Monday, April 26, 2010

LATEST RECIPE

Kali ni nak post entri makanan. Dah agak lama blog ini tak letak gambar makanan kan.. hehe.

Minggu lepas, diriku telah dibawa makan tengahari di Restoran Latest Recipe - Hotel Le Meridean, KL. Kalau dulu kami gemar ke Sudu Restaurant - Hilton. Tapi sekarang dh beralih arah ke sini pulak. Sebabnya? sebab.. range japanese food dia lebih banyak. Kami ni mmg giler japanese food. Kalau kat Sudu, boleh dapat California Roll dan Sushi serta Maki Roll unlimited, tp kat Latest Recipe ada lagi satu tambahan iaitu Pilihan Teppanyaki. hehe!

Bila tiba aje, ku terus ke kaunter Japanese Food. Layan pic kat bawah ni yea... hehe...


- california roll & smoked octopus..

- ku memang tak boleh blah dgn raw smoked fish ni... hehe...
(yg warna oren tu, ikan salmon. yg warna merah tu tak sure ikan apa, yg pasti sedap.. hihi)

- udang tepanyaki n california roll. mmg sedap!!!

- beef teppanyaki... yg ni memang sedap... dagingnya lembut giler!!!!



- bila makan japanese food, mesti kena cicah dgn wasabi ni. dulu mmg tak reti makan benda alah ni. rasa semacam. tapi sekarang kalau xde wasabi ni, rasa cam tak lengkaplah pulak... hehe..



- yg ni pulak salad yg dihasilkan oleh suamiku. suamiku mmg terer buat salad. Tp salad ni kontemporari dah.. sebab suamiku dh selitkan udang tempura kat atas tu.. hehe...


- ini pulak pinggan2 yang telah licin... hahaha.. kami mmg kuat makan!


Dah habis japanese course, ku teruskan lagi dgn hidangan2 lain yg menjadi pilihan seleraku. Seperti biasa jugak.. smoked oyester tak boleh tinggal. Twistkan sedikit tabasco sos ni... mmmm.. nyummy!!!!


- strawberri ni nampak aje banyak... tp mmg kuboleh habiskan.. hehe...

- kalau Siti makan strawberri cicah coklat, ku pula.. strawberri cicah ais krim..
hahaha.. mmg best!!!


- inilah rupa ais krimku.. perisa vanilla dan diserikan lagi dgn almond, walnut dan gajus...

- suamiku tak makan strawberri, so dia prefer makan buah-buahan bersama ais krim...




Okey jom kita tengok rangkaian hidangan yang lain yang ada di sana...


- pilihan kerabu dan aneka sambal...


- yg ni kaunter makanan jepun... lihatlah raw fish tu.. bersusun.. kalau habis.. diorang akan tambah lagi.. hehe.. sebelahnya adalah hot plate utk diorang buat teppanyaki...

- yg ni pula.. aneka maki roll. ku tak makan pun yg ni sebab dh biasa...hehe..

- ini kaunter seafood. ada oyester, clam / mussel dan udang...


- yg ni appetizer... tak sempat makan pun.. tangki dh penuh.. hehe

- adik ni tgh prepare ais krim untukku....


- yg ni pulak kaunter utk segala macam mak nenek makanan timur tengah / indian / moghul.. jgn haraplah ku nak sentuh kawasan ni.. hahahaha...


- inilah kaunter salad. macam2 jenis daun ada..
pilih dan adunkan sendiri dalam mangkuk besar kat hujung tu...

- aneka dim sum...


- kaunter noodles pun ada....


- tidak ketinggalan, kaunter pasta.. cakap aje nak pasta yang mcmn..
semua diorang boleh buatkan...


- ini bubur... bubur kacang hijau kalau tak silap.. ku just snap picnya aje...
nampak macam sedap, tp mmg tak boleh masuk dah... hehe...


- yg ni pulak aneka buah-buahanlah...



Sebenarnya rangkaian dessertnya banyak jugak. Tapi ku just klik2 yg mana sempat aje...



- wafer pun ada...

- dari sinilah, ku ambil sate strawberri tadi... ada anggur jugak...


sebelum selesai, minum secawan latte dulu... (pahit giler.. ku bukan suka coffee pun...)

- interframe sikit.... hihi...


- yg ni tukang makan, posing sikit sebelum keluar dr hotel.. hehe..

Alhamdulillah.....

Wednesday, April 21, 2010

BERTEMU SITI LAGI... SERONOKNYA!!!!

16 APRIL 2010 - JUMAAT.

Alhamdulillah, sekali lagi diriku berpeluang utk join satu event ni yg melibatkan Dato' Siti, iaitu, Majlis Sambutan 15 tahun Siti Dalam Industri Seni. Sekali dgn Majlis Pelancaran Album Duet Saida n Sairah - Apresiasi.

Majlis ni diadakan di Wisma PKPS, Shah Alam. Diriku drive sorang2 dr KL ke Shah Alam. Memang dh lama tak ke sana bersendirian. Dolu2 pernahlah. Dlm 5, 6 tahun lepas. So mmg tak ingat sgtlah. Selalunya kalau pergi Shah Alam, berdua ngan suamiku. Tp kali ni pergi sendiri. Memang tak mengharapkan dihantar oleh suamiku pun, sebab nanti selesai majlisnya tak tahu pukul berapa, susah pulak suamiku nanti nak kena dtg ambil. So, suamiku yg baik hati telah membuat lakaran secara lebih kurang... jalan mana yg harus kuturutkan.

Alhamdulillah, selamat tiba di Shah Alam, tapi entah macamana ku boleh tersesat sikit. Tp syukur ku tiba jua akhirnya dgn bantuan talian hayat .. hehe.. drpd adik2 SitiZoners, dptlah kucari Wisma PKPS. (entah mcmn dpt sms addressnya silap sikit. dlm sms tulis wisma PKNS, panjang gak tengkukku nak intai manalah Wisma PKNS ni.. rupanya silap taip.. Wisma PKPS rupanya.. hehe.)

Dan majlis memang meriah. Tema pulak hitam dan merah. Seronok sangat dapat berjumpa dgn teman2 sedaerah... (SitiZone lah tu!!!), yelah sekarang ni bukan selalu berkesempatan join event Siti ni. Orang lain dh dpt jumpa 10 kali, diriku baru dapat sekali. Nasib le. Tugas terpaksa didahulukan.. hehe.



Sementara menunggu majlis bermula, kami merayau ke beberapa meja, bertegur sapa dan beramah mesra, sambil2 tu sempatlah bergambar bersama, maklumlah lama tak jumpa... hehe



- kembar SNP! Miela dan K.Zyee

Tapi utk majlis kali ni, diriku memang terhutang budi sgt kat Dato' K. Tak sangka pulak dia nak tunaikan requestku yg sememangnya bukan kurancang dari awal. Entah macamana, bila saja Dato' K tiba kat mejaku, secara tiba2 timbul idea ni. "Dato', boleh tak Dato' bawakkan Siti datang ke sini, lama sgt tak jumpa Siti ni.. rindu!" kataku pada Dato' K.

Dan sememangnya cempedak menjadi nangka, tak disangka-sangka, rupanya DK telah bersusah payah bawak Siti ke meja kami. Dan diriku .. apalagi.. terus tak lepaskan peluang, menerpa ke arah Siti, menghulurkan tangan utk bersalam, melagakan pipi di kiri dan kanan (dlm hati tuhan saja yg tahu, betapa hatiku menggebu), sambil mulutku menyapa mesra bertanyakan khabarnya serta menitipkan salam drpd suami tercinta. Dan selepas itu, inilah hasilnya... hehe

Memang dapat peluang, tapi sayang gambar cahayanya kurang. Jadi ku mintalah sekali lagi drpd Siti.

- inilah gambar yg tak cukup cahaya tu...

- ini pula gambar yg sama tp telah diedit olehku... hehe.. ok sikit kan...


Kali ni minta tolong Fzi snap guna camera Mond (Nikon D90), Cukuplah 2 kali. Diriku dh berpuashati.

- yg ni drpd camera Mond, disnap oleh Fzi...

- bersama DK yg begitu sporting...

Perjalanan majlis masih panjang. Ada persembahan nyanyian oleh Saida n Sairah. Juga duet 5 beradik (termasuk Siti, Ali dan Ayie). Ada persembahan surprise utk Siti oleh Adik Wada dan Jac.

- acara kemuncak 15 tahun CT


- si cilik yg berbakat ini, Crystal Lee juga telah menyampaikan 2 buah lagu Siti,
Nirmala dan Destinasi Cinta

Dipendekkan cerita, jam 12.30 pagi, majlis secara formalnya dh selesai, tp Siti masih ditemuramah wartawan. Dan diriku terpaksa minta diri dulu kerana suamiku yg nak berlepas ke Spore (bersama ayah angkatnya, HA) telah sedia menunggu. Ku pun apalagi, pecut 11o le... dan jam 1.10 pagi, ku dh selamat tiba di rumahku... hehe


Maka, tak sempatlah diriku nak menunggu Siti hingga ke akhirnya... hehe. Tapi sebelum sesi temuramah, kami Sitizoners telah berpeluang bergambar bersama Siti.

- sesi pertama bersama SZ

- sesi kedua bersama SZ

- sesi ketiga bersama SZ


Hidangan makan malam secara buffet dari awal majlis lagi...





- Mond, Nurul, Zue Zf (Zue dah berbadan dua, seronoknya!), Ida dan Ctea Fairuz


- Kak Zyee yang baik hati dan berdedikasi...
antara yg menjadi buruan lensa pada malam itu.. hehe


Oklah tu. Seronok! Selain dapat bertemu Siti, dapat juga berjumpa teman2 SZ, yg memang agak lama tidak bersua dan berkumpul ramai2 chenggini... Macam2lah aksi kami. Bergurau senda, usik mengusik sesama sendiri. Ternyata... kenangan indah tercipta lagi. Meninggalkan seribu memori, yg pasti takkan terpadam di sanubari....