Nak sambung lagi kesah kami mencari charger camera Nikon D90. Selepas sarapan, suami ida minta tolong dengan Manager hotel. Tolong tengokkan kat mana ada charger tu. Selepas beliau membuat beberapa panggilan telefon, akhirnya beliau menyuruh kami ke Big C Extra, baru ida tahu bukan Tesco aje ada Tesco Extra, Big C pun ada.. hehe.
Setelah mendapatkan serba sedikit gambaran lokasi Big C Extra, kami pun berangkatlah ke sana. Dekat aje - dlm 15 minit aje. Dan alhamdulillah barang yang dicari telah ditemui. Walaupun yg ada bukanlah charger original tp cuma yg compatible.. tp ida sangatlah gembira. Tak sabar nak klik2 lepas tu.. hehe.
So kita layan gambar yg sempat ida klik2 selepas tumpang caj kat kedai tu. Sebenarnya kami tak beli charger aje, kami juga turut beli flash dan beg camera yg sesuai utk jalan2. Rasanya lebih kurang sejam lebih jugak kat kedai Big Camera ni.

- yg ni one of the salesgirl. diorang demo kt kami pasal flash yg kami nak beli tu.yg ni sebelum guna flash
- yg ni pulak semasa menggunakan flash. ada beza kan...Selesai kat sini, kami terus pegi pasar utk makan tengahari - gerai feveret kami kat pasar. Lepas tu kami balik ke hotel.
Suami ida izinkan ida pegi jalan2 sekitar hotel dgn mama sementara amira tido. So ida dan mama jalan2 n shopping kat Central. Biasanya kalau datang sini, ida tak lepas peluang beli lingerie.


Layan gambar2 sekitar Hotel Lee Gardens Plaza - tempat kami bermalam, sekitar hotel mmg happening, waktu dolu2 tak tahu jalan, kami spend time kat kawasan hotel aje. semua ada.



- dh selesai shopping kat Central..
Dinner kami kat kawasan gerai nasi campur semalam. Suami dah jatuh chenta ngan food kat situ.. hahaha. Tapi kali ini ida order 'namthok' (kalau tak silap namanya begitu) dari gerai sebelah - mcm kerabu daging tp ada sosnya dan somtam campur.


- 3 beranak tengah syok makan malam...Lepas makan malam ni, kami round2 lagi kat kawasan pasar, hajatnya nak beli mangga pulut.. tapi may be dah agak lewat, kakak yg berniaga tu may be dah habis jualannya. Jadi tak dapatlah kami beli mangga pulut. Nak balik hotel, masih awal, so ida ajak suami posing2 kat dataran pasar... sib baik suami layan... hehe..



































