Wednesday, February 22, 2012

JALAN-JALAN MEDAN - BERASTAGI

Sambung lagi jalan-jalan hari ketiga ni. Perjalanan daripada pergunungan Parapat menuju ke Berastagi memakan masa 4 jam juga sebenarnya. Tapi Pak Supir kami, namanya Jocky Manalu sudah bilang awal2 akan singgah di dua tempat wajib pelancong.. hehe. Sebenarnya ida lupa samada pak supir kami ni Islam atau tak, sehingga Wahida dr blog femes sana tanya ituhari, ida refer balik ngan suami, so ini jawapannya, Pak Jocky non-muslim, dia orang Batak. Tak pastilah pulak agamanya apa. Tp sepanjang perjalanan, byk juga ida lihat gereja-gereja, ada kecik dan ada jugak yang besar, maknanya ramai juga yg beragama kristian di kawasan ni.

Satu lagi ada byk kedai atau warung yang meletakkan signboard menjual B1 dan B2. Ida dah tahu pasal ni sebab Kak Norhayati Berahim dah bagitahu awal2 pasal ni. B1 adalah daging Khinzir, manakala B2 adalah daging anjing. Ida x sempat snap signboard tersebut sebab ida nampak dari dalam kereta aje.



- masih nampak lagi tasiknya...samar2 aje...





- replika ikan ini ida nampak masa dalam perjalanan. Sempat ida tanya pada pak supir kami. Dapatlah ida dengar kisah dongeng tentang Tasik Danau Toba ni. Kalau nak tahu boleh klik link kat bawah ni yea. Lebih kurang mcm pak supir ida ceritakan. Kata pak supir, ada beberapa dongeng tentang tasik ni. Tak tahulah yang mana satu betul..

dongeng Tasik Danau Toba

- ini tak tahu apa.. ida snap aje.. hehe...


Sepanjang perjalanan juga, ida nampak begitu byk tanaman yg diusahakan oleh penduduk kampung. Ada jagung, ada kobis, ada tebu, ada limau pendekata mcm2 lah.. Ida mcm biasalah ambik gambar dr dalam kereta aje. Nak suruh berhenti nanti lambat pulak..

tanaman jagung..



Persinggahan kami yang pertama adalah puncak Simarjalunjung. Selalunya pelancong akan dibawa singgah ke sini. Sambil berhenti rehat seketika untuk minum2 dan ke tandas, pelancong bolehlah ambik gambar. Tapi kami tak minum sebab masih kenyang. Berhenti pun sekejap aje (malas nak menapak / panjat). Dikatakan juga, nak tengok sunset kat Tasik tu mmg cantik dari puncak ini. tp ida tiba kat sini tengahari buta... hehe...



- pokok limau...



Persinggahan kami yang kedua adalah Air Terjun Sipiso-piso. Ada beberapa kedai cenderahati dan kedai makan kat sini. Mula-mula sampai ida jalan2 sekitarnya, tp air terjunnya jauh ke bawah. Nak kena turun anak tangga begitu byk sekali. Dahlah panas terik, mmg tak lalulah nak turun tangga tu. Kalau ida beria jugak ajak suami turun ke sana, mahu angin satu badan suami ida... hahaha. Jadi ida ambik gambar ajelah ye. Janji nampak air terjunnya... hehe...


- gambar bukit kat belakang tu mmg cantik.. tp yelah camera ida cap ayam aje masa ni..hehe



- berlatarbelakangkan air terjun sipiso-piso...

- daripada sini, masih boleh nampak lagi tasik ....

- ini kereta yang kami sewa. Kami singgah makan dan minum sekali kat sini...




- perjalanan diteruskan lagi selepas itu...



- sampai dah kat pekan Berastagi.


- singgah kat Pekan sekejap. Sebenarnya tak tahu nak cari apa pun kat sini. Tp tetiba nampak kedai cd. Lepas test kualitinya, ida borong byk jugak, mcm2 movie.. harganya lebih kurang RM 2.00 aje sekeping. Koleksi Upin dan Ipin pun ada. Waktu ni, Upin dan Ipin sgt terkenal di sini. Sebut aje... semua tahu...



- Lepas dah singgah pekan, kami terus ke hotel yang ida tempah masa kat bandar Medan.



- Biliknya agak luas dan selesa.

- dari dalam bilik, boleh nampak swimming pool. Tp xdelah ida terliur nak swimming sebab cuaca agak sejuk. Boleh dikatakan Berastagi ni lebih kurang mcm Cameron Highland lah kalau kat Mesia. Kawasan peranginan.

- pemandangan hotel daripada luar... cantik jugakkan....



..... sambung lagi yea... hehe...

23 comments:

So Shy Lady (SSL) said...

indahnya khijauan alam. bukit, waterfall tu mmng cantik kan! hotelnya pon comel gak!

hoh B1 n B2 - awas kna hati2 tu

Marzalina said...

uish..B1 n B2 tu daging khinzir and anjing ye kak?? sib baiklah kak tahu kan....
tapi cantik sungguh air terjun tu kak...:)

Unknown said...

bestnya kak, byk tempat cantik cantik situ...

Nadiah Sidek said...

cantik la hotel tu. biliknya pun cantik

secangkir madu merah said...

bestnya.. bilalah boleh dapat pergi ni...mmmmm

wahida said...

cantik giler air terjun tu weh...
tak boleh gi dekat2 ke?

satu je ke gambar ko kat situ? tak puas la tgk gambar air terjun tu...

sure aku akan sampai kat situ jugak sbb aku jeles sgt dah ni...

pak supir Islam ada tak nok?

HLiza said...

Bestnya Ida jalan2..

Dinas Aldi said...

Seronok la tengok gambar2 Ida makan angin kat sana! Kat air terjun tu, fuhhh feeling habes!

Alamak siap ada B1, B2 bagai eh? Nasib baikla jelas dibagitahu, kalau tidak..errkk!

NM02 said...

patutnya bulan 9 ai pegi medan... tapi tak jadi sbb masa tu tgh pantang... huhuhu

idasm said...

akak SSL,
mmg hijau aje kiri kanan kak... hehe..

B1, B2 mmg x tau, sib baik ada chatting ngan kak NB

idasm said...

akak SSL,
mmg hijau aje kiri kanan kak... hehe..

B1, B2 mmg x tau, sib baik ada chatting ngan kak NB

idasm said...

Intan,
kebetulan ada chatting ngan kak NB, itu yg tahu pasal tu.. klu tak mmg tak tahu jugak...
air terjun cantik tp boleh tgk aje.. x leh pegang.. hehe..

idasm said...

Ladysirna,
alhamdulilah dptlah tgk sendiri...
nanti pegilah sekali bila ada rezeki..

idasm said...

Nadiah,
bilik cantik tp internet xde kat bilik, cuma dr lobby aje...

idasm said...

kak yati / SSM,
insyaallah kak, satu hari nanti.... ada rezeki akak bawak anak2 sekali..

idasm said...

Wahida,
pic air terjun semua lebih kurang tu aje. masa ni Cik Sony buat hal, itu pun ida snap dr hp nokia cap ayam aje.. sib baik ada jugak kenangan.. hehe.

Nanti wahida pegi.. ambik gambar2 byk2 ye... balas dendam utk ida.. hehe..

Pak Supir Islam mungkin ada kot,ida tak sure sgt sebab suami yg uruskan tu...

idasm said...

akak Hliza,
ida mmg suka jalan2.. mcm kanak2 riangle kekdahnya.. hehe..

idasm said...

Akak Dinas,
Kalau akak pegi sure dapat tangkap pic byk2 yang cantik2... baru lagi puashati...

idasm said...

NM02,
takpe.. medan boleh pegi bil2 nanti. Baby lagi pentng... hehe...
tak sabar nak tgk baby lahir....

mama aini said...

salam ida..ehem tak sabar nak tunggu bulan oct ni utk kesana..he2x.. :)

idasm said...

mama aini,
nanti aka tepek gambar byk2 kat blog akak tau... hehe...

madammondoq said...

sedap2 tak makanan kat medan tu?

idasm said...

madam,
food dia byk yg jenis minang dan padang lah. okeylah kalau suka food mcm tu...