Wednesday, April 21, 2010

BERTEMU SITI LAGI... SERONOKNYA!!!!

16 APRIL 2010 - JUMAAT.

Alhamdulillah, sekali lagi diriku berpeluang utk join satu event ni yg melibatkan Dato' Siti, iaitu, Majlis Sambutan 15 tahun Siti Dalam Industri Seni. Sekali dgn Majlis Pelancaran Album Duet Saida n Sairah - Apresiasi.

Majlis ni diadakan di Wisma PKPS, Shah Alam. Diriku drive sorang2 dr KL ke Shah Alam. Memang dh lama tak ke sana bersendirian. Dolu2 pernahlah. Dlm 5, 6 tahun lepas. So mmg tak ingat sgtlah. Selalunya kalau pergi Shah Alam, berdua ngan suamiku. Tp kali ni pergi sendiri. Memang tak mengharapkan dihantar oleh suamiku pun, sebab nanti selesai majlisnya tak tahu pukul berapa, susah pulak suamiku nanti nak kena dtg ambil. So, suamiku yg baik hati telah membuat lakaran secara lebih kurang... jalan mana yg harus kuturutkan.

Alhamdulillah, selamat tiba di Shah Alam, tapi entah macamana ku boleh tersesat sikit. Tp syukur ku tiba jua akhirnya dgn bantuan talian hayat .. hehe.. drpd adik2 SitiZoners, dptlah kucari Wisma PKPS. (entah mcmn dpt sms addressnya silap sikit. dlm sms tulis wisma PKNS, panjang gak tengkukku nak intai manalah Wisma PKNS ni.. rupanya silap taip.. Wisma PKPS rupanya.. hehe.)

Dan majlis memang meriah. Tema pulak hitam dan merah. Seronok sangat dapat berjumpa dgn teman2 sedaerah... (SitiZone lah tu!!!), yelah sekarang ni bukan selalu berkesempatan join event Siti ni. Orang lain dh dpt jumpa 10 kali, diriku baru dapat sekali. Nasib le. Tugas terpaksa didahulukan.. hehe.



Sementara menunggu majlis bermula, kami merayau ke beberapa meja, bertegur sapa dan beramah mesra, sambil2 tu sempatlah bergambar bersama, maklumlah lama tak jumpa... hehe



- kembar SNP! Miela dan K.Zyee

Tapi utk majlis kali ni, diriku memang terhutang budi sgt kat Dato' K. Tak sangka pulak dia nak tunaikan requestku yg sememangnya bukan kurancang dari awal. Entah macamana, bila saja Dato' K tiba kat mejaku, secara tiba2 timbul idea ni. "Dato', boleh tak Dato' bawakkan Siti datang ke sini, lama sgt tak jumpa Siti ni.. rindu!" kataku pada Dato' K.

Dan sememangnya cempedak menjadi nangka, tak disangka-sangka, rupanya DK telah bersusah payah bawak Siti ke meja kami. Dan diriku .. apalagi.. terus tak lepaskan peluang, menerpa ke arah Siti, menghulurkan tangan utk bersalam, melagakan pipi di kiri dan kanan (dlm hati tuhan saja yg tahu, betapa hatiku menggebu), sambil mulutku menyapa mesra bertanyakan khabarnya serta menitipkan salam drpd suami tercinta. Dan selepas itu, inilah hasilnya... hehe

Memang dapat peluang, tapi sayang gambar cahayanya kurang. Jadi ku mintalah sekali lagi drpd Siti.

- inilah gambar yg tak cukup cahaya tu...

- ini pula gambar yg sama tp telah diedit olehku... hehe.. ok sikit kan...


Kali ni minta tolong Fzi snap guna camera Mond (Nikon D90), Cukuplah 2 kali. Diriku dh berpuashati.

- yg ni drpd camera Mond, disnap oleh Fzi...

- bersama DK yg begitu sporting...

Perjalanan majlis masih panjang. Ada persembahan nyanyian oleh Saida n Sairah. Juga duet 5 beradik (termasuk Siti, Ali dan Ayie). Ada persembahan surprise utk Siti oleh Adik Wada dan Jac.

- acara kemuncak 15 tahun CT


- si cilik yg berbakat ini, Crystal Lee juga telah menyampaikan 2 buah lagu Siti,
Nirmala dan Destinasi Cinta

Dipendekkan cerita, jam 12.30 pagi, majlis secara formalnya dh selesai, tp Siti masih ditemuramah wartawan. Dan diriku terpaksa minta diri dulu kerana suamiku yg nak berlepas ke Spore (bersama ayah angkatnya, HA) telah sedia menunggu. Ku pun apalagi, pecut 11o le... dan jam 1.10 pagi, ku dh selamat tiba di rumahku... hehe


Maka, tak sempatlah diriku nak menunggu Siti hingga ke akhirnya... hehe. Tapi sebelum sesi temuramah, kami Sitizoners telah berpeluang bergambar bersama Siti.

- sesi pertama bersama SZ

- sesi kedua bersama SZ

- sesi ketiga bersama SZ


Hidangan makan malam secara buffet dari awal majlis lagi...





- Mond, Nurul, Zue Zf (Zue dah berbadan dua, seronoknya!), Ida dan Ctea Fairuz


- Kak Zyee yang baik hati dan berdedikasi...
antara yg menjadi buruan lensa pada malam itu.. hehe


Oklah tu. Seronok! Selain dapat bertemu Siti, dapat juga berjumpa teman2 SZ, yg memang agak lama tidak bersua dan berkumpul ramai2 chenggini... Macam2lah aksi kami. Bergurau senda, usik mengusik sesama sendiri. Ternyata... kenangan indah tercipta lagi. Meninggalkan seribu memori, yg pasti takkan terpadam di sanubari....

7 comments:

HLiza said...

Oh ni memang peminat Siti habislah ni..

idasm said...

habis? hahaha.. nape kak?

DrSam said...

semua nampak ceria dan DK pun nampak sporting habis.

idasm said...

ye Dr., DK memang sporting abis. dia selalu mcm tu kalau dgn fans dct. dan kami sememangnya lah ceria.. hehe

Syahmi Mohd Isa said...

jeles!! ahaha...

idasm said...

syahmi.. rakaman 13 mei nanti pergilah.. mana tahu ada rezeki boleh jumpa dct. kak ida x pergi.

Sha Syalizz said...

best!! antara kenangan tak dpt dilupakan.. :) thks kak. sudi share!