Saturday, August 7, 2010

BELI IKAN DI KUALA SELANGOR




Tengah bulan Julai lalu, di satu hari yg indah... hehe..tetiba suamiku beritahu nak pergi beli ikan kat Kuala Selangor. Bagus jugak, Ida pun mmg tak pernah ke sana lagi. Kawan suami pun ikut sekali. Masa pergi, suami suruh ida drive (sebab pergi ngan kete ida, so semangatlah sikit nak drive, hehe). Tapi bila dh lepas Sg Buloh, ida rasa mengantuklah pulak. So tukar turnlah lepas tu.


Sempatlah ida nap kejap. Sedar2 dh sampai kat simpang ni.

Sebenarnya kawan suami yg pernah beli ikan kat sini. Jadi kami cuma berpandukan arah dr dia sahajalah, tp disebabkan dh lama jugak dia tak pergi, dia pun ingat2 lupalah jugak.. hehe.

Tapi kami takdelah sesat sangat, cuma sekali U turn aje, lepas tu dah jumpa dah tempat yg dimaksudkan tu. Ida tak ingatlah pulak nama tempat ni. Yg pasti kawasan ni adalah kawasan nelayan cina. Pelik juga bagi ida, sebab kat ganukiter, nelayan semua org melayu. takde org cina... hehe. Kebanyakan rumah diorang di dalam paya. Bila air muara pasang, rumah mereka akan berada di dalam air. Tp bila air kering, nampak semua sampah sarap yg dibuang begitu sahaja ke tanah. Memang sakit jugaklah mata memandang senario tu semua. (kat ganukiter, takde ni semua...)




Kedai-kedai yang menjual ikan segar di sini memang terus dari laut. Dan kedai2 ini memang berada di atas jeti di tepi muara. Bila kita melangkah masuk dan terus jalan hingga ke hujung, kita akan nampak muara dan bot2 nelayan seperti gambar2 di bawah ni...




Dah klik2 tepi jeti, barulah ida tengok ikan yg dijual. Ada macam2 ikan. Tp waktu kami tiba ni lebih kurang 2.30 ptg. Kata peniaga tu, byk ikan telah dibeli oleh pemborong2 ikan. Kami terlambatlah sebenarnya. Tp takpe banyak lagi yang ada. Meh, kita layan ikan2 dulu yea...



- ikan merah tu segar giler, ida beli 3 ekor.


- anak senangin ni mmg ida beli banyak jugaklah (sedap ikan senangin ni...)



Ikan merah dan ikan kurau, mmg mintak diorang siang siap2. Tp anak senangin tak perlulah sebab saiznya tak besar sgt, so x susah utk siang sendiri bila nak masak nanti. Kami beli jugak ketam dan udang sikit. Sotong kami tak beli harganya agak mahal dan tak berbaloi utk saiznya yg agak kecil.

- pekerja kedai tolong hantar ikan2 tu ke kereta. Penuh dah 2 tong. Lepas tu kami terus balik ke KL. Kawan suami cakap, nanti sebelum ramadhan boleh datang beli lagi sekali ikan2 kat sini. (dlm hati ida ... jauhlah tempat ni dan harga pun takdelah murah), dalam hati aje, tapi kalau suamiku ajak lain kali ,boleh aje... hehe.

- ladang kelapa sawit..


Ohya! sewaktu nak balik, ida ternampak papan tanda tertulis Tg Karang. So tak surelah tempat ni kat Kuala Selangor ke Tg Karang.... hehe.. sori yea...

Ida dh google sekejap td sebelum post entri ni. Tempat ni terletak kat Bagan Pasir, Tg Karang... hehe...

12 comments:

Chenta said...

Salam manis ida ..

Harap awak sihat bersama keluarga .

Pernah 3 kali gi Kuala Selangor. Memang besh . Ikan segar .
Now, alhamdullilah ..bila pindah Tgganu , hari2 dpt ikan segar .

hehee

en_me said...

jauhnyerr beli ikan tewww.. ehehe

HLiza said...

Akak pernah tinggal di Kuala Selangor masa muda2..tapi tak perasan lak mak beli ikan kat mana..

idasm said...

salam linda yg manis,

tima kasih berkunjung ke sini. bestkan stay kat trg. mmg dapat ikan segar setiap hari.

idasm said...

en me,
tulah pasal kan... hehe..

idasm said...

kak Hliza,

o akak pernah stay kat kuala selangor ke. yealah masa kita kecil, mana nak ambik tau kan kak..

sweetsal said...

masak ikan bakar pun sedap tu ida..rajin nya gi sampai kuala selangor..akak tak pernah sampai sana lagi..

idasm said...

kak sal, tahu ajelah abg Y tu.. hehe. suka makan ikan punya pasal. ida pun pertama kali pegi sana kak.

Nadiah Sidek said...

best la dpt ikan fresh. sini lama dah tak mkn ikan fresh. ikan frozen je kat sini sbb nebraska ni jauh dr laut..

idasm said...

o ye ke, sian kat nadiah ye. lain kan rasa makan yg fresh ngan yg frozen...

Nor Ramli said...

salam ida..
ahaa...epel pun penah beli ikan di tempat yg sama...memang puas hati... :)

idasm said...

o ye ke epel. bestkan. geram je tgk ikan2 segar tu...