Sekejap aje, esok dah nak balik KL. Hari ini kami sewa Kijang (kat Msia - namanya Unser). Konon nak buat lawatan sikit2..
klik2 dr dalam kereta...
Jadi seperti biasa lepas sarapan pagi, kami keluar. Mula-mula kami ke Senayan Plaza. Kalau kat Mesia, tempat ni lebih kurang standard KLCC atau Pavi lah. Kami ke sana bukan nak shopping just jalan2 aje. Tp bila masuk ke Debenhams, ida ni berkenanlah pulak kat satu kasut Elle tu. Tengok harganya selepas diskaun 25% jadi Rp460,000. Tp bila nak bayar, rupanya 'sale'nya bermula pada jam 9.00 mlm nanti. Pulak dah. Terpaksalah ida tanya suami dulu, mcmn? boleh datang semula kat sini malam nanti ke tak. Suamiku cakap.. takpelah nanti malam kita datang balik ke sini, kan kita dh sewa kereta, so senanglah. Jadi, kasut tu, ida booking siap2. Salesgirl pun dh bagi resit belian kat ida. Katanya, nanti malam, dtg sini dan terus bayar. Ok set. (dlm hati, mintak2lah malam nanti sempat dtg sini balik. ida suka sangat dgn kasut tu. (tinggi tp selesa sangat)
masa nak ambil gambar ni, pelayan kedai datang bagitahu.. tak boleh ambil gambar kat sini..
suamiku buat dek aje...
Destinasi seterusnya adalah Tugu Monas. Tugu Monas ni adalah tugu peringatan nasional negara ini. Ianya didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia melawan penjajah Belanda. Kami ambil gambar dari jauh sahaja, sebab nanti kalau dekat tak nampak pulak tiangnya.

Kami singgah makan tengahari (masakan padang) sebelum ke Mangga Dua. Ida tak sabar sebenarnya nak ke Mangga Dua ni sebab ida nak beli beberapa blous dari kedai yang sama yg pernah ida beli 2 tahun lepas. Maklumlah saiz badan ni tak macam org lainkan. (ada lagi ke kedai tu?... hehe).
Setelah meronda lebih kurang 1 jam, barulah ida jumpa kedai tu. Rupanya tersilap level. Kami dok cari kat level G, rupanya kedai tu kat LG.. hehe. Tuan kedai ni pulak, lepas satu, satu diberinya blous utk ida cuba. Rasanya ada dekat 15 helai disuruhnya ida cuba. Penat jugaklah.. hehe. Ida pilih 5 helai aje, yg berkenan dan sesuai. Sebenarnya harga xdelah murah sangat, kat KL pun lebih kurang ni jugak harganya, tp sebab padan dan sesuai, tu yg ida beli tu.
Mama beli apa kat sini ye. ha.. mama beli handbag dan beberapa baju utk adik2. Nor pulak beli baju tidur utk fatin, manakala adik zul beli jeans dan kemeja.
Sebenarnya mlm nanti (19hb) adalah besday suamiku, so kami pakat nak buat surprise utknya. Jd sambil ronda2 tu, kami intai jugaklah kalau2 ada kedai kek. And at last, we found it. Dapatlah beli sebiji kek coklat. Plan kami ni tak susah sebab sepanjang kami ronda2 kat sini, suamiku melepakkan dirinya kat Cafe JR sambil menikmati aneka donut.

Ida jugak sempat membeli 30 keping dvd filem dan drama bersiri kegemaran ida - Grey's Anatomy Season 6 (full). Tapi sebelum beli ida suruh cewek itu test satu persatu sehingga selesai 30 keping tu, hahaha, sebab ida nak pastikan kualitinya. Harga sekeping dvd memang berbaloilah... Rp 5000 = RM 1.85 sekeping, Murah gilerkan. Kalau kat KL, ida dapat dalam RM 7.00 sekeping. Tp rugi pulak tak beli byk lagi sebab kualitinya mmg superb r.
Lama jugak kami kat Mangga Dua Square ni. Suamiku geleng kepala. Kat sini pun dah berejam, tak sempatlah u all nak ke WTC, katanya. Hahaha.. nak wat camner, ida selesai, mama pulak belum. kami selesai, pengantin baru pulak yg belum.. so beginilah jadinya. Sebelum pengantin baru muncul, kami pun layanlah klik2 dulu.. (rupanya pengantin baru pun beli sebiji kek utk abahnya, patutlah lambat..)
tak habis lagi ni.... hehe...
11 comments:
seronok kan jln2 kak. jauh perjalanan, luas pemandangan :)
p/s: ada tag utk kak ida ;)
tak habis lagi ke citer ni...macam baca novel pulak dah..best ye ida borong sakan..barang murah kt sana seronok shopping..
nadiah... best jugaklah walau jalan dekat aje.. hehe. (alamak ada tag ke? hehe)
kak sal.. biasalah ida ni kalau dah bercerita... hahaha...
(blog ni lebih kurang mcm diari idalah.. nanti bila ida tua.. senang sikit ida nak imbas kenangan... hehe)
wah seronoknya jalan jalan dan makan makan....shopping dan bergambar..sakan..
memang sakan. holiday ni begitu bermakna buat ida sebab mama dan adik2 join sekali (walaupun hanya jakarta)
thanks kak smm
(blog ni lebih kurang mcm diari idalah.. nanti bila ida tua.. senang sikit ida nak imbas kenangan... hehe)
Akak ingin berpesan pada Ida. Save kan semua artikel Ida tu dlm thumbdrive sbb jika dibiarkan dalam blog, nanti kena kes akak. Blog lama akak kena tendang. Habis semua artikel tak dapat nak diselamatkan. Sekiranya akak hendak semula artikel tu, akak kena bayar beribu hinggit huhuhu... tak kuasa akak nak bayar.
Cute lah trio tu hehehe
kak zara,
o mcm tu ke. laa.. kesiannya kat akak. tima kasih bagitahu ida. nanti ida save.
(ada jugak blog kena tendang ye. mcm2.)
trio tu?... hahaha... thanks kak.
ammvoiii sonoknyer berwisatawan ghitewww.. uhuhu
en me, mmg best berwisataan... hehe..
ehh ole2 utk sha & anje? haha...
kak,
kak sha dah tukar blog.
http://awansyalizz.blogspot.com
blog lama tak pakai dah. okay eh.
Post a Comment