha..kenapa shikin dapat kurus sangat? Kalaulah kita kurus cam tu ida aik..baguskan..
lama tak makan nasi minyak, kat melaka selalu kenduri masak nasi beryani aji..

idasm said...

Kak Yati... itulah kak. hari kenduri tu... dia selamba aje ke sini sana tak berbaju. kalau lelaki takpe gak, ini pompuan... hahaha. menurut maknya, memang kat umah pun macam tu. kdg2 bogel pun ada.. hehe.

o syikin nampak kurus ke. yealah, mana nak study, mana nak jaga baby. rumahtangga lagi. byk hal tu. ish.. kalau kita boleh kurus cam tu mmg best kak.. hehe..

en_me said...

musim orang kawen kannns.. ehehe, salamm akak idasm ittewww

secangkir madu merah said...

selamat pengantin baru pada mempelai...
meriah sungguh kenduri tu..
mak andam bidan terjun lah ni eh..

idasm said...

kak smm, tima kasih. meriah cara kampung aje kak. hehe. ida mmg suka make up kak.

idasm said...

en_me. tima kasih sudi berkunjung. mmg cuti sekolah ni musim org kawen.. hehe..