Thursday, January 12, 2012

KOMUTER

Bulan lepas, suami ajak pergi Seremban. Sebenarnya mmg kami selalu pergi Seremban sebab suami ambil bekalan ubat drpd doktor pakar kat Hospital Tuanku Jaafar tu. Dulu dia ambil drpd GHKL, tp selepas direkomen oleh kawannya dia pindah kat sana pulak. Biasalah penyakit keturunan ni... 3 bulan sekali mesti kena buat check up dan ambil ubat.

Selalunya kami berkereta tp kali ni suami ajak naik komuter pulak. Nak bagi experience naik komuter kat buah hati pengarang jantung kami tu.. hehe.

Kami parking kereta kat Segambut dan ambil train pergi balik. Nasib baiklah pergi dan balik kami dapat seat. Dalam train, amira sibuk nak ke sana ke mari. Sampai kat Seremban, dah ada orang tunggu nak bagi ubat tu. So kami minum2 kat stesen tu sekejap sebelum ambil train balik ke KL.

Sampai Segambut, hari dah nak malam. Then kami buat kesimpulan, tak best sgt naik train ni sebab makan masa. Drive sendiri lebih jimat masa. Tapi takpelah just utk pengalaman. Kalau tak naik tak tahu... kan.. hehe..

Tapi sejak dari itu, amira pantang nampak train di mana2 (samada LRT, Monorail atau Komuter), ringan mulut dia cakap... mama! mama! train! jom! naik! ... dan kami bantai gelak ajelah.

ok.. kita layan gambar pulak yea...

Ini sewaktu menunggu train kat stesen Segambut.



Yang ni pulak sewaktu dalam train. Belon tu ada anak cina yang bagi kat amira.






Yang ni pulak semasa kat Stesen Seremban. Amira dah tak sabar nak masuk semula dalam train sebab tulah dia tarik tangan ida tu, tp waktu ni komuter belum sampai, yang sampai cuma keretapi express.



22 comments:

Marzalina said...

wah..best la naik komuter..intan kalau pi Kl..pernah jugak la naik dua tiga kali...mudah sbb tak payah nak bersesak dalam trafik jam..tak payah pening cari parking hehe.

anak n mama pakai pink gitu hehe

HLiza said...

Sesekali best juga kan naik pengangkutan awam! Akak ada kenangan naik komuter ramai2 dari Kajang ke Seremban sebab mak mertua teringin nak rasa. Masa tu Iqa baby lagi..dia siap buat 'bisnes' atas pangkuan akak dan bocor dari pampers sampai meleleh dan ramai yg perasan..ada yg menjerit geli! Haru betul! Kami cepat2 berhenti kat satu stesen dan cari toilet..Sampai hari ni akak cerita pada Iqa..dia bengang sebab manalah dia faham apa2 masa tu..hehe

mama aini said...

salam ida..sukanya amira dpt naik komuter..percaya tak mama tak pernah naik lagi?..he2x..takut takde tempat duduk..mama kan tak tahan berdiri, nanti kaki begkak..hu2x..

WuMing said...

Masa WuMing kena kerja kat Shah Alam dulu selalu juga naik banda ni..

Tapi sampai hari ni masih tak boleh beza mana satu Komuter, Monorail dan LRT..

Lembab betul laa..

Train taw laaa...

idasm said...

intan, mmg best naik komuter tp kalau tak dapat seat, penat jugak nak berdiri kan...

idasm said...

kak Hliza,
sekali sekala bagi ida best jugak. wah.. akak naik komuter secara konvoi mesti lagi meriah kan..

Alahai kesiannya kat akak, tp nak buat mcmn kan.. iqa bukannya sengaja nak bocorkan.. hehe

idasm said...

mama aini,
ida pun rasanya itulah pertama kali naik komuter. Tp komuter lebih kurang monorail dan lrt aje.

akak kalau naik komuter boleh masuk kat pink coach, khas utk wanita shj. may be boleh dapat seat.

Ros said...

Salam idasm,

Sesekali tu..naik pengangkutan awan ni best jugak kan...Amboi Amira ni macam2 gaya dia posing....come la....

Dinas Aldi said...

Suka sangat tengok Amira, comel!

Akak dulu pernah saja je naik komuter to nowhere sebab teringin nak merasa, kahkah! Tapi dah lama dah, tahun 2000 dulu.

Nadiah Sidek said...

sekali-sekala bagus juga kak bawa anak naik komuter. ubah angin sikit..budak-budak jadi seronok. err..tapi jangan naik masa pick hour dah la :p

idasm said...

WuMing,
thanks singgah bg komen. LRT dan monorail mmg lebih kurang aje. tp relnya mmg lain.

idasm said...

Kak Ros,
betul kata akak tu, sesekali best jugak kan...
Amira mmg pandai posing sekarang... hehe..

idasm said...

akak Dinas,
tak salah apa yg akak buat tu.. ida pernah buat chenggitu masa LRT sebab just nak merasa.. masa tu baru2 LRT ada kan... hehe...

idasm said...

Nadiah,
Amira mmg seronok sgt. Sampai sekarang dia dok ingat. Mmg jenuhlah nak layan dia bila dia nampak LRT lalu masa dlm kereta...

Cho Zila said...

akak ada gak berfikir nak buat gitu saja2... tuler belum ada masa nak buat lagi... best kalau sekali2 tapi kalau selalu pengsan...

muchukz said...

comel nyer si kecik ..

idasm said...

akak Cho Zila,
betul kata akak tu. kalau selalu boleh pengsan.. hehe. tp sekali sekala oklah kan...

idasm said...

muchukz,

tq dear...

So Shy Lady (SSL) said...

wah sronok btul amira! akk baru 2x bw ank2 naik train g kl. t.brani la org sesak sgt ;D

idasm said...

kak SSL,
kalau org ramai sangat mmg rasa rimaskan kak. Lepas tu tak dapat seat. lagi haru.
sekali sekala naik train oklah , selalu sangat susah pulak...

Wa said...

jarang sangat naik train , kat sini dua kali je kot naik komuter , tapi masa gi bagpack ke Tokyo, hari-hari naik train,,rasa mcm nak muntah je tgok train ..hehe...

idasm said...

Wa... kalau selalu sgt jemu jugak kan...
tp sistem LRT kat sana canggih kan. byk line dan sgt mudah kan..